44

42 10 4
                                    

Aku menghirup air teh chamomile yang dihidang oleh Irfan. 

"Mesti kau nak tahu pasal Mimi, kan?" ucap Irfan tiba-tiba.

Aku hampir tersedak tapi cepat-cepat aku mengawal riak wajah biar tak nampak macam terkejut sangat. 

Cawan diletak di atas meja kopi. Aku mengangkat sebelah kening memandang Irfan sebagai tanda menyuruhnya menyambung kata.

Lelaki itu membetulkan duduknya. Kepala Mimi yang berada di ribanya diusap perlahan. Tak mahu mengganggu tidur anak kecil itu.

"Mimi ni aku jumpa dia dekat kedai makan. Masa tu umur dia baru empat tahun,"

Aku diam. Cuma mendengar dengan tekun cerita Irfan.

"Masa tu dia comot. Comot sangat," Irfan tertunduk sambil tersenyum kelat. "Dia minta sikit makanan. Aku kesian dengan dia jadi aku ajak dia makan sekali dengan aku,"

"Lepas dah bayar semua, aku balik rumah. Masa nak buka pintu rumah tu, aku baru perasan Mimi ni ikut aku,"

Nampak sangat Irfan ni tak peka keadaan sekeliling. Macam manalah ada orang ikut dia pun dia tak sedar?

"Masa tu hujan, Mimi basah lencun. Tak sanggup aku nak biar dia dekat luar. Mulanya aku fikir nak bagi dia tumpang sekejap je. Tapi, bila aku dapat tahu Mimi ni hidup sendiri dekat luar aku buat keputusan nak jaga dia," ujar Irfan.

Aku mengangguk-angguk faham. Sisi Irfan yang ini buatkan hatiku terusik. Tak sangka pula dia bekerja bukan hanya untuk menyara dirinya tetapi juga Mimi. Dia nampak sangat sayangkan Mimi sehingga sanggup membesarkan anak kecil itu walaupun ekonominya masih tidak stabil.

Dan, bercakap pasal ni buat aku terfikir sesuatu.

"Kau nak aku naikkan gaji kau tak?"

drive me to the moonWhere stories live. Discover now