"Ermm... aku nakk...."
"Kau nak ape? Cakaplah cepat. kau tahu tak aku ni haus, sebab tu nak balik dorm, apehal tak boleh ea? Kantoi dengan kau, haih." Raisya tanpa segan melontarkan segala rungutannya kepada Lutfi. Lutfi memerhatikan telatah Raisya, haih asal comel sangat doe dia ni, berbaju kurung cotton kot haha, dengan telekungnya, sejuk mata memandang.
"Haha.. rilek lah. Kejap kau tunggu sini, tunggu. Jangan pergi mana - mana." Lutfi terus berlalu meninggalkan Raisya yang terpinga - pinga.
"Dia suruh aku tunggu, nak buat apa? entah - entah dia nak panggil kawan dia tangkap aku. Eh tapi macam dah deal kan kantoi dengan dia je, tapi dia tak cakap lagi apa yang dia nak. omg omg omg. Okay lah husnudzon, 5 minit dia tak sampai kita chow." Raisya menghembus nafas selepas puas beroverthink dengan Lutfi. Dia melihat jamnya, okay kite tunggu sekejap je.
5 MINIT LATER
Nampaknya aku kena gerak dulu ahh. Baru sahaja Raisya ingin berlalu daripada situ, dia mendengar derapan kaki berjalan. Dia terus menoleh kebelakang tanpa berkira kira. Dia hampir melanggar dada Lutfi, dia mengangkat sikit kepalanya, mata mereka bersatu, tapi tak lama selepas mereka sedar daripada situasi itu, cepat Raisya menunduk dan mengundur sedikit.
"Aku suruh tunggu kan, asal kau pergi jugak?" Lutfi berjaya menghilangkan rasa awkward di antara mereka.
"Aku..." Raisya cuba mencari alasan, tetapi tidak dapat apa. Yang dia nampak sekarang ni Lutfi Mikael yang segak memakai kurta berwarna biru gelap dengan seluar track itu.
"Tak pe lah. Ni amik ni." Lutfi menghulurkan air botol mineral yang kecil kepada Raisya. Raisya terdiam, series ahh dia pergi tadi nak amikkan air untuk aku.
"Kau tak nak ke? Kalau tak aku minum." Lutfi sudah memulas penutup botol air itu. Raisya terus menghalang.
"Alaa Lutfi, nak nak nak." Lutfi merenung Raisya yang sudah menghulur tangannya itu.
"Ada syarat. Panggil aku Mika." Raisya ternganga. Seriously??? Lutfi senyum senget, dengan menunjukkan reaction 'nak ke tak air ini sebelum aku minum'. Raisya mendengus.
"Okay. Mika, nak!" Lutfi terus memberi air itu. Raisya menyambut dengan penuh gembira. Lutfi tersenyum, haih seronok ea dapat air.
"Thank you Mika." Raisya ingin berlalu.
"Ehh, kita tak habis lagi okay!" Lutfi menghalang.
"Lah apa lagi?"
"Deal kita tadi? Aku dah selamatkan kau kot." Raisya memberikan reaction 'ouhh haah aku baru teringat'
"So kau dah fikir?"
"Belum, aku nak gunakan kemudian. Tapi yang penting sekarang, nah" Lutfi menghulurkan pula plaster , Raisya mengambilnya. Aaa asal kau buat aku macam ni.
"Okay." Raisya senyum hambar kerana dia masih berhutang dengan lelaki ini.
"Tampal kat luka kau tu, jangan simpan pulak. Kau ingat sweet ke buat kenangan." Raisya membuat rolling eyes. Sempat pulak dia ni.
"Takde maknanya." Raisya membuka plaster itu dan diletakkan pada tangannya yang luka itu.
"Dah. puas? haha" Raisya menunjukkan tapak tangannya yang berplaster itu pada Lutfi. Lutfi senyum dan mengangguk.
"Allahuakhabar, Allahuakhabar." Raisya terus mengambil kesempatan untuk beredar.
"Dah azan, bye! Thank you Mika!" Raisya terus jalan meninggalkan Lutfi dan tanpa disedari dia berjalan sambil bibirnya mengukir senyuman. Lutfi senyum melihat Raisya yang seperti lipas kudung itu, dan dia beredar dari situ.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...