74

22 5 0
                                    

Kelihatan Iman sedang terbaring dengan wajah pucat di atas katil. Perlahan-lahan Irfan meletakkan mangkuk berisi bubur di meja sisi katil.

Bukan dia yang mahu membawa bubur itu tetapi abang Iman yang berkeras nak dia juga yang hantar bubur itu ke bilik Iman di tingkat dua.

Risau juga dia sekiranya Iman tidak mengenakan hijab, tapi nasiblah sebaik saja dia buka pintu kelihatan Iman memakai tudung sarung kelabu di kepalanya. Mungkin abang Iman yang tolong memakaikannya.

Irfan duduk di kerusi meja belajar Iman. Dia merenung wajah pucat gadis itu. Keluhan kecil dilepaskan.

"Macam mana kau boleh demam ni? Main hujan ke? Bukan ke kau ingatkan aku jangan main hujan tapi kenapa kau sendiri tak praktikkan apa yang kau nasihatkan? Kan dah jadi macam ni. Aku—"

"Shh," Aku mendiamkan dia. Bising betul. Tak sangka pula dia kuat bebel. Aku nak tidur kejap pun tak boleh.

"Eh, kau dah bangun?" Laju Irfan mendekati aku. Berkerut dahi dia bila melihat aku tidak mencelikkan mata.

"Lama dah. Tadi aku tidur je. Pening," Sengau sungguh suara aku.

"Kau nak air tak? Aku ambilkan," pelawa Irfan.

"Nak," balasku perlahan.

"Okay, tunggu kejap," Itu kata-kata terakhir lelaki itu sebelum dia keluar dari bilik aku.

Aku melepaskan keluhan lega. Akhirnya, aman pun. Boleh aku tidur.

Tak lama selepas itu, Irfan kembali dengan membawa segelas air.

"Iman, nah air ka—" Kata-kata Irfan terhenti saat menyedari aku sedang tidur.

Irfan menarik senyum kecil kemudian menggelengkan kepalanya. Dia menunduk mendekatkan mukanya dengan telinga aku.

"Aku letak sini tau air. Jangan lupa makan ubat. Aku balik dulu tau. Esok aku datang lagi. Bye for now," Lembut saja Irfan berbisik ke telingaku.

"Sleep tight," Lelaki itu menutup pintu bilik aku rapat.

Tanpa sedar pipiku mula membahang setelah Irfan pergi. Gosh, Iman. Sakit-sakit pun ada hati nak fangirling.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now