16 - Cuba Try Test

37 2 0
                                    

Gibbs melihat wajah perempuan di hadapannya itu. Kejadian pagi tadi masih belum dilupakan.

Setelah Alina berlari, dia masih lagi bingung duduk di mejanya. Uhuk uhuk, dia terbatuk. Dia melihat di atas mejanya ada bekas ubat dan botol air mineral. Sticker note yang terlekat diambil.

'Sila makan ubat ni, masih ada budak yang perlu awak denda lagi. GWS:)' Gibbs tersenyum.

"Amboi Gibbs senyum lebar kau." Gibbs yang mendengar itu terus menarik balik senyuman itu dan memberikan wajahnya yang beku. Terry sudah ketawa terbahak bahak.

"Diam lah. Kau pergi mana? Asal tak kejut aku?"

"Dah kau sibuk berasmara, takkan aku nak kacau. Hahaha" Terry masih lagi menyakat. Gibbs menjeling Terry dengan sungguh tajam.

"Okay - okay sorry. Tu ubat makan lah."

"Tak nak lah, ni ubat budak tu. Bukan kau nak amikkan aku ubat ke?"

"Niatnya, tapi aku nampak kau dah ade ubat tak jadi lah."

"Banyak lah kau."

"Series weh, aku memang nak pergi ambik tadi tapi dompet aku tinggal kat kelas, so aku patah balik. Tak sangka ada drama. So kau makan je lah ubat tu, kang melarat pulak." Gibbs memandang annoying sahabatnya itu, lalu dia mengambil bekas ubat di atas mejanya itu. 

"Makan je lah, ni tengok budak tu cakap kau kene denda budak lagi hahaha." Gibbs masih memegang ubat tu, aduh kepala aku sakit lah pulak bertekak dengan Terry ni. Terry menolak air mineral itu ke depan sikit, menandakan dia menyuruh Gibbs makan ubat tu. Gibbs melihat dan mengalah, dia mengeluarkan ubat itu dan menelannya.

"Weh Aku rasa Alina tu suka kau lah." Gibbs hanya membalas dengan jelingan.

"Kau ni cubalah buka sikit hati kau tu. Dah lah kau rest lah, ade masa lagi ni aku nak pergi padang. Bye." Gibbs terus meletakkan kepalanya di atas meja. Aduhh peningnya.

Cuba bukak hati? Haihh, Gibbs mengeluh.

"Ermmm" Alina ingin berkata tetapi tiada perkataan yang sesuai terlintas di fikirannya ketika itu. Series dia rasakan ketika itu adalah takut, dah lah Gibbs melihatnya dengan pandangan lain macam. Aduhai, tu lah kau Alina gatal sangat tadi sape suruh, patut biar je, macam lah dia takde kawan.

Gibbs yang sedar Alina yang cuba ingin berkata sesuatu itu lantas memotong.

"Kebersihan sekolah, asal aku tengok tak bersih pun? Kau denda ke tak sape yang buang sampah merata ni?" 

"Haa? Aaa..." Alina terkejut dengan soalan yang diberikan, tapi tak berani hendak menatap mata Gibbs, okay ni pun jammed otak aku nak jawab. Gibbs melihat sekeliling, semua budak sudah keluar dari bilik gerakan itu, tinggal mereka berdua sahaja, dengan pintu yang masih terbuka. Dia mengambil sesuatu dari koceknya.

"Nah!" Alina terus mendongak mendengar perkataan itu. Dia nak bagi apa, laporan ke itulah yang terlintas dalam otaknya. Melihat bekas ubat yang diletakkan di atas meja, Alina berasa lega.

"Thank you" Gibbs menyambung. Alina membalas dengan senyuman yang manis walaupun muka Gibbs hanya membeku.

"Okay, sama - sama. Kau dah sihat ke?"

"Ehh kau ni. Aku cakap terima kasih je, nak mesra - mesra pulak."

"Orang tanya je. Tapi takpelah dah dapat jawapan. Kau boleh marah - marah macam ni mesti dah okay lah tu. Kau ni cuba senyum sikit, asyik nak berkerut je. Barulah sihat betul, ni tak marah - marah je tau."

"Dah lah balik lah. Kau nak tunggu sampai bila kat sini? Membebel pulak tu. Balik."

"Yelah, aku nak balik lah ni. Dasar harimau." Alina bersuara dan memperlahan kan ayat yang dihujung.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now