22- Mungkin

33 2 0
                                    

Alina sedang meratakan mask di muka Raisya kerana Raisya asyik merengek seperti meminta gula - gula daripadanya dan akhirnya dia turutkan jua mengenangkan tangan Raisya yang masih tidak sembuh sepenuhnya walaupun dah 2 minggu berlalu. Mereka tiada prep malam itu membuatkan Raisya ingin mencuba mask yang baru dia dapat daripada Nurin, sepupu Mikael. Raisya baring di atas riba Alina untuk memudahkan Alina memakaikan mask padanya. Raisya tersenyum riang kerana mukanya mendapat rawatan.

"Janganlah bergerak - gerak muka tu. Nak pakai ke tak." Alina memarahi gelagat Raisya yang tidak reti duduk diam itu. 

"iinaaaa...." Raisya memanggil Alina dengan mulut yang dikatip agar mask dimukanya tidak bergerak. Tangannya mengusap tangan yang cedera. 

"Apa?" Alina yang sedang membaca buku novel itu menjawab. Raisya masih diribanya tidak mahu bangun, dia hanya biarkan sambil membaca novelnya.

"ee aaa eee annn aauuu...."

"kau cakap ape? Mana aku faham." Alina menutup novelnya memandang Raisya. Raisya yang melihat Alina sudah bersedia mendengar apa yang dia mahu katakan terus sahaja bercakap tanpa menghiraukan masknya yang bergerak sedikit.

"Sebenarnyakan.. Aku ada rasa curiga, sikit. Tapi aku takutlah nak cakap, yelah nampak macam menuduh pulak."

"Pasal game hari tu ke?"

"Mana kau tahu?"

"Aku agak je. Asal weh? Kau rasa something ke?"

"Takdelah, masa game kan, setiap kali Farhana dapat bola, dia akan bagi kat aku, mula - mula aku tak pelik pun, tapi everytime weh. Even kat aku ramai orang. Kau perasan kan? Coach ada marah dia, dia buat tak tahu je, dia still play macam tu."

"Weh betul, aku pun perasan jugak si Nana tu. Naik geram jugaklah aku masa tu, sebab banyak kali kot tempat aku kosong, tapi dia tetap tak bagi kat aku." Raisya terus bangun melihat penceritaan yang bertambah menarik.

"Tu lah weh. Kau tahu tangan aku dah sakit dah masa tu, sebab aku cuba tangkap bola and nak goalkan. Yelah dah dapat bola kan, buat macam mana pun kau tetap kene lawan sebab kau tengah game. Tapi weh, yang paling aku tak boleh brainnya, masa pemilihan tu, aku yakin yang masa aku nak tangkap bola tu, Farhana ada kat belakang aku. Tapi masa aku kene rempuh dari depan, supposedly dia yang akan support aku tau, tapi dia yang tolak aku. "

"Serieslah Raisya. Kau tak nak cakap kat coach?"

"Aku takut timbul masalah lain, takkan boleh senang macam tu. Lagipun, aku baru je figure out bende ni.  Sebabnya aku rindu giler nak main, so aku macam salahkan diri aku lah, kenapa aku tak buat betul - betul masa tu, yelah maybe aku boleh makan paintkiller ke, supaya aku boleh tahan. Tapi bila ingat - ingat balik baru aku perasan, aku ditolak. Kalau aku tak kene tolak aku takkan jatuh hentak tangan aku sendiri. Tapi tu lah masalah sekarang ni aku takde bukti yang kukuh. Aku tak boleh nak tuduh dia macam tu je."

"Ouhh faham - faham. Betul jugak apa kau cakap. Hmm tapi kan sejujurnya aku tak sangka dia akan buat macam tu., yelah kita kenal dia dengan yang lemah lembut, susah nak percaya. Tapi aku percaya kau." Alina senyum.

"Haha, ha tengok kau pun takkan sangka yang dia akan buat macam tu. Apetah lagi kalau aku bagitahu coach, dia tak mungkin percaya."

"Hehe, tu lah tu. Mungkin dia ada rakan subahat, kau ingat sapa yang nak rampas bola kau tu? Tak silap aku Qairina kan. Mungkin dia dah rancang dengan Nana. Sebab kalau macam tu dua-dua akan ada motif yang sama, nak masuk peringkat kebangsaan." Raisya mengangguk bersetuju terhadap kemungkinan - kemungkinan itu.

"Weh lagi satu hal, lepas incident kau tu, memang ada orang cakap bende tu disengajakan, tapi aku tak tahu macam mana boleh senyap tiba - tiba." Alina menambah.

"Ouh yeke, asal aku tak dengar pun. Ermm, nak siasat tak? Atau aku patut biar je?"

"Kau ni, kita kene lawan lah, takkan nak duduk diam, dia cederakan kau tau, bukan bende kecik. Kita patut cari tahu sebab dia buat macam tu. Kita siasat, aku akan kerahkan orang-orang aku percaya untuk pasang telinga kat semua tempat, kita kene berjaga - jaga Haha."

"Wahh, orang kau ye, dasyat lah member aku ni. Haha. Hmmmm, weh asal diorang tak suka aku ha?" Raisya menundukkan kepalanya, sedih memikirkan dirinya menjadi mangsa dengki.

"Jangan pandang yang tak suka, pandang yang suka kau ni. " Alina mengangkat muka Raisya untuk memandangnya sambil dirinya senyum dengan lebar. Raisya tersentuh mendengar itu dan memeluk Alina tanpa memikirkan apa yang berlaku pada masknya.

"Wehh basah lah baju aku kene mask kau. Campur air mata sekali pulak tu, kau jangan hembus hingus ea. hahah" Alina memberi amaran, Raisya mengangkat kepalanya dan tergelak dengan muka tidak bersalahnya. Melihat mask Raisya yang sudah betul - betul teruk membuatkan Alina turut ketawa.

...........

"Maksudnya kau tak couple dengan dia lagi lah ni.?" Lutfi hanya mengangguk dengan pertanyaan Gibbs selepas Lutfi bercerita mengenai ada perempuan mintak dia couple kerana Lutfi yang masih single. Ketika itu hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik Gibbs. Gibbs yang sedang memegang gitarnya tidak jadi memetik kerana cerita Lutfi yang tak masuk akal tu.

"Kau plan bile? ke kau takde plan? Kau tak risau dia kene amik orang?" Gibbs bertanya lagi.

"Hmmm aku memang ada plan pun. Aku ingat nak cakap lepas dia masuk peringkat kebangsaan tapi lepas dia tak dapat masuk ni aku terfikir, aku rasa aku nak ajak dia kahwin terus lah." Lutfi berkata dengan mendatar. Reaksi wajahnya tidak dapat digambarkan sama ada serius atau main - main.

"Weh haha tak lawak lah, nak kahwin bagai." Gibbs cuba tidak mengambil serius.

"Aku serius. Aku nak kahwin dengan dia. Aku sayang dia, aku nak jaga dia."

"Weh, kau ni, kau ingat kahwin tu bende senang ke? Ni bukan perkara main - main tau, Kau akan ada tanggungjawab yang besar, kau yang kena sara dia. Kita muda lagi weh, kau taknak rasa zaman remaja ni habis dulu ke? Kau tak nak sambung pelajaran kau? Kalau kerja, kau ingat senang, segala - galanya pasal dia kau yang tanggung tau. Duit yang kau ada sekarang ni, bukan hasil titik peluh kau, mak bapak kau punya, kau takda pape pun Lutfi, macam mana kau nak bagi anak orang tu makan nanti."

"Aku tahu lah. Memang tanggungjawab dia besar. Tapi aku percaya aku boleh buat, lagipun mestilah dia akan support aku kan. parents aku pun takkan nak biarkan aku, mesti diorang boleh tolong. And aku boleh je habiskan waktu remaja aku dengan dia. Ahh seronoknya."

"Kau yakin dia akan setuju? Dia akan seronok?" Pertanyaan itu membuatkan Lutfi terdiam. 

"Mungkin sebulan dua dia boleh tahan, tapi lama - lama. Kau rasa dia akan tahan ke? kemungkinan untuk dia  tinggalkan kau lagi tinggi adalah. Sebabnya korang masih mentah and akan buat keputusan yang tak sepatutnya, end up korang menyesal. Sama macam kau start perkahwinan korang dengan keputusan yang terburu - buru macam tu lah kau akan tamatkan nanti."

"Suka hati kau je cakap dia macam tu."

"Okay sorry. Aku bukan apa, korang tak couple pun macam mana kau ada jaminan yang dia akan terima kau. Aku cakap sebab aku nak kau fikir masak - masak kalau boleh biar sampai hangus, biar kau nampak.  yes aku akui memang ada kahwin muda yang bahagia, tapi yang kahwin muda lepas tu cerai pun ramai. "

"Hish kau ni, kau patut support aku. Aku bukan nak buat kerja jahat pun, aku nak dirikan masjid, benda baik, salah ke? Ni doakan yang tak patut pulak." Lutfi sudah tidak tahan dengan respond yang diberikan Gibbs.

"AKu bukan lah nak doakan kau yang tak elok Lut, tapi kau kene fikirlah apa yang aku cakap ni.  Ya aku tahu tak salah nak dirikan masjid, memang bagus pun tapi kalau ada kemungkinan masjid tu akan roboh, kau tetap kene elakkan. Kau pun, bukan dalam golongan yang wajib kahwin."

"Dah lah malas aku cakap dengan kau." Lutfi ingin keluar dari bilik itu.

"Lutfi!" Gibbs memanggil dan Lutfi berhenti melangkah.

"Satu hal kau kena ingat, kau bukan sahaja pertaruhkan kehidupan kau tapi kehidupan Raisya juga. Kau kena fikir tu." Sejurus habis Gibbs berbicara, Lutfi terus keluar dari bilik itu.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now