"Saya nak kamu buat tugasan ini dalam kumpulan ya. Berpasangan. Saya tak kisah lelaki perempuan, asalkan berdua. Saya nak by esok, senarai nama kumpulan dah ada di atas meja saya. Okay kelas, itu sahaja untuk hari ni, terima kasih." Cikgu Asri terus keluar kelas sambil membawa bukunya. Maka riuhlah kelas 5 Olivia demi mencari pasangan disebabkan itu adalah kelas terakhir pada hari itu. Hanya Raisya yang tidak berganjak mahupun berpaling kepada sesiapa, dia tidak tahu siapa patut diajak. Mika mestilah dengan Bad kan, aku akan dengan sapa, walapun sudah 2 bulan lebih aku bersekolah di sini, tiada perubahan yang banyak pun, aku tetap sendiri di dalam kelas itu, takpelah pasrah sahaja kelas ni pun 20 orang mesti cukup - cukup. Seketika dia melihat Farhana datang ke arahnya, eh tak dia berhenti dekat Mika. Kau ni perasan lah Raisya.
"Lutfi awak dah ada group ke untuk assesment ini?" Farhana bertanya dengan lembutnya. patutlah semua orang suka dia.
"Sorry Nana, aku dah ada group." Raisya mendengar Lutfi menjawab. Aku dah agak mesti dengan Bad punya. Farhana dengan riak kecewanya, cuba mengawal nada percakapannya dan reaksi wajahnya.
"Ouh yeke, dengan siapa? Bad ke?"
"Takde lah dengan Raisya. Kan Raisya kan?" Lutfi terus menoleh ke belakang, Raisya terkejut tidak tahu ingin membalas dengan soalan dan jawapan Lutfi yang secara tiba - tiba. Raisya memandang Lutfi meminta penjelasan, Lutfi membuat memek muka menyuruh Raisya mengiyakan. Raisya memandang wajah Farhana dan wajah Lutfi semula. Lutfi masih dengan riaksi nya. Akhirnya Raisya mengangguk.
"Ouh takpelah kalau macam tu Lutfi. Nanti jangan lupa bagi nama korang berdua kat ketua." Farhana terus berlalu. Tak guna punya perempuan, kenapalah Lutfi tu asyik pilih dia, apa yang dia lebih pun aku tak tahu, nak kata cantik aku lagi cantik, nak kata sopan aku lagi sopan, semua orang suka aku, apa lagi tak cukup. Farhana duduk di mejanya dengan perasaan yang begitu marah.
"Mika, explain." Raisya bersuara cukup untuk Lutfi sahaja yang mendengar.
"Ouh. Aku tak nak satu group dengan dia, aku nak dengan kau. Puas hati haha. Dah - dah kau group dengan aku je, Bad pun dah ade group, so tak payah pening - pening okay. So nanti bagi nama kita kat Miji tau, jangan lupe." Lutfi berkata tanpa Raisya sempat mencelah dan Raisya hanya diam dan mengangguk. Aku macam takde pilihan kalau dengan dia ni, tapi memang pun sebab dia je yang nak kawan dengan aku. Raisya mengambil kertas untuk menulis namanya dan nama Lutfi untuk diserahkan kepada Tarmizi atau lebih dikenali dengan Miji.
"Gais, baca doa jom." Miji memberi arahan. Semua pelajar 5 Olivia terus senyap dan mengikuti bacaan yang diketuai Miji. Setelah itu, semua orang mula bergerak untuk pulang. Raisya mengemas buku yang dia ingin bawa pulang dan tinggal yang tidak diperlukan.
"Lutfi~ Bad~" Dengar je suara tu, tahu dah sape yang memanggil. Terry dan Gibbs sudah pun masuk ke kelas mereka. Terry dengan riangnya menuju ke arah meja Bad. Lutfi yang sedang memasukkan buku dalam begnya tergelak melihat gelagat Terry, sambil itu dia menjeling ke arah Gibbs yang slow - slow masuk ke kelas mereka.
"Raisya~" Terry memanggil. Raisya membalas dengan senyuman girangnya sambil tangannya melambai ke arah Terry. Dia memandang Gibbs, Gibbs yang perasan Raisya melihatnya hanya mengangkat tangan dan memberikan senyuman segaris dengan kekoknya. Raisya terkejut dengan perubahan Gibbs, okay dia senyum kat aku ke tadi haha, gilelah perubahan yang impressive doee. Lutfi yang masih memerhatikan Gibbs tersenyum, okaylah tu ada perubahan.
"Jom balik." Bad mengajak. Mereka semua bangun dan keluar dari kelas bersama-sama. Tanpa disangka ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka.
"Aku kena bagitahu Nana ni."
***
Petang tu seperti biasa Raisya akan pergi court basketballs bersama Alina. Mereka sudah semakin rapat, bagi Raisya mungkin dulu mereka tidak mengenali antara satu sama lain, situasi yang menemukan mereka juga agak tidak kena menyebabkan mereka bergaduh. Selepas mengenali Alina dengan lebih dekat, sering bertukar pandangan dan cerita, mereka mula selesa di antara satu sama lain.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Ficção AdolescenteRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...