34

40 10 3
                                    

"Iman? Bangun, Iman," 

Badanku terasa digoncang kuat. 

"Iman, bangun. Dah sampai," ujar pemilik suara itu dengan lembut. 

Aku masih lagi memejamkan mata. Mengantuk. Tak nak bangun!

Tiba-tiba aku rasa tak boleh bernafas. Macam ada seseorang yang menekup wajahku dengan sesuatu. 

"Umphh, umphh!" Aku meronta-ronta meminta orang itu melepaskannya.

Bila terasa benda itu telah dialihkan, pantas aku membuka mata mahu mencari si pelaku. 

"Irfan!" 

Mataku mencerlung memandang dia yang sedang tersengih. Dia sedang memegang sebuah bantal kecil berbentuk bulat. Entah sejak bila wujud bantal dalam kereta ni pun aku tak tahu.

"Kejut tu elok sikit boleh tak?" Aku dah mencekak pinggang.

"Tak," jawabnya laju.

Aku mengecilkan mata memandang dia. 

"Hehe... yalah yalah. Lain kali aku kejut dengan lemah lembut sopan san-"

"Eh dah dah," potongku. Geli nak dengar sampai habis.

Irfan melepaskan tawa melihat reaksiku. Aku menggulingkan biji mata ke atas. Menyampah.

Aku menoleh ke luar tingkap. Eh?

Sekejap. Ni bukan ke rumah nenek? 

Apa yang... ?

"Ya, Iman. Kita dah sampai," ujar Irfan tiba-tiba. Agaknya dia perasan kot riak wajahku yang terkejut. 

"Tapi, tadi... ? Kenapa aku tak perasan pun?"

"Kau tu yang tidur mati," balas Irfan. 

Aku menjeling dia tajam. Irfan cuma mengangkat bahu.

"Dah aku pergi dulu eh?" ujarku seraya mengambil telefon dan beg kecilku.

Irfan mengangguk.

"Bye!" ucapku sebelum menutup pintu kereta. Irfan membalas dengan melambai tangannya. 

Baru saja aku nak bergerak ke khemah, ada seseorang menghalang laluanku. Air liur ditelan payah saat aku memandang wajah orang itu.

"Err... hai nenek?"

drive me to the moonWhere stories live. Discover now