91

21 2 10
                                    

"Hai, babe," sapa aku ceria seraya menarik kerusi untuk duduk. Tina hanya mengangkat sebelah tangan sebagai balasan.

"Kau buat apa dekat Malaysia ni? Tak fly ke?" Aku cuba memulakan perbualan. 

Tina senyap.

"Err... maksud aku, kau kan selalu lawat family besar kau dekat Zug waktu cuti. Aku tak bermaksud nak halau kau walaupun tu niat asal aku tapi um..." Aku tak jadi sambung ayat apabila menyedari mata Tina sudah sebaris memandang aku.

Aku menarik sengih. "Sorry, sorry,"

"Kenapa dengan kau sebenarnya?" soalku setelah Tina tidak bersuara. Aneh. Biasanya dialah paling bising.

"Kaulah yang kenapa? Kau sebenarnya okay ke ni?" Terpancar riak risau pada wajahnya.

"Mestilah okay. Dah habis paper, dah habis sem," balasku dengan jawapan tipikal. Tapi aku tak menipu. Memang betul aku rasa beban seperti ditarik dari bahu setelah cuti semester bermula seminggu yang lepas. Ya, walaupun Irfan juga hilang dalam minggu itu tapi aku masih okay.

"Maksud aku—"

"Ada gajah terbang weh!" Aku melekapkan wajah pada dinding kaca restoran ini. 

Diam. 

Aku menoleh ke arah Tina yang langsung tak terkesan. Aku berdehem untuk mengurangkan rasa malu. Tubuh kupusing menghadap Tina semula. 

"Jadi?" Tina mengangkat kening. 

Aku menjulingkan mata ke atas. "Tak okay. Siapa je yang okay lepas boyfriend dia hilang? Kalau dia hilang diserap dalam lampu ajaib tak apa juga,"

"Ha, mengaku pun! Jadi, kau nak buat apa sekarang ni?" 

"Buat apa? Tunggu jelah Irfan balik,"

Tina memandang aku sebaris. "Bukan tulah. Waktu kau call aku semalam kau ada cakap sebenarnya Mak Som tu bekas maid Irfan," 

Sebelah keningku terangkat. "Ada eh aku cakap? Bukan aku cuma cerita pasal Irfan menipu aku yang dia nampak Mimi depan pintu rumah?" **

"Huh?"

"Ala, part yang aku cerita sebenarnya waktu dekat depan apartmen tu dia jatuh longkang sebab ternampak Mimi ikut dia," jelasku.

"Apa-apa jelah. Yang penting, point aku sekarang kau boleh je contact dengan Irfan melalui Mak Som. Mana tahu dia ada—"

"No," balasku laju.

"Huh?"

"Aku nak dia yang datang dekat aku. Dia yang buat salah kenapa aku kena cari dia? Dialah kena cari aku,"

Tina terdiam. 

Dia mengeluh perlahan. "Dahlah kau. Suka hatilah. Nanti dia jugak yang menangis,"

Aku hanya menayang senyum nipis.

"Anyways, kenapa kau ajak lepak sebenarnya ni?" tanyaku.

Tina menarik senyum. "Aku nak gembirakan kaulah, bijak. Asyik sedih je. Cuti sem ni kena ceria bukan sedih-sedih,"

Aku mengangguk-anggukkan kepala. "Jadi, kau nak belanja la ni?"

"Of course. Apa guna kau ada kawan gula ni kalau tak gunakan betul-betul," gurau Tina.

Kami berdua melepaskan tawa serentak. Ada-ada saja Tina ni. Syukur aku dikurniakan sahabat sebaik Tina. 

💎

Aku meminta Tina supaya menghantar aku ke rumah Mak Som untuk menjenguk Mimi. Ya, Mimi tinggal dengan Mak Som sekarang memandangkan Irfan tiada.  

Aku menekan butang lif pada dinding. Tak sampai seminit, pintu lif terbuka. Aku melangkah masuk ke dalam. Butang tingkat 4 ditekan. Lif mula bergerak naik.

Irfan sepertinya sudah bersedia dengan segala kemungkinan. Dia awal-awal berpesan pada Mak Som supaya menjaga Mimi sekiranya dia tiba-tiba perlu pergi buat masa yang lama. Pergi ke mana itu Mak Som juga tidak tahu. 

Mak Som juga sebenarnya sepertiku. Baru tahu bahawa Irfan melarikan diri dari rumah. Mak Som sepertinya kesal dengan perbuatan Irfan itu. Sebenarnya aku juga berasa sebegitu. Dia tak sepatutnya lari dari masalah. 

Apa-apa pun, aku percaya setiap keputusan yang dilakukan seseorang pada sesuatu masa itu sebenarnya adalah keputusan yang tepat biarpun kedengaran tidak masuk akal. Keputusan itu mungkin membawa kita menyimpang jauh dari menyelesaikan masalah tapi itu tetap keputusan yang terbaik buat waktu itu. 

Aku tak sewajarnya menilai Irfan kerana keputusan-keputusan yang membawa kepada kegagalan dan menimbulkan lebih masalah mengajar kita untuk membuat keputusan yang lebih baik berbanding sebelum itu. Aku pasti Irfan sudah belajar dari kesilapannya.

Aku menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Sekarang aku cuma perlu percayakan Irfan dan biar dia mengambil masa menyelesaikan masalahnya dahulu. Buat masa ni aku akan meringankan beban Mak Som dengan menjaga Mimi. 

**Rujuk bab 44

drive me to the moonWhere stories live. Discover now