14

55 13 18
                                    

"Kau siapa?"

Irfan mengerutkan dahi mendengar soalan aku.

"Aku driver kaulah. Siapa lagi?"

"Tak. Bukan tu maksud aku," ujarku.

"Dah tu?" tanya Irfan seraya membelok ke simpang belah kiri.

"Kenapa kau pergi sini?" soalku apabila Irfan mula memasuki lorong yang terdapat deretan kedai. Masa dia masuk simpang belah kiri pun aku dah rasa pelik sebab tu bukan arah nak ke universiti.

"Nak beli ubat kejap,"

Mulutku membentuk huruf 'o'.

"Haa, ni aku nak tanya. Kenapa kau nak jadi driver aku?"

"Sebab aku nak cari duitlah," balas Irfan tanpa memandang aku. Dia sibuk mencari parking.

"Tapi kau kan kaya,"

"Siapa kata aku kaya?" Terjongket kening Irfan memandang aku.

"Kawan aku. Dia kata kereta ni kereta mahal,"

Irfan tak menjawab soalanku. Dia dah jumpa tempat kosong jadi dia parking dulu.

Usai itu, dia pusing menghadap aku.

"Iman, semua kereta mahal. Mana ada kereta yang murah," ujarnya.

"Tapi, dia kata ni kereta orang kaya je mampu beli,"

Irfan mengeluh. "Kereta ni bukan kereta aku,"

Aku dah sengetkan kepala pandang dia.

"Aik, kereta ni kau curi ke?"

"Bukanlah," Irfan menggulingkan biji mata ke atas.

"Kereta ni ada orang bagi aku,"

"Ouh, kira hadiahlah ni?"

Irfan mengangguk. "Dah aku nak pergi farmasi kejap,"

Aku cuma memandang dia pergi. Mendengar jawapan Irfan tadi dah cukup menjawab persoalan aku. Malas aku nak tanya lebih-lebih.

Aku pun tak adalah rasa nak tahu sangat pasal benda ni. Dah memadai dah dia ada kereta. Mahal ke tak mahal ke semua kereta sama saja fungsi dia.

Seketika kemudian, Irfan kembali dengan seplastik berisi ubat.

Aku cuma mengerling sekilas saja ubat itu. Aku malas nak tanya kenapa dia beli ubat tu. Bukannya aku yang sakit pun.

"Dah cepat pergi U," ujarku.

Irfan mengangguk sebagai balasan. Kereta ini kemudiannya mula meluncur laju di atas jalan raya.

💎

"Weh, kejap," Aku tidak jadi keluar dari kereta sebab aku teringat sesuatu.

Irfan menjongket sebelah keningnya memandang aku.

"Pasal semalam. Kau jadi kan hantar aku pergi rumah Tina?"

"Kalau aku tak nak pun kau tetap paksa aku," balas Irfan.

Aku menjegilkan mata ke arahnya. "Make sure kau datang tau. Kau tak ada depan rumah aku Sabtu ni siap kau,"

"Dah kenapa kau nak sangat pergi rumah dia ni?"

Aku menggulingkan biji mata ke atas.

"Ada birthday party la. Okaylah, aku nak pergi kelas. Bye," Itu kata-kata terakhirku sebelum aku keluar dari perut kereta.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now