85

14 4 13
                                    

Ting!

Bunyi loceng kafe itu kedengaran saat aku menolak pintu. Sebaik saja aku melangkah masuk, aku kagum dengan dekorasi dalaman kafe ini. Kaunter berbentuk bulat terletak di tengah-tengah kafe menjadikannya perkara pertama yang aku lihat semasa melangkah masuk. Beberapa tanaman hiasan juga diletakkan  agar nampak mesra alam. Terdapat ruang untuk membaca di satu sudut kafe. Fairy lights tergantung kemas di dinding menjadikan ruang itu tampak menarik. 

Anak mataku melilau mencari susuk tubuh Irfan. Menurutnya dia memakai baju berwarna putih dipadankan dengan seluar jeans biru terang. Bibirku laju mengoyak senyuman saat bertembung empat mata dengan gerangan yang dicari-cari.

"Maaf, lambat. Lama ke tunggu?" Aku melabuhkan duduk di atas kerusi di hadapan Irfan.

"Lamalah jugak. Kau naik grab ke buat grab?" tanya Irfan sarkastik meski dia tahu aku baru pulang dari kelas membuat pastri selang tiga kedai dari kafe ini. 

Sejak aku berpisah dengan Idlan bulan lepas, aku mendaftarkan diri ke kelas membuat pastri untuk mengisi masa terluang dan paling penting mengelakkan diri dari bertemu Idlan setelah habis kelas.

"Aku buat grab tadi. Adalah dalam dua orang pelanggan aku," Aku menurut saja skit yang dia cuba buat.

"Dua orang tu hidup lagi tak?" tanya Irfan berpura-pura risau. 

Aku meletak tangan ke atas meja dan menyandar ke depan seakan mahu berbisik. Dengan muka serius aku mengujar, "Entah. Tapi yang pasti dia orang macam nak gila minta aku slow sikit," 

Kami berdua bertatapan mata beberapa ketika sebelum Irfan menghamburkan tawa kecil. Aku juga ikut tersenyum melihat dia terhibur.

Perlahan aku menyandar semula ke belakang. 

"Mungkin benda tu akan jadi kenyataan bila aku dah dapat lesen kereta nanti," ujarku penuh berazam.

"Mana satu yang jadi kenyataan ni? Part dua orang tu mati?" tanya Irfan dengan sisa tawa. 

Aku merengus kecil. "Part aku drive kereta dengan lajulah,"

"Boleh jadi kenyataan ya benda tu?" Irfan masih mahu mengusik.

"Ih, mestilah boleh!"

Irfan melepaskan tawa melihat aku yang sudah mahu naik angin.

"Yalah nanti aku dah tak perlu hantar kau pergi kelas, kan?" 

"Mana boleh! Kau boyfriend aku. Kenalah hantarkan aku," Aku memandang Irfan tak puas hati.

Irfan terdiam. Dia tak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

Melihat si dia yang terdiam, buat aku tersedar. Lantas aku menekup mulutku laju.

"Um, boleh kau ulang? Aku tak dengarlah tadi," pinta Irfan terhibur dengan muka blushing aku.

Aku menggeleng. 

"Bolehlah..." Meleret Irfan meminta.

Aku menunduk memandang meja. Keluhan perlahan dilepaskan sebelum mengujar, "Ka... kau kan bo... boyfriend aku. Ja...jadi kenalah hantarkan aku,"

Irfan mengoyak senyum lebar mendengar kata-kataku tadi. "As you wish, dear,"

Dush! 

Setepek kena. Rama-rama terbang bergembira dalam perut. Bibir kukemam dari senyum. Kepalaku laju ditoleh ke tempat lain. Malu! 

Benar, aku dan dia baru menjalinkan hubungan beberapa hari lepas selepas dia terlepas cakap dia sukakan aku. Hari ini sebenarnya merupakan janji temu kami buat pertama kalinya.

drive me to the moonWhere stories live. Discover now