69

24 4 0
                                    

Irfan mengelap tepi mulut Mimi yang terdapat sedikit kotoran aiskrim menggunakan jarinya. Dia kemudiannya menjilat aiskrim di jarinya.

Aku tanpa sedar menarik senyum melihat hubungan akrab mereka.

"Kau kenapa senyum-senyum pandang aku?"

Terbatuk-batuk aku mendengar ucapan lelaki itu.

"Huh? Ap... apa kau cakap ni?"

Irfan tersengih melihat aku gelabah. Dia menongkat dagu memandang aku.

"Macam mana kau boleh careless sangat ni? Habis tumpah semua air," Irfan mengungkit kejadian tadi.

Aku menggulingkan biji mata ke atas lalu memusingkan kepala menghadap kiri. "Tak sengaja, okay?"

Irfan diam. Berkerut dahi aku bila dia tak membalas. Bila aku pandang dia, dia sedang merenung aku tajam.

"Apa lagi kau tak puas hati ni?"

Irfan tidak menjawab sebaliknya dia membuka jaketnya lalu menghulurnya kepadaku.

"Pakai," ujarnya datar.

Teragak-agak aku mahu mengambil hulurannya. Tapi bila Irfan dah pandang aku macam nak marah, aku cepat-cepat mengambilnya.

"Dah kenapa pulak nak kena pakai?" omelku perlahan. Tapi tangan gerak juga sarung jaket hitamnya itu ke badan.

"Baju kau putih," balas Irfan perlahan.

Aku tersentak. Wajah diangkat memandang Irfan. Lelaki itu aku lihat sedang mengelap baju Mimi yang tertumpah aiskrim.

Jangan cakap yang dia nampak...?

"Ya, aku nampak," ucap Irfan seakan dia mendengar soalanku.

Darah terus naik ke muka. Gosh, Iman. Kau memang memalukan. Aku mencubit peha kiriku perlahan sebagai denda kepada diri sebab buat benda memalukan.

Usai Irfan siap mengelap baju Mimi, dia pandang aku lurus.

"Nak balik dengan aku tak?" tanyanya.

"Huh?"

"Kau ada transport ke?"

Aku menggeleng.

"Habis macam mana kau datang sini?"

"Tumpang abang," jawabku. Ya, aneh bukan abang aku bagi tumpang. Tapi tulah untuk kali ni saja dia bagi sebab kebetulan dia pun nak pergi mall ni.

"Jom. Aku hantar kau balik," ucapnya.

"Tapi—"

"Eipp, tak ada tapi. Aku. Hantar. Kau. Balik." ujar Irfan satu persatu.

Aku merengus kecil. "Fine,"

drive me to the moonWhere stories live. Discover now