Lutfi sedang menyusun barang di bilik kerja mereka, mereka baru sahaja pindah ke rumah itu selepas pelbagai perkara yang mereka perlu hadapi. Encik Jio yang tidak sanggup ingin melepaskan satu satu puterinya, Puan Aliya demam dan sakit dan anak buahnya, Damien Irsyad bin Luth Iskandar yang tidak mahu berjauhan dengan Lutfi. Hal - hal kerja juga tidak menang tangan untuk mereka kerjakan.
Setelah Lutfi selesai mengeluarkan dan menyusun barang - barangnya, dia mula mengeluarkan barang - barang isterinya untuk disusun pula. Suami mithali lah katakan.
Satu persatu buku isterinya dikeluarkan dan disusun pada rak sebelahnya. Walaupun Raisya tidak mempunyai kerja yang terlalu menggunakan ruang, suami yang penyayang ini tetap menunaikan keinginan isterinya yang juga ingin meja kerja bersama dalam bilik itu. Adalah alasan dia kata nak kira untung rugi lah, cari quotation lah, itu lah ini lah, haihh yang paling tak boleh blah, dia nak teman aku buat kerja katanya, mana mahunya aku tolak wehhh. Ni yang lemah ni ada bini comel pandai ayat.
Sambil menyusun sambil dia membelek buku - buku yang isterinya itu bawa,kebanyakannya novel tapi ada juga buku motivasi,buku - buku panduan, buku lakaran dia dan buku MIKA. Lutfi tertarik dengan buku yang satu itu.
MIKA? Dia bukan lah buku novel atau cerpen, ia cuma buku lukisan atau nota biasa. Dia membuka helaian pertama buku itu dan melihat tulisan;Malaikat
Itu
Kepunyaan
Aku
Perasaannya semakin membuak buak ingin mengetahui apa isi kandungan buku itu. Dia membuka helaian seterusnya,
Geram betul dengan sorang mamat kat sekolah baru aku ni. Tahu - tahu je bila aku langgar peraturan. Kenapalah ketat sangat peraturan sekolah in, nak buat tu tak boleh nak buat ni tak boleh. Asal aku nak langgar, terlanggar mamat tu. Pedia ntah. ishhhhhhhh.
Diselak helaian seterusnya,
Dia lelaki yang cukup sifat, kekacakanya sering membuat jantung ini berdegup laju. Walaupun pada awalnya dia seorang yang annoying, yang asyik menjumpai kesalahan aku, tapi tetap dia yang ada untuk melindungi aku. Aku mula merasakan kehadirannya memberi aku pengalaman yang baru, mempunyai kawan, dapat bermain sport yang aku suka, berbual dalam bahasa tagalog, menyanyi di atas pentas dan mempunyai teman untuk melanggar peraturan. Seketika aku merasakan dunia aku berwarna warni dengan kehadirannya, walaupun tika aku difitnah, aku tidak merasa sedih kerana aku melihat dia percayakan aku. Dia seperti malaikat yang menjaga aku, yang memberi aku pembalut luka di saat aku terluka, yang menegakkan keadilan saat aku diganggu, yang berlari ke arah aku di saat aku terjatuh, yang memastikan aku sentiasa makan dan gembira, dan yang tak pernah lelah dengan diri aku. Aku tarik balik kata - kata yang aku pernah kutuk padanya dari awal aku berjumpa dengannya.
Paling tidak kusangka adalah dia adalah lelaki yang aku jumpa di court bola keranjang masa tingkatan 3. Haha, kecik betul dunia ni.
Kadang kala aku takut juga jika aku sahaja yang bertepuk sebelah tangan. Mana tahu dia juga melayan perempuan lain seperti itu. Tetapi kenyataan rakan baiknya membuat aku yakin yang dia juga ikhlas berada di sampingku dan membuat aku ingin memilikinya.
Tahun akhir aku disekolah menjadi penuh bermakna dengan adanya dia.
Lutfi tersenyum membaca tulisan itu, tidak perlu tulis siapa pasti itu dirinya. Dia membuka helaian seterusnya tapi tiada apa, kosong. Seterusnya juga. Dia mula kehairanan. Di pertengahan buku itu dia menjumpa lagi tulisan;
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...