73

23 4 0
                                    

Irfan mendail nombor Iman buat kesekian kalinya.

"The person you are trying to reach is currently not—"

"Hesy, kenapa dia tak angkat ni? Memang tak nak pergi kelas ke apa?" Irfan mengomel sambil melihat ke luar tingkap memandang rumah Iman.

Irfan membuat keputusan untuk keluar dari perut kereta. Dia menekan loceng rumah Iman.

Dua saat kemudian, kelihatan figura abang Iman membuka pintu.

"Ada apa datang sini?"

"Nak jemput Imanlah. Dia kan ada kelas pukul 10," jawab Irfan.

Berkerut dahi abang Iman mendengar kata-katanya. "Dia tak bagitahu kau ke?"

"Bagitahu apa?"

"Dia demam. Teruk jugaklah sampai pengsan tadi,"

Irfan kaku. Iman pengsan?

Bukankah hari itu baru saja dia melihat gadis itu baik-baik sahaja? Macam mana boleh demam? Raut risau jelas terpancar pada wajah Irfan.

"Masuklah dulu. Aku nak pergi tengok bubur dekat dapur sekejap. Dia masih lagi tak sedar,"

Irfan hanya akur.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now