Raisya masuk ke kelas selepas perhimpunan. Dia berasa hairan kerana ramai budak kelasnya yang berkumpul di mejanya. Asyikin yang baru sahaja ingin keluar ke kelas itu terus ditahan oleh Raisya.
"Ikin, Ikin. Asal diorang semua kat meja aku tu?"
"Ha? Ouh tu. Aku nampak tadi ada bouquet atas meja kau. Katanya ketua kluster justin bagi."
"Ha? Bouquet? Seriously? Ketua kluster Justin?"
"Haah. Ameer nama dia. Dia hensem, dia kasanova." Asyikin berkata dengan gaya gediknya itu, tapi kali ni tidak menyakitkan hati. Raisya membuat muka tidak senang dan hanya mengangguk kepada Asyikin. Dia terus ke tempat duduknya.
"Wuuuu Raisya. Untunglah."
"Dapat bunga."
"Bestnya Raisya."
Mereka semua memuji selepas melihat Raisya menghampiri mejanya. Raisya terus duduk melihat bouquet yang berada di atas meja itu, sekuntum bunga ros dan coklat. Ada coklat fererocher. Dia menolak ke tepi.
"Nah, amiklah. Aku taknak." Raisya senyum.
"Wah terima kasih Raisya." Pelajar perempuan yang paling hampir dengan meja Raisya itu mengambil dengan perasaan yang penuh gembira. Dia membawa bouquet itu ke mejanya dan dicium - ciumnya. Haruslah dia gembira, dia dapat bunga daripada crush dia, bukan Raisya tapi Ameer. Raisya menggeleng kepalanya, dia memang tahu budak kelasnya itu sangat menyukai Ameer, sebab itu dia tak kisah untuk memberi. Raisya melihat ada kad pada bunga itu tadi. Dia membacanya.
'Hi Raisya. Boleh saya jadi kawan awak?'
"Wuu Raisya. Aku dengar kau dapat bunga." Bad yang baru datang itu terus menyoal Raisya. Raisya terus mengangkat kepalanya, dia melihat Lutfi juga sedang memandangnya.
"Ha? Haah." Raisya mengiyakan dan terus melarikan pandangannya daripada Lutfi. Dia ingin menyimpannya di bawah meja tapi Lutfi sempat mengambilnya membuatkan Raisya terkejut. Lutfi membaca kad itu.
"Wah ada kad sekali? Dia ajak couple ke?" Bad bertanya melihat Lutfi yang mengambil kad di tangan Raisya.
"Takda lah, dia nak berkawan je." Raisya menjawab setelah Lutfi memulangkan kadnya itu. Lutfi hanya mengangguk dan duduk di kerusinya.
"Ouh." Bad membalas. Raisya bingung, kenapa situasi ini sangatlah awkward. Mereka tidak menyambung perbualan kerana cikgu mereka sudah tiba.
Lutfi tidak fokus membuat latihan fizik yang berada didepannya itu. Tak senang dia melihat kad yang diterima oleh Raisya itu.
"Mika!" Raisya mengetuk pensilnya ke kerusi Lutfi setelah beberapa kali dipanggil tidak didengari. Lutfi yang terkejut menoleh ke Raisya.
"Ha ada apa?"Lutfi bertanya hairan.
"Kau okay tak?"
"Ha okay je. Kenapa?" Lutfi masih lagi hairan.
"Aku panggil kau banyak kali, kau tak pandang pun. Kau termenung apa? kau okay tak?"
"Ouh okay je. SPM minggu depan." Lutfi memberi alasan. Raisya mengangkat keningnya.
"Sebab SPM minggu depanlah aku panggil kau."
"Asal pulak?"
"Ni aku tak faham soalan ni. Tolonglah aku." Raisya menunjukkan soalan pada bukunya itu. Lutfi melihat apa yang ditunjuk Raisya. Lutfi tersenyum dan memandang Raisya. Raisya juga memandang Lutfi, meminta jawapan. Lutfi terus memusingkan kerusinya menghadap Raisya, tak payah lah fikir pasal laki tu, baik aku fikir pasal Raisya. Lutfi terus bertanya apa yang Raisya tidak faham untuk lebih mudah dia memberi tunjuk ajar.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Dla nastolatkówRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...