"Kau pasti yang khabar angin tu dah takde lagi?" Dia hanya menggeleng, ade perasaan gerun di dalam dirinya melihat orang yang dikenali tidak seperti yang dia kenali. Jari kanannya mula meramas - ramas jari kirinya, gelisah memikirkan apa yang dia telah lakukan.
"Heh, dasar hamba duit. Pastikan telinga aku ni takkan dengar lagi berita macam ni, faham?" Farhana menarik rambutnya kebelakang, dia melihat Qairina yang didepannya. Hanya menunduk tidak membalas, pertanyaannya dibiarkan sepi. j
"Kau faham ke tak?" Suara Farhana mula naik seoktaf. Qairina yang sudah cuak itu mengangguk laju - laju.
"Kau dah bisu ke? Kau faham ke tak?"
"Faa..faaham faham." Qairina menjawab dengan tergagap kerana terkejut dengan herdikan itu.
"B****. Kau.." Farhana tidak meneruskan kata - katanya melihat pintu biliknya dibuka. Asyikin masuk.
"Nana, kenapa jerit - jerit ni? Kalau orang dengar macam mana?"
"Kau tanya aku? Kau patut tanya kawan kau ni, dia yang buat aku marah. Tak tahulah sejak boleh jadi gagap. B****." Asyikin melihat Qairina, dia mengeluh. Farhana semakin hari semakin cepat melenting, anginnya tak pernah betul. Lagi - lagi bila mereka berada di asrama.
"Rina, kau balik lah bilik kau. Kau buat kerja kau macam biasa." Asyikin berkata pada Qairina. Qairina hanya mengangguk dan segera ke pintu bilik itu untuk keluar.
"Woi sape suruh kau keluar." Qairina berhenti melangkah. Farhana bangun dan berdiri di depan Qairina.
"Aku nak kau keluar je daripada sini, kau bagitahu semua orang yang Raisya tu pura - pura je jatuh sebab nak kasihan daripada Lutfi. Aku nak kau buat semua orang fikir dia yang gedik, menggatal dengan Lutfi. Pastikan semua peminat Lutfi dengar benda ni. Biar diorang gaduh. Boleh? Kau dengar tak aku cakap apa?" Qairina mengangguk laju - laju. Farhana yang melihat balasan itu naik marah.
"Kau tengoklah tu, dah jadi bisu balik. Benci betul aku. Macam mana aku tak marah" Farhana merungut.
"Rina keluar." Ashikin mengarah.
"Kalau aku tak dengar khabar angin tu siap kau. " Farhana sempat berkata ketika Qairina melepasinya.
"Dah lah tu Farhana, janganlah jerit - jerit macam tu lagi, kalau orang lain dengar macam mana? Nama kau jugak yang buruk." Farhana hanya merengus mendengar Ashikin membebel. Dia kembali ke kerusinya.
"Diorang tak couple pun." Ashikin memberitahu melihat Farhana yang sudah agak tenang itu. Farhana tersenyum mendengar ayat yang keluar dari mulut Ashikin.
"Heh, tak sia - sia aku tolak dia. Aku tahu dia yang akan masuk kebangsaan, dia ingat aku nak biarkan ke? Memang tak lah nak biarkan dia dapat semua sekali. Nasib baik kau bagitahu aku pasal Lutfi nak confess tu, kalau tak memang aku bunuh dia. Dia patut lenyap je dari dunia ni."
"Kau tak rasa teruk sangat ke kau buat macam tu."
"Teruk? Tu baru sikit lah, lagipun dia yang mula dulu, dia yang rampas semuanya daripada aku. Mula - mula perhatian Lutfi, lepas tu geng LGBT, sekarang game aku, team kita pun dia nak rampas. Acah tak reti main, lepastu jadi profesional, b**** s***. AKu benci dia, and dia layak terima balasan yang lagi teruk daripada itu. Tak betul apa aku cakap?" Asyikin terdiam, Nana yang dia kenal bukan yang ini.
"Entah. Aku rasa bende ni over sangat."
"Hei, kau yang cakap dengan aku kita kena bagi dia pengajaran. Kenapa? Dah ubah fikiran? Kau yang overacting adalah. Lagipun, dia tak mati pun apa nak kisah. AKu buat slow je." Asyikin menelan air liur, aku ke yang bangunkan syaitan dalam diri dia, Oh my God. Asyikin mengangguk mengiyakan apa yang Farhana katakan.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...