37

41 9 4
                                    

"Tu," Aku menoleh ke arah nenekku. 

Irfan ikut pandang ke arah itu. Kemudian, dia menatap aku dengan wajah keliru.

"Kenapa?" soalnya.

"Ish, slowlah kau ni. Aku rasa nenek tu tengah cakap pasal kitalah," ujarku sebelum menyuap makanan ke dalam mulut.

"Yakin je kau diorang tengah cakap pasal kita," balas Irfan.

"Dah tu asyik pandang-pandang lepas tu senyum-senyum bukan cakap pasal kita ke?" Aku memandang lelaki itu tidak puas hati. 

"Husnudzon, Iman. Boleh jadi dia pandang belakang kita," Irfan pusing belakang dan dia terdiam apabila di belakang kami hanya terdapat meja kosong. 

Dia berpaling ke depan semula. Aku dah tersengih sambil angkat kening pandang dia. 

"Okay, fine. Tapi kalau betul pun cakap pasal kita, nak cakap pasal apa?" tanya Irfan.

Dan, mindaku mula menerawang mengingat kembali beberapa ketika yang lepas. 

- flashback

Nenek menyungging senyum menyakat melihat perbuatan aku yang asyik menyiku-nyiku Irfan. Dia menjongket kening memandang aku.

Aku tersengih malu. "Eh, nek jomlah kita pergi khemah. Tu ramai dah orang," ujarku sengaja mahu mengalihkan perhatian dia.

Nenek sengaja membiarkan Irfan berjalan dahulu supaya dia dapat berjalan beriringan denganku menuju ke khemah.

"Kamu suka dia ke?" Straight forward nenek bertanya. Aku membulatkan mata terkejut. Nasib baik kedudukan Irfan sudah jauh sikit. Tak adalah dia mendengar perbualan ini.

"Apa nenek ni. He's just a friend," Aku meniru ayat lazim yang sering diucapkan dalam kartun Miraculous Ladybug. Aku tak pernah sangka tagline Adrien sangat berguna masa-masa ni. Walaupun aku frust sebab dia asyik menafikan perasaan dia terhadap Marinette tapi, aku nak berterima kasih kepadanya sebab dah membantu aku saat genting sebegini

"Yalah tu cuma kawan. Nenek dapat rasakan something akan jadi antara korang," ujar wanita tua itu tidak mahu mengalah.

Aku melepaskan keluhan berat. "Nek, kitorang memang tak ada apa-apa hubungan,"

"Tak apa kita tengok nanti. Jangan risau nenek awal-awal dah restu. Nampak baik budak tu. Dahlah handsome. Memang padanlah dengan kamu," kata nenek dengan teruja.

Aku cuma diam. Malas nak lawan dah. 

- end flashback

"Iman?" panggil Irfan apabila tiada respon daripadaku.

"Huh?" Aku tersentak. "Oh, erm... entahlah aku pun tak tahu," 

Irfan mengangguk sebagai balasan. Wajah dia nampak sangat tak berpuas hati dengan jawapan aku tapi dia memilih untuk diam.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now