42 - Risau

21 1 0
                                    

Bad yang baru tiba di rooftop itu terkejut melihat merpati dua sejoli itu telah pun tiba disitu dan sedang study. 

"Awalnya korang." Lutfi dan Raisya yang mendengar teguran itu hanya tersengih dan menyambung kerja mereka. Mereka tidak berjanji pun hendak berjumpa awal, mereka cuma datang tepat mengikut waktu yang dijanjikan sahaja. Tidak sangka otak mereka sama - sama synchronize di antara satu sama lain. Bad hanya menggeleng kepala dan terus duduk di meja mereka itu. Tidak lama selepas itu, Terry dan Gibbs sampai. Gibbs terus melihat Lutfi dan Raisya, risau. Itu yang dirasakan.

"Raisyaa~~~" Terry memanggil. Raisya tergelak mendengar, Terry ni comellah. 

"Nak duduk sebelah Raisya lah." Terry berjalan menuju ke sebelah Raisya, belum sempat dia duduk ada yang menegah.

"Eh mana boleh." Lutfi menjeling Terry.

"Pehal pulak? Tak kira aku nak duduk sebelah dia jugak."

"Tak boleh." Lutfi menolak Terry menjauh.

"Bagitahu dulu."Lutfi terdiam tidak tahu ingin membalas apa, takkan aku nak cakap aku cemburu kot. Malu sia. Dia menggigit bibirnya memikirkan apa yang perlu dikatakan. Raisya turut melihat Lutfi ingin mendengar jawapan dia.

"Tu tempat Alina lah." Gibbs menjawab. Semua melihat Gibbs. Gibbs buat tak tahu dan terus membuka bukunya.

"Dah kau duduk tempat lain." Terry menarik muka dan duduk di tempat lain berhadapan dengan Raisya pula. Lutfi tersenyum, kemudian dia memandang pula ke arah Gibbs. Gibbs tetap fokus pada bukunya. Lutfi teringat perkara yang mereka bualkan malam tadi. Setelah dia kembali ke bilik, Gibbs turut mengikutinya ke bilik dan bertanya semula.

"Betul kau couple dengan dia?" Lutfi yang sudah duduk di katilnya itu mengangguk. 

"Series ahh?" Gibbs bertanya dengan suara yang agak kuat. Lutfi terus memberi isyarat supaya senyap kerana Bad sudah pun tidur. Gibbs menutup mulutnya dan duduk di sebelah Lutfi.

"Kau dah bagitahu dia ke?" Gibbs bertanya soalan lain pula. Lutfi menggeleng. Gibbs memicit pelipisnya.

"Apa plan kau?" Lutfi diam.

"Long distance relationship."

"Dia setuju ke?" Lutfi diam lagi.

"Lut, aku dah cakap kat kau, jangan buat keputusan sendiri, fikir tentang dia jugak." Lutfi diam memikirkan apa yang Gibbs katakan.

"Okaylah aku balik bilik dulu. Fikir baik - baik Lut and aku nak kau tahu apa pun keputusan kau aku akan sentiasa ada untuk kau." Gibbs menepuk bahu Lutfi dan berlalu ke biliknya.

Lutfi memandang ke arah Raisya pula, kata - kata Gibbs bermain di mindanya. Raisya akan terima ke? Dia kembali melihat buku latihannya, walaupun sebenarnya fikiran dia sangat terganggu. Tidak lama selepas itu, dia meletakkan pensilnya dan memandang Raisya.

"Raisya... Nak ikut?" Lutfi bertanya kepada Raisya yang sedang mengulangkaji pelajaran untuk exam keesokan harinya itu. Ada lagi 2 paper mereka perlu hadap. Raisya mengangkat kepalanya melihat Lutfi yang sedang senyum. Raisya mengangguk.

"Ehh korang nak pergi mana berdua je?" Terry bertanya hairan. Bad melihat Lutfi.

"Aku nak pergi beli air. Korang nak?" Lutfi bertanya. 

"Nak iced lemon tea."

"Milo."

"Iced lemon tea juga." Lutfi mengangguk.

"Jom Raisya." Lutfi mengajak, Raisya bangun untuk mengikuti. Mereka berjalan ke pintu, tiba - tiba Alina datang.

"Korang nak pergi mana?"

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now