17- Permintaan

35 2 0
                                    

"Sorry sayang. Ayah ada urusan kerja. Ayah betul - betul ingat minggu depan Raisya balik,sebab tu ayah setuju pergi luar negeri ni. Ayah mintak maaf ye sayang."

"Takpelah, ayah. Raisya okay je ni. Ade je kawan lain yang tak balik. Lagipun boleh Raisya study betul - betul. Hehe."

"Yelah kalau macam tu, nanti balik je dari urusan kerja ayah terus datang pergi sekolah Raisya."

"Ayah ni, nanti kan ayah penat. Takpe. Raisya okay je. Ayah jangan risau okay. Okaylah ayah, Raisya nak tengok baju ni tadi pergi dobi. Kirim salam kat ibu tau."

"Yelah. Princess, ingat ka lagi.(sentiasa jaga diri)"

"Oo Ayah. Bye, mahal na mahal kita."

"Bye sayang, Ayah nagmamahal sa iyo kaya magkano(Ayah sangat menyayangimu)"

Raisya meletakkan ganggang telefon itu, dia menunduk. Jujur dia rindu ayah dan ibunya, tapi apakan daya tiada rezeki untuknya pulang dan luangkan bersama keluarganya minggu itu. Dia pergi ke dobi untuk mengambil bajunya yang dia yakin mesin sudah pun berhenti. Sebenarnya, dia tidak mempunyai kawan pun kerana mereka semua pulang, yang tinggal ni semua dia tak kenal, kalau kenal pun biasa - biasa je lah itupun kluster lain, tapi nak sedapkan hati ayahnya, dia cakap lah dia ada kawan. Haihh, Alina balik, Mika balik, Bad balik, Nurin balik, Nana balik, semua balik, haihh. Entah kali keberapa dia mengeluh sambil menyidai bajunya. Setelah selesai dia pergi ke bilik belajarnya, dan membuat kerja sekolah. 

..........

Petang itu dia mengambil keputusan untuk ke court bola keranjang, sudah lama dia tidak bermain seorang, lagipun dia perlu berlatih lagi kerana pertandingan itu ada lagi lebih kurang 2 minggu lagi. Swetshirt kelabu dengan padanan tudung peach membuatkan Raisya nampak lebih menyerlah, itu prinsip Raisya, dia tidak suka mengenakan warna tudung dan baju dengan warna yang sama, kerana baginya tiada keseronokan, haha. 

Memang betul jangkaannya tidak ramai orang petang itu. Hanya ada beberapa orang sahaja di padang dan gelanggang. Dia terus pergi ke gelanggang dan meletakkan botol airnya di tepi bersama bolanya. 

"Raisya!" Raisya yang baru sahaja ingin melakukan warm up terkejut namanya diseru. Dia menoleh melihat gerangan itu.

"Ehh Afiq."

"Tak balik jugak ke?" Raisya hanya mengangguk dan tersengeh, kalau aku balik takdanya aku kat sana halah ni pun soalan. Awkward sebenarnya dengan dia ni, sebab aku jarang bual dengan dia.

"Ouhh okay -okay. Kalau balik takkan kat sini kan, kenapa tak balik?" Ahh sudah soalan ni pulak dia tanya.

"My parents busy. Hehe." 

"Ouh okay faham. Takpelah saya pergi padang dulu lah ye, member dah tunggu. Bye." Afiq menguntumkan senyumannya yang manis. Raisya hanya mengangguk, senyum sedikit dan melambai sedikit. Apabila sudah jauh Afiq berlalu, barulah dia meneruskan aktivitinya yang tergendala dan mula bermain.

***

Lutfi menurun bas dengan perasaan yang begitu marah, dia terus masuk ke perkarangan sekolahnya. Dia ingin terus ke tempat lepaknya, tetapi dalam perjalanannya dari pagar sekolah ke bangunan itu, dia terlihat seseorang yang sangat dikenalinya sedang bermain bola keranjang. Pada mulanya dia tidak mahu dilihat lemah seperti itu, tetapi perasaan yang bercampur itu menyebabkan langkahnya teratur ke orang itu. 

Raisya yang ketika itu baru lepas memasukkan gol terkejut melihat Lutfi yang berdiri di tepi gelanggang. Ehh bukan dia balik ke, melihat air muka Lutfi yang seperti ada sesuatu membuatkan dia risau, beg di belakangnya menunjukkan yang dia baru balik ke sini semula. Raisya berjalan mendekati Lutfi.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now