67

28 4 2
                                    

Aku mengelap peluh yang menitik di dahi. Penutup botol air mineral dibuka kasar lalu aku meneguk sehingga habis air itu. Haus. Lama aku tak panjat-memanjat ni. Maklumlah ada banyak assignment nak kena buat.

Botol air yang kosong aku letak ke atas lantai. Jam tangan dikerling sekilas.

Satu jam sudah berlalu. Rasanya cukup sampai sini saja kut. Balik ni nak kena sambung buat assignment lagi. Kalau lama-lama nanti lambat pula nak siap kerja aku tu.

Aku menyimpan semua barang-barangku ke dalam beg silang. Selesai sahaja aku terus berlalu keluar dari kawasan itu.

Tanpa aku sedar, aku sudah melepasi seseorang yang baru masuk.

💎

Mata Idlan melilau mencari susuk tubuh seseorang. Tapi hampa, tiada langsung kelibat Iman di situ.

Tangan diseluk ke dalam poket seluar. Telefon pintar dikeluarkan. Laju tangannya mendail nombor rakan baik Iman, Tina.

"The person you are trying to reach is currently not availa—"

Idlan menjulingkan mata ke atas.

"Tak angkat pula," gumamnya perlahan.

Dia mencekak pinggang. Dalam benaknya serabut memikirkan keberadaan Iman.

Jangan-jangan Tina tipu dia tak? Berkerut-kerut dahi dia memikirkan hal itu.

"Encik," tegur seorang gadis.

"Ah, iya saya?" Seakan baru tersedar, Idlan menoleh ke kiri.

Terpersona dia melihat gadis itu. Kulitnya putih dan cerah. Tiada sebarang cela pada wajahnya menunjukkan gadis itu menjaganya dengan penuh baik. Rambut ikal mayangnya pula dilepaskan. Sesiapa yang melihatnya pasti akan terjatuh suka. Tambah-tambah lagi dengan suara yang lunak dan tingkahnya yang sopan.

"Boleh saya minta nombor encik?" Tersipu gadis itu menyoal.

Seperti orang mengantuk disorong bantal, Idlan laju mengangguk. Langsung lupa tujuan asalnya datang ke situ.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now