Sobs! Sobs!
"Alina.... Dah lah jangan nangis." Raisya cuba memujuk Alina. Dari tadi tak berhenti menangis.
"Aku gembira lah Raisya. Aku tak sangka hari ni kita kahwin. Huarghhh!"
"Yelah, yang kau nangis kenapa, kita nak adakan majlis perkahwinan bukan kematian."
"Raisya tak baik cakap macam tu."
"Okay. Sorry. Kau tu, beria sangat menangis kenapa? Nanti nak make up, buruk lah dah." Alina mengesat air matanya. Dia memegang bahu Raisya.
"Aku happy, kita sanding sekali. Walaupun kau dah lama akad nikah berbanding aku, tapi aku tetap gembira. Thank you sebab tunggu. Aku tak sangka jodoh kau dengan dia kuat betul. Aku harap sangat tali ikatan yang kau ada sekarang ni lebih kukuh dan tak terputus." Air mata Raisya jatuh mengenangkan apa yang dia pernah dengar dari perbualan Gibbs dan Alina.
"Aaaaaa so sweet. Kau pun, aku bersyukur sangat ada kawan macam kau. Kalau tak takdanya lah, sanggup tunggu nak sanding sekali. Aku pun doakan kau bahagia sampai kehujungnya dengan Ghazali. Aku tahu kau pernah gaduh dengan dia sebab aku. Aku minta maaf tau, ada rezeki kita jadi besan. Haha."
"Haha, weh jadi drama sedih pulak. Takdalah tu kan kisah lama, aku yang childish masa tu. Aku faham dah. Hamboiii tak sabar dapat anak nampak. Kena bagitahu Lutfi ni, ke bagitahu Gibbs boleh aku mengandung dulu. Hahha." Mereka bergelak ketawa dengan perangai masing - masing.
"Alina, Raisya. Lah tak siap lagi, tetamu dah ramai dah tu. Cepat siapnya, sembang apa lagi." Puan Aliya, mama Lutfi dan juga Puan Suraya, mama Gibbs masuk ke bilik mereka dan membebel. Terus mereka berebut tandas sebab nak masuk muka, kedua ibu mertua hanya menggelengkan kepala melihat perangai menantunya, yang penting pandai jaga hati mereka. Okay lah mereka gembira sahaja. Anak - anak pun bahagia, mereka adalah sangat tidak sabar untuk menimang cucu, kalau boleh cucu diorang itu pun nak disatukan, yelah mereka keluarga dah rapat sangat.
............
Raisya memandang Lutfi yang sudah berdiri di depan pintu dewan. Kacak. Sangat. Baju berwarna putih dan diserikan dengan samping berwarna baby green yang sama warna dengan dress yang dipakai, begitu juga tanjak yang elok terletak di atas kepalanya menyerlahkan lagi ketampanannya. Sungguh, lamaran daripada dia bukanlah perancangan aku, aku hanya ingin atuk menilainya supaya dapat meyakinkan aku untuk menerima dia. Sebaik sahaja aku menerima lamarannya, keluarga Lutfi terus datang keesokkannya untuk masuk meminangku. Jumaat pagi bertunang petang bernikah. Sungguh rasa dipermudahkan segala urusan, walaupun bertahun tidak menyapa tiada berita. Allah ikat hati kami seeratnya sehingga dia berjaya bergelar suamiku dengan hanya sekali lafaz. Cincin yang pada mulanya aluminium dalam sekelip mata berubah menjadi emas putih yang begitu indah. Terharu dengan perancangan Allah yang maha Esa dikurniakan malaikat sepertinya buat diriku.
"Hei, Mahal." Lutfi menyapa Raisya yang terlalu anggun itu hanya berdiri tegak didepannya. Dia melihat wajah bidadarinya itu, mata Raisya sudah berkaca - kaca.
"Sayang, kenapa ni? Siapa buat awak ni?" Tiada lagi panggilan kau aku, kini panggilan yang sunguh manis sahaja. Lutfi memegang tangan Raisya. Sejuk, nervous mungkin.
"Mahal na mahal kita." Raisya berkata sebaris sambil menahan air matanya daripada jatuh. Lutfi senyum, mungkin dia agak emosi pada hari ini dan dia akui itu adalah kali pertama Raisya menyebutkan dihadapanku selepas bergelar isterinya.
"I know mahal. I love you too. Dah stop crying. Kita nak masuk dewan dah ni." Lutfi mencium dahi Raisya memberi kekuatan. Raisya tersenyum gembira. Setitis air mata yang mengkhinatinya tanpa disedari. Lutfi yang melihat terus dikesat air mata itu. Raisya mengambil tangan yang mengesat air matanya itu dan dikucup. Dia mengenggam erat tangan Lutfi untuk berjalan masuk ke dewan, dia tidak mahu melepaskannya lagi.
Setelah pintu dewan terbuka, mereka masuk ke dalam dewan dengan muzik kompang yang bergema di seluruh dewan dengan tayangan video semasa mereka akad nikah di kampung. Mereka telah bersepakat untuk bersanding sekali dengan Gibbs dan Alina memandangkan mereka juga baru menikah. Tetapi kerja Gibbs menangguhkan majlis mereka sehingga ke hari ini.
Mereka duduk di pelamin yang telah dihiasi mengikut citarasa mereka, memandangkan Raisya lebih menggemar daisy, di bahagian pelamin bahagiannya dipenuhi dengan daisy manakala bahagian Alina dipenuhi dengan mawar. Seperti dalam dua dunia yang berbeza tapi warna yang sama memberikan satu keharmonian dalam majlis yang berbahagia itu.
Sesi pengambaran dilakukan dengan sangat meriah, tidak terbayang bagaimana berebutnya empat buah keluarga ingin bergambar di pelamin yang sama, haha kecoh satu dewan. Walaupun begitu tangan Raisya tetap tidak lepas dari tangan Lutfi, kemana mereka pergi pasti bersama. Baru berengang sekejap, eh melekat balik dah, mirip sekali dengan si belangkas. Walaupun penat, berbaloi. Kahwin sekali seumur hidup kan, In SyaAllah Aaminn. Ramai yang datang tidak putus memberikan doa dan membawa rahmat.
"Tahniah Kak Raisya. Semoga bahagia ke anak cucu." wakil seorang junior yang sama tempat Raisya belajar dulu mengucapkan tahniah. Junior yang mengikuti trip ke Filipina itu, berapa tahun sebelum entah. Raisya tersenyum dan berterima kasih sahaja dan menyuruh mereka mengambil goodies dan menjamu jamuan. Dia juga seronok melihat Kamilia yang sanggup datang bersama Aliff walaupun dia sedang sarat mengandung. Tak sangka Kamilia tu gigih nak pikat si Aliff tu, kahwin jugak akhirnya.
"Abang, saya macam pernah nampak abang lah." Salah seorang junior itu menegur Lutfi di depan Raisya, Raisya memandang hairan pada Lutfi, ada apa- apa yang dia tak cerita kat aku ke.
"Kita pernah jumpa ke?" Lutfi turut hairan.
"Ohh saya dah ingat, abang yang saya jumpa kat Filipina tu. Yang suruh saya bagi handpluss kat Kak Raisya. Kan?" Lutfi tersengeh mendengar, alamak kantoi lah pulak. Raisya yang mendengar membulatkan matanya.
"Mahal, awak nampak lah apa yang jadi kat belakang tandas tu?" Lutfi hanya tersenyum. Raisya menutup mukanya, malunya Ya Allah, haha.
Majlis yang bermula pukul 10 pagi itu tamat pada pukul 3.30, kerana ingin memberi ruang untuk solat zohor. Sungguhpun begitu masih ada saudara mara yang duduk bersembang kerana kesibukan mereka yang selalu sukar bertemu. Dia majlis seperti ini lah mereka dapat mengeratkan silaturahim.
...........
"Mahal, thank you sebab sudi terima saya jadi husband you." Lutfi yang sedang baring di pangkuan Raisya itu tiba - tiba bersuara. Ketika itu mereka sedang berehat di laman rumah mereka melihat keindahan langit. Ada bulan sabit dan bintang - bintang yang berterabur. Cantik dan lebih cantik melihat dengan kekasih hati.
"Awak dah cakap banyak kali dah."
"Saya suka. Biar awak tahu yang saya sangat berterima kasih awak terima saya." Raisya tersenyum. Dia menunduk dan mencium dahi Lutfi.
"Saya nak kat sini." Lutfi meletakkan jarinya di bibir. Raisya memukul manja lengan suaminya itu.
"Nanti tak larat nak bangun esok." Raisya mencebik.
"Alaa mana sayang tahu kita boleh terlajak. Tapi kalau nak why not, kita buat sekejap je lah." Raisya menjeling Lutfi dibawahnya itu.
"Mahal.... Esok kita nak bangun pagi, saya nak buat kek, awak pun ada kerja kan nak siapkan before kita holiday ni. Kita nak pergi sekolah lama kita tu. Dah lah kita yang kene prepare makanan, kalau jadi apa -apa macam mana, janji tau tu, mana boleh mungkir." Raisya mengingatkan Lutfi janji mereka. Esok 23 Oktober, tarikh yang mereka janji nak berjumpa semula di rooftop sekolah. Disebabkan Lutfi yang lari dari bidang yang diperkatakan, dialah yang perlu berlanja semua orang, alang - alang diorang semua dah free itu yang dia ingin buat barbeque kat rooftop tu, balik lambat sikit lah. Lepas tu nak pergi honeymoon, hoho.
"Yelah sayang. Saya tahu, saya saja nak try nasib, kot - kot lah dapat greenlight, huhu."
"Awak ni. Ngada lah. Malu bulan tengok tu." Lutfi tergelak dengan perangai random isterinya itu, apa masalah kalau bulan tengok sekali pun.
"Mahal na mahal kita" Raisya senyum mendengar ayat itu tapi tidak memandang Lutfi. Bahagia. Sangat bahagia.
TAMAT
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Novela JuvenilRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...