88

18 3 6
                                    

Tok tok

"Iman, buka pintu ni sayang,"  pujuk mama diselangi ketukan di pintu. 

Diam. 

Mama bertukar pandangan dengan baba. Riak risau jelas terpancar pada wajah mereka berdua.

"Iman, keluar sayang. Dah tiga hari kamu duduk dalam ni," Kali ini baba cuba memujuk.

Sekali lagi tiada balasan daripada Iman.

"Mama letak makanan di luar. Nanti sayang ambil, ya?" Akhirnya mama mengalah dan meletakkan dulang makanan di tepi pintu bilik Iman. Dia menarik lengan baba supaya pergi dari situ. 

Abang yang sedang menyandar di dinding hanya memerhati mereka dari jauh. Perlahan tangannya menyeluk saku seluarnya memegang sesuatu.

Setelah kelibat mama dan baba sudah tiada, lantas abang menuju ke pintu bilik Iman. Tanpa membuat sebarang bunyi, dia mengeluarkan sesuatu dari poket dan membuka pintu bilik Iman. Ya, benar. Dia ada kunci pendua.

"Iman?" panggilnya seraya pintu dikuak perlahan.

Diam. 

Dia sudah buat mata sebaris apabila menyedari adiknya tiada di dalam bilik. Tingkap bilik yang terbuka dipandang. 

"Dah agak dah," gumamnya perlahan. 

Semalam dia terdengar bunyi bising semasa tengah malam. Dia fikir bunyi itu datang dari luar. Tapi apa yang dia nampak hanyalah samar-samar kelibat seseorang keluar dari gate rumah. Memang dia sudah mengesyaki sesuatu tapi dia biarkan saja. 

Dia melangkah keluar dari bilik itu. Pintu bilik dikunci kembali. Biar ibu bapanya menganggap adiknya masih bersedih dalam bilik itu. Takut mereka risau.

Kalau mengikut firasatnya, dia rasa dia tahu di mana adiknya berada sekarang.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now