"Raisya, Lutfi. Kamu berdua boleh berasa lega sekarang, kerana kes yang kalian terlibat telah selesai." Cikgu Kassim berkata selepas dua orang budak itu masuk ke dalam biliknya itu di bahagian ruangan mejanya. Raisya dan Lutfi yang mendengar tersenyum tetapi tidak lama selepas dia terfikir siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini.
"Tetapi cikgu, siapa yang mengaku? Siapa yang bagitahu cikgu?" Lutfi bertanya.
"Mestilah orang yang lakukan yang kene bertanggungjawab. Mereka berjumpa dengan saya pagi tadi dan mengaku kesalahan diorang. Diorang juga akan dihukum mengikut berat kesalahan diorang"
"Tapi cikgu...." Raisya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu dan ingin bertanya dengan lebih lanjut tetapi Cikgu Kassim memotong.
"Takde tapi - tapi."
Klak! Bunyi pintu dibuka. Cikgu Kassim yang mendengar terus sahaja berkata.
"Saya rasa orang yang awak cari sudah tiba. Pergilah jumpa diorang." Raisya dan Lutfi terus melihat siapa yang membuka pintu itu untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini. Apabila mereka tahu siapa pelakunya mereka tidak sampai hati ingin mengadu dengan cikgu, mereka mengharapkan diorang ni sendiri yang bertanggungjawab atas perbuatan diorang. Lagipun mereka sudah pun memaafkan diorang.
"Farhana." Raisya berkata sebaik sahaja melihat gerangan yang membuka pintu itu. Dibelakangnya ada Asyikin, Afiq dan Taufiq.
"Raisya....Saya nak minta maaf kat awak. Saya banyak buat salah kat awak sedangkan awak tak pernah pun ganggu saya. Saya yang fitnah awak, saya tolak awak, saya sabotaj kerja sejarah awak and saya yang cuba perangkap awak untuk kesalahan disiplin. Saya minta maaf Raisya, saya buat tak tahu sahaja bila Ikin melarang saya, saya desak semua orang guna duit yang saya ada sebab saya terlalu mengikutkan perasaan saya yang obses terhadap Lutfi. Saya benci bila tengok awak dengan Lutfi, saya tak suka, sebab saya rasa sayalah orang paling dekat dengan Lutfi tapi bila ada awak dia tinggalkan saya, dan saya sedar itu hanya fantasi saya sahaja. Saya malu, walaupun saya buat awak macam - macam awak tak pernah bagitahu cikgu dan kawan - kawan lain. Awak terlampau baik Raisya." Mendengar Raisya memanggil namanya itu terus dia memegang tangan Raisya sambil menangis nangis meminta maaf. Dia telah pun sedar dengan perbuatannya,melihat segala rancangannya tidak membuahkan hasil malah membuat Lutfi makin membenci dirinya, dia tahu dia yang silap. Oleh itu dia mengambil keputusan untuk bertanggungjawab dalam segala masalah yang dia telah timbulkan itu.
"Farhana. Itsokay,saya dah pun maafkan awak. Jangan nangis lagi." Raisya mengusap bahu Farhana. Farhana mengesat air matanya yang berbaki.
"Lutfi, saya minta maaf." Farhana memandang Lutfi dan berkata. Lutfi hanya mengangguk.
"Aku pun nak minta maaf kalau aku pernah bagi harapan kat kau. Aku layan semua orang sama je." Lutfi menambah. Farhana hanya tersenyum pahit.
"Raisya saya pun nak minta maaf. Saya patut halang Farhana tapi saya yang membantu dia. Saya tak sangka ia menjadi lebih teruk. Saya minta maaf Raisya, Lutfi dan Farhana." Farhana hanya senyum, Ikin lah yang ada ketika dia jahat dan ketika dia baik.
"Sokay Ikin. Kau jaga Farhana elok - elok tau." Raisya menjawab dan Lutfi hanya mengangguk sahaja.
"Raisya, saya pun nak minta maaf sebab tipu awak. Lutfi, aku minta maaf sebab fitnah kau. Aku terlalu mengikut perasaan geram aku kat kau sebab kau tangkap abang aku. Aku sedar yang dia memang kena diberi pengajaran." Afiq berkata dan menyenggol abangnya itu. Taufiq menjelingnya.
"Saya okay je." Raisya memandang Lutfi suruh menjawab bagi pihaknya pula.
"Okay. Aku maafkan dah. Kau pun dah bayar balik kan. Kann? Hahaha." Lutfi tergelak. Dia dapat tahu bahawa Afiq dengan Gibbs yang merancang kotorkan baju dia supaya dia boleh pakai sedondon dengan Raisya, dia sengaja suruh Danial memanggilnya untuk menjadi artis malam itu dan dia juga yang tukar kotak nama perempuan tu kepada semua nama Raisya. Lutfi mengetahui ketika dia melihat gambar - gambar dia bersama Raisya, jadi tiada kemarahan yang wujud kerana dia berpuas hati dengan hasilnya.
Afiq yang faham gelak dan mengangguk. Raisya blur melihat kelakuan diorang berdua itu.
"Bayar? Lutfi kau mintak duit kat dia ke? Afiq, apa yang kau bayar?" Raisya menyoal.
"Raisya, kau perempuan. Tak payah tahu lah." Lutfi membalas. Raisya cemberut mendengar balasan Lutfi dan melihat Afiq yang tidak ingin menjawabnya itu.
"Diskriminasi." Mereka hanya gelak mendengar apa yang Raisya katakan.
"Weh, aku pun nak minta maaf." Taufiq memotong gelak diorang. Diorang hanya mengangguk. Afiq yang melihat situasi yang janggal itu mencuit abangnya, menyuruh memberitahu kenapa dia meminta maaf.
"Aku minta maaf Raisya. Aku selalu buli kau, kacau kau. And actually aku pernah berbual dengan Farhana pasal nak sabotaj Lutfi, aku tak sangka pulak dia buat betul kat Raisya, tapi tetap Lutfi yang kena. Aku ni jahat - jahat aku takdalah nak fitnah orang, cakap tahulah, kalau nak buat aku masih takut dengan bapak aku dan Cikgu Kassim. Hehe. So, aku tak tahu aku punca ke apa, aku rasa serba salah jugak so aku minta maaf lah kat kau Raisya and Lutfi. Sorry bro. "Taufiq menerangkan kesalahannya. Farhana yang mendengar hanya mendiamkan diri, kerana walauapapun tetap diri dia yang salah.
"Aku dah maafkan kau dah Taufiq. Aku tak pernah dendam pun. Okay je, kosong kosong dah." Taufiq senyum mendengar jawapan Raisya,patutlah adiknya itu suka kat Raisya.
"Aku pun takde dendam dah. And aku nak kau tahu yang aku tangkap kau bukan sebab dendam tapi sebab aku nak kau berubah jadi baik macam dulu." Taufiq pergi ke arah Lutfi, dia menghulur tangannya. Lutfi menyambut dan terus memeluk Taufiq. Mereka pernah berkawan suatu ketika dahulu, tapi berubah bila Lutfi mendapat jawatan. Dia merasakan Lutfi sudah jauh darinya, oleh sebab itu dia selalu melanggar peraturan sekolah untuk mengenakan Lutfi dan Gibbs. Masalah keluarganya juga menjadi sebab dia semakin nakal. Walaupun Afiq selalu sahaja menyebelahinya dia tetap tidak berasa puas.
"Thanks bro."Taufiq berkata dan melepaskan pelukannya. Lutfi tersenyum dan menepuk belakang bahu Taufiq.
"So saya kira drama tahun ini sudah selesai lah. Dah boleh fokus kat SPM dah? Haha." Cikgu Kassim yang dilupakan seketika bersuara melihat ragam pelajarnya yang sudah insaf itu, mereka semua tergelak. Taufiq yang mendengar terus menyorok sedikit belakang Afiq, tetapi mukanya masih lagi diselambakan, acah macho gitu haha.
"Taufiq, tak payah nak menyorok sangat lah. Awak tu bukan kecik pun, saya nampaklah. Hahaha." Cikgu Kassim bersuara melihat gelagat Taufiq itu. Haihh, inilah pelajar dia yang paling nakal tapi cepat belajar. Taufiq hanya buat tak tahu walaupun semua dah pakat gelakkannya.
" Okaylah. Kes dah settle dah, denda pun saya dah berikan. Janji dengan saya jangan masuk bilik ini lagi, kalau bukan nak bagi hadiah kat saya. Boleh?" Mereka gelak dengan pertanyaan itu dan masing - masing menjawab boleh. Cikgu Kassim tersenyum bangga seronok melihat pelajarnya itu sudah sedar.
" Dah settle lah kan? Tunggu apa lagi, balik lah kelas, nak tunggu saya rotan sorang - sorang ke?" Cikgu Kassim mematikan tawa mereka dengan suara tegasnya itu. Berlari mereka semua nak keluar daripada bilik itu. Bilik yang mereka janji takkan jejak lagi itu. Cikgu Kassim yang melihat hanya ketawa, garang sangat ke aku ni sampai tak cukup tanah diorang berlari tu. Taufiq yang ketika itu orang last yang keluar berpusing semula menghadap cikgu Kassim.
"Ha ada apa Taufiq? Tadi bukan main menyorok."
"Terima kasih cikgu." Taufiq terus sahaja keluar selepas mengatakan ucapan itu. Cikgu Kassim tersenyum gembira. Dah besar dah mereka ni, dia telah perhatikan Taufiq dan Afiq itu sejak form 1 lagi. Dia nampak perubahan budak - budak itu, pada mulanya dia begitu marah kepada Taufiq kerana kenakalannya itu sehinggalah dia ternampak Taufiq yang sedang menangis. Ketika itu, dia sedar yang tidak semua yang dilihat nakal dan kuat itu tidak mempunyai hati lalu dia perlahan lahan mendekatkan diri dengan pelajar supaya dia faham apa yang mereka rasa. Dia cuba berlembut dan mencari tahu apa masalah pelajarnya itu. Akhirnya dia tahu dan seronok dapat membantu dan melihat pelajarnya itu berubah.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...