77

20 4 0
                                    

Seminggu sudah berlalu dan aku masih lagi tidak bercakap dengan Idlan. 

Tak. Bukan aku sengaja nak merajuk tapi aku terasa dengan dia sebab dia menuduh aku tanpa usul periksa.

"Iman," seru Tina.

"Hm," jawabku dengan mulut penuh. 

Bibir Tina menjuih ke belakang aku. Aku menoleh ke belakang yakni pintu masuk kafeteria dan tepat seperti yang aku jangka Idlan sedang melangkah masuk ke kafeteria. 

Aku melepaskan keluhan kecil dan sambung makan seperti aku tak pernah melihat kelibat lelaki itu. 

Langkah kaki Idlan terus menuju ke sudut hujung kafeteria, tempat aku dan Tina makan sekarang ni. 

Tina sudah bersedia mahu berdiri dan menyembur Idlan apabila dia hampir dengan meja kami. Aku menggelengkan kepala sebagai tanda suruh dia bertenang. 

"Ka-" Kata-kata Tina terhenti apabila Idlan cuma berjalan melepasi kami. Lelaki itu langsung tidak menoleh ke arah aku. 

"Dia... tak nak jumpa kau?" tanya Tina. Mata gadis itu masih tidak lepas memandang Idlan yang sudah pun melabuhkan duduk selang beberapa meja di belakang kami. Elok sahaja lelaki itu berbual dengan rakannya seperti kami berdua tidak wujud.

Aku mengangkat bahu dan makan dengan senyap. Apa yang Tina tak nampak ialah Idlan dengan senyap memberikan aku origami yang berbentuk hati. 

Dalam diam, aku membuka lipatan kertas di bawah meja dan membaca mesej yang tertulis di situ. 

'Let's meet after your class. I will wait for you at the lake,'

Wajahku angkat dari kertas. Mataku terus bertembung dengan mata Idlan. 

Aku mengangguk perlahan sebagai tanda aku bersetuju untuk bertemu dirinya. Lelaki itu menarik senyum kecil gembira dengan jawapanku.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now