82

23 4 6
                                    

"Hei... hei..." Suara garau menyapa gegendang telinga. Bau kayu cedar dan citrus kuat menyapa hidungku. 

Aku mengangkat muka.  Kelihatan figura Irfan berada di hadapanku. Sebelah lutut lelaki itu menyentuh lantai manakala yang sebelah lagi dirapatkan ke dada. 

Dia menghulurkan tisu. Lama aku merenung tisu itu sebelum akhirnya aku mengambilnya. Hingus dihembus perlahan pada tisu.

"Kenapa menangis ni? Hm?" tanya Irfan lembut. Dia seolah-olah berbisik kepadaku. 

"Lapar..." balasku  perlahan.

Irfan melepaskan tawa kecil mendengar jawapan gadis itu.

"Sejuk..." sambungku.

Terhenti terus tawa Irfan mendengarnya. Dia memandang tanganku yang menggeletar. Bibirku juga sudah bertukar warna ungu. Lelaki itu mengeluh perlahan sebelum bangkit berdiri.

"Jom masuk kereta dulu," ujarnya.

Aku cuma terkebil-kebil memandang Irfan.

"Cepatlah bangun. Sejuk dekat luar ni," gesa lelaki itu.

Aku menggeleng. Dan, itu buatkan Irfan mengerutkan dahinya hairan.

"Kenapa?"

"Kebas," Aku menunjukkan kedua-dua kakiku. Mana taknya kebas dah bercangkung selama satu jam.

Irfan meraup wajahnya. Menyembunyikan tawa yang hampir terhambur keluar. Lelaki itu kemudiannya memegang bahuku bagi membantu bangkit dari cangkung. 

Aku berjalan dengan perlahan sebab kaki yang masih lagi terasa kebasnya. Aku perasan baju Irfan kelihatan basah kuyup. Terus berkerut dahiku. 

"Tak bawa payung ke?" tanyaku. 

Irfan menggelengkan kepalanya. Dia menoleh ke arahku sekejap sambil berkata, "Saja nak basah sama-sama dalam hujan dengan kau,"

Ayat lelaki itu membuatkan pipiku terasa berbahang. Gosh, masa-masa macam ni pulak aku nak blushing. 

Irfan memandang ke depan semula. Sempat aku nampak senyum senget yang terukir di bibirnya.

Sampai saja di kereta, cepat-cepat dia menolakku masuk ke dalam perut kereta. Takut kalau lama-lama dekat luar nanti boleh demam.

Usai menutup pintu, Irfan berpusing mahu ke tempat pemandu. Ketika itu, baru aku perasan tempat dudukku diletakkan tuala sebagai alas. Lelaki itu sepertinya telah bersedia. Hal ini membuatkan aku berasa ingin tahu bagaimana dia boleh menjumpaiku. 

Irfan masuk saja ke dalam perut kereta, aku terus bertanya, "Macam mana kau boleh jumpa aku?" 

drive me to the moonWhere stories live. Discover now