12

55 17 7
                                    

Aku merenung Irfan yang sedang memandu. Tanganku mengetuk-ngetuk dagu sambil otak cuba memikirkan siapa sebenarnya lelaki itu.

Irfan mendekatkan tangannya ke wajahku lalu dia memetik jarinya. Aku tersentak.

Pantas tangannya ditepis. "Kau dah kenapa?"

"Kaulah yang dah kenapa. Dari tadi asyik pandang aku je," ujar Irfan.

Wajahku mula membahang akibat malu. Aku cuba jawab dengan selamba.

"Haah, aku memang pandang kau dari tadi,"

Terjongket kening Irfan mendengar jawapan aku. Mesti dia fikir aku nak nafikan kata-katanya tadi.

Heh, ni Imanlah. Dah kantoi tu mengaku jelah. Malas aku nak copy ayat drama melayu. Aku bukannya pelakon pun.

"Kenapa? Kau baru sedar yang aku ni handsome ke?" Irfan memuji diri sendiri. Tangannya naik menyelak rambutnya ke belakang.

"Haah," balasku jujur. Malas nak nafi sebab memang aku baru perasan dia ada rupa walaupun aku sebenarnya nak termuntah bila dia mula memuji diri sendiri.

Irfan yang tidak menyangka aku akan jawab macam tu terus gelabah sampai kereta ni hampir hilang kawalan.

"Kau ni bawa kereta betul-betul la!" marahku.

"Kau punya pasallah!" Irfan marah aku pula.

Aku menggulingkan biji mata ke atas. "Aku pulak. Kau tu yang cepat sangat terkesan dah kenapa? Orang puji sikit je pun,"

"Kau ni cuba serius sikit. Jangan nak—"

"Aku seriuslah tadi," potongku.

Tanpa aku sedar jawapan aku buat telinga dia memerah.

"Ehem. Kau ni ada terhantuk kat mana-mana ke?" soalnya.

"Tak," balasku.

Diam. Tiada siapa yang bersuara selepas itu.

Aku yang dah lupa apa sebenarnya yang aku nak cakap dengan dia terus melelapkan mata.

Irfan memandu dengan senyap walaupun dia sebenarnya nak bertanya bermacam-macam soalan.

Entah kenapa dia rasa ada sesuatu yang mengganggu fikiran Iman sehingga menyebabkan gadis itu asyik merenung Irfan. Macam dia ada buat salah yang besar pula.

"Entah-entah aku memang ada buat salah tak?" gumam Irfan sendiri. Otaknya cuba memikirkan apa kesalahan yang dia dah lakukan.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now