31- Sedar

30 2 0
                                    

Farhana melepaskan pintu tandas dengan kuat untuk melepaskan geramnya. Nasib baik tiada siapa yang berada di tandas ketika itu. Farhana pergi ke aras sinki untuk membasuh tangannya, setelah itu dia melihat pantulan dirinya di cermin.

'Aku cantik, aku baik, kenapa kau buat aku macam ni, kenapa kau tipu aku, Lutfi. Apa yang ada pada perempuan tu. Bo***. Aku tunggu kau dari form 1, aku terpaksa belajar betul untuk masuk sama kelas dengan kau, buat - buat lembut. Aku main basketball sebab kau main, tetap kau tak pandang pun aku.' 

Farhana menggigit bibirnya kuat menahan geram. Dia menahan air matanya untuk mengalir kerana ia hanya akan merosakkan make up nya sahaja. Dia mengangkat mukanya mengibas ngibas menahan rasa ingin menangis. Terasa sedikit tenang dia membetulkan tudungnya dan bersedia untuk berjumpa orang. Lagi - lagi Lutfi Mikael.

Farhana memasuki dewan itu semula. Dia terpegun melihat pasangan yang sedang menyanyi dengan Lutfi itu Raisya. Tak disangkal Raisya mempunyai suara yang sedap. Digagahi juga untuk dia melangkah ke tempat duduknya walaupun hatinya menyimpan kegeraman yang sangat tinggi.

"Nana, kau pergi mana? Sepatutnya kau yang nyanyi dengan Lutfi kat atas tu." Asyikin terus menyapa Farhana yang baru sahaja duduk disebelahnya itu. Farhana cuba tersenyum tetapi tawar.

"Aku pergi toilet tadi." Asyikin hanya mengangguk tanda mengerti, takut juga kalau dia mengamuk kat situ jugak. Persembahan Lutfi dan Raisya telah pun habis dan mendapat tepukan yang sangat gemuruh.

"Hebatlah Raisya!" Seseorang menjerit, mungkin dari kluster lain.

"Raisya power!"

"We want more! We want more! We want more!" Kedengaran mereka beramai - ramai menjerit untuk Raisya menyanyi lagi, ada juga yang menepuk meja bagi mengahangatkan permintaan.

Raisya dan Lutfi tersenyum gembira kerana persembahan mereka diterima penonton pada malam itu.

"Wahhh, hebat betul persembahan kamu. Tengok! Diorang nak lagi ni, apa kata kamu berdua?" Aryn keluar bersama Danial ke tengah pentas untuk mengambil alih majlis itu semula. Mendengar apa yang pengacara itu kata, Raisya melihat Lutfi. Lutfi mengangkat keningnya sambil membesarkan sedikit matanya memberi balasan kepada pandangan Raisya. Pandangan 'kau nak tak, aku ikut kau'.

"Nampaknya artis kita sudah penat. Kita bagi dia makan dulu. Nanti kita suruh dia buat persembahan lagi sebelum majlis tamat. Onzz tak Onnz?" Raisya membesarkan matanya terkejut, sejak bila kita ada deal ni. Tetapi tidak boleh buat apa, kerana pelajar lain makin kuat bersorak bersetuju akan hal itu.

"Dah boleh turun ke ni?" Raisya bersuara tanpa microphone dan tersengih. Dia dah malu sebenarnya berada lama - lama di atas pentas itu. Lutfi yang disebelah turut tersenyum melihat Raisya yang shy shy cat itu, comel je.

"Ehh, sabarlah Raisya. Kita nak berkenalan dulu." Danial menahan. Lutfi sudah pun menjegilkan mata mendengar apa yang Danial cakap. 

"Lutfi dan yang lain boleh lah turun dulu. Kita nak berbual sedikit dengan Cik Raisya kita, artis baharu malam ini." Lutfi yang dengar berasa geram, tapi tidak lama setelah Gibbs dan Terry menariknya untuk turun dari pentas. Lutfi hanya mengeluh, takkan nak buat onar(huru hara) kat majlis ni pulak. Raisya yang melihat Lutfi dibawa turun, mengetap bibirnya, aku ditinggalkan pulak kat atas ni. Haishh.

"Okay Raisya, jangan takut. Kitorang cuma nak berbual sedikit je. Melihat wajah awak, saya tahu awak kacukan, boleh saya tahu awak mix apa?"

"Filipina." Raisya menjawab sepatah. Gemuruh.

"Wah. Kumusta. (hello)"Aryn mencuba berbual dengan Raisya. Raisya tersenyum dan mengangguk.

"Kumusta kayo. (How are you)"

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now