40-New York

21 2 0
                                    

"Mikael macam mana? okay jawab exam tadi?" Luth Iskandar bertanya melihat adiknya itu seronok makan makanan yang mamanya masak itu.

"Okay je. Ma sedapnya. lama tak makan masakan mama." Lutfi menjawab sambil mengunyah makanan. Tidak disangka keluarganya akan datang hari itu. Mama dia pulak bawa makanan kegemaran dia, ayam masak merah. Memang dia senyum sampai ke hujung telinga lah.

"Mika, nak makan makan, nak cakap cakap, jangan buat sekali gus. tercekik nanti." Encik Malek menegur anak bongsunya itu. Lutfi hanya tersengih mendengar teguran papanya itu.

"Mika, makan ni lagi, mama bawak khas untuk Mika tau, Mika kene habiskan." Puan Aliya membiarkan teguran suaminya kerana seronok melihat anaknya itu makan dengan penuh berselera.

"Mikael, boleh aku jalan - jalan sekolah kau?"

"Pergilah. Jangan sesat pulak bang."

"Iskandar nak pergi sorang ke?" Puan Aliya bertanya. Luth Iskandar mengangguk.

"Is jalan dalam sekolah Mika je, Ma. Nanti Is balik lah."

"Rileklah Ma, sekolah Mika je pun. Takda apa lah." Puan Aliya yang mendengar memandang Encik Malek. Encik Malek berdehem.

"Hmm hati - hati. Setengah jam je, lambat papa tinggal." Encik Malek membenarkan dengan bersyarat.

"Baik bos." Luth Iskandar tersenyum girang mendapat kebenaran papanya. Luth berjalan meninggalkan mereka di pondok yang berdekatan asrama lelaki itu.  Tidak ramai yang berada di luar ketika itu , barangkali masing - masing tidur kerana sudah berpenat lelah ketika menjawab exam tadi. Lutfi bangun untuk membersihkan tangan setelah selesai makan. Dia membasuh bekas bekal mamanya, untuk memudahkan mamanya sesudah balik nanti.

"Bang, macam mana kita nak cakap dengan dia ni?" Puan Aliya bertanya Encik Malek melihat anaknya itu sudah hilang dari pandangannya. Sudah ditegah tidak perlu basuh, degil jugak hendak dibasuh bekas bekal itu. Encik Malek menghela nafas berat dan mengambil semula nafas untuk berkata.

"Tapi kita dah janji takkan berahsia dengan dia lagi. Walaubagaimanapun caranya kita kena bagitahu jugak dia."

"Bagitahu apa Pa?" Lutfi yang baru sahaja tiba itu tanpa sengaja terdengar apa yang barusan papanya berkata. Encik Malek dan Puan Aliya terkejut melihat anaknya sudah kembali di depan mata mereka. Puan Aliya memandang wajah Encik Malek. Encik Malek hanya mengangguk menyuruh isterinya itu meneruskan apa yang patut dicakapkan kepada Lutfi. Lutfi bingung melihat perubahan air muka wajah kedua orang tuanya itu.

"Sebenarnyakan Mikael. Kitorang ada plan nak pindah New York. Macam mama kata sebelum ni, ayah angkat Is sakit, kitorang nak balas balik jasa dia sebab dah besarkan Is dengan baik. Papa ajak kita pindah NewYork after Mika habis SPM, Mika sambung belajar kat sana je. Papa pun dah beli rumah kat sana." Lutfi terdiam. Pindah New York? Huh, tak boleh brain aku?

"Lutfi Mikael." Papanya memanggil nama penuhnya anaknya itu melihat tiada balasan yang diberikan setelah isterinya menjelaskan apa yang akan berlaku itu.

"Yes Pa. Mika cuma tak dapat brain lagi. Mika tak nak tinggalkan kawan - kawan Mika. Mika ingat nak study kat universiti yang sama dengan diorang. Mama dengan Papa buat keputusan pun tak tanya Mika dulu. Why?"

"We are sorry Mika. We though u will okay dengan decision yang kitorang buat ni sebab u tak pernah bantah with our decisions pun selama ni."

"Its just too sudden. I cannot brain. Can you give me some time tu think about that? I have 2 paper left. and you all make me have a hard time. Mika naik dulu." Lutfi menyalam mama dan papanya, walaupun marah berkat itu penting.

"Mikael!" Luth Iskandar yang baru tiba itu terus memanggil Lutfi. Lutfi menoleh memandang Luth Iskandar.

"Dah nak naik ke? Duduklah kejap dengan abang." Luth cuba mengajak Lutfi stay lebih lama.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now