8- Cadbury

54 1 0
                                    

Lutfi memerhatikan sekeliling kawasan asrama untuk memeriksa kalau - kalau ada pelajar yang tidak pergi kesekolah lagi. Dia melalui blok yang agak kebelakang sedikit daripada kawasan perhimpunan, dan berkemungkinan untuk pelajar melalui bangunan itu tinggi, walaupun terpaksa memanjat tembok. Seketika Lutfi mendengar derapan kaki di kawasan itu, dia mencari dan akhirnya ternampak sesuatu yang menggembirakan. Gibbs yang baru sahaja tiba, terkejut melihat apa yang dia lihat, dia baru sahaja ingin bergerak ditahan Lutfi. Lutfi membuat isyarat supaya senyap. Dan bercakap menggunakan isyarat mulut.

'Jangan tangkap dia.'  

'Pehal pulak? dia buat hal.'

'Please, dia budak baru.' Gibbs melihat Lutfi, dia memusingkan bola matanya, haish nasib lah kawan dah lama.

'Yelah, kalau ada masalah pandai - pandai settle sendiri.'

'Okay' Lutfi senyum, Gibbs berlalu dari situ, supaya dapat menghalang pengawas lain untuk melalui situ, Gibbs yang merupakan ketua Pengawas di sekolah itu telah menggunakan kuasa yang dia ada demi sahabatnya.

Lutfi melihat pelajar yang sedang minum air kotak milo itu, dia masih lagi bersahaja walaupun dah lambat pergi ke kelas. Lutfi menghampiri pelajar yang sedang cuba memanjat tembok itu dan secara tidak sengaja dia mendapat idea nakal.

"Cikgu Kassim!" Lutfi menjerit cukup untuk pelajar itu sahaja yang mendengar. Akibat terkejut mendengar jeritan itu, pelajar itu tersalah memijak salah satu lubang di tembok itu membuatkan dia terjatuh daripada tembok itu. Lutfi yang menyedari hal itu cepat - cepat menyambut pelajar itu.

Raisya memejam mata di saat kakinya tidak lagi memijak tembok, damn dah lah kantoi jatuh pulak tu. Aikk, asal aku tak rasa sakit pun dan dengar macam ada bunyi pelik. Raisya membuka matanya. Terkejut dirinya kerana dia sedang berada di atas lelaki dan dia kenal lelaki itu, Oh my God this feel sama macam malam tu, terus dia cepat - cepat turun. 

"Ingatkan taknak turun. Kau memang suka jatuhkan diri ke?"Lutfi terus berkata menghilangkan rasa tidak normalnya. Seketika tadi, dia merasakan jantungnya seperti hendak melompat keluar kerana dapat melihat wajah Raisya secara dekat dan jelas. Raisya yang agak malu dengan kejadian itu, menjawab dengan wajah yang menunduk.

"Ala, bukan aku yang nak jatuh pun. Sape yang buat aku terkejut,ish." Raisya menjawab.

"Ha, kau cakap ape?Dah lah lambat, panjat tembok pulak tu. Keje kau memang langgar peraturan ke?"

"Ala weh, aku tak sengaja pun nak bangun lambat. Aku tak boleh tidur malam tadi, rumet aku keluar awal, aku tak sedar tertido balik. Bukan sengaja pun langgar peraturan."

"Itu masalah kau."

"Ala, tak boleh ke kau lepaskan aku kali ni."

"Mana boleh, dah buat salah tak nak ngaku pulak."

"Ala kali ni je." Raisya masih cuba memujuk. 

"Rasuah lah aku dulu" Raisya tercengang, bapak tak guna jantan ni, mintak rasuah pulak, tu lah kau Raisya sapa suruh bangun lambat. Lutfi yang melihat wajah Raisya berkerut sedang berfikir, menahan gelak. Mungkin ketawa dalam hati, haihh. Apesal lah aku asyik tangkap kau je.

"Nah!" Raisya menghulurkan sesuatu yang dia ambil dari tepi kocek begnya. 

"Ape tu?" Lutfi bertanya. Raisya hanya memberikan reaksi 'ambil je jangan banyak tanya'. Lutfi menadah tangannya. Jatuh 2 coklat cadbury yang paket kecil ke dalam tangannya. Lutfi tergelak kecil.

"Apa? Ni bende yang aku sayang tau, so kau patut bangga aku bagi kau." Raisya memalingkan mukanya, mungkin sebab merajuk.

"Haha, aku ketawa bukan sebab aku gelakkan kau. Just, comel. Haha, okaylah aku terima rasuah kau. Dah pergi perhimpunan sana." Raisya yang mendengar terus tersenyum lebar dan mengucapkan terima kasih. Dia memusingkan badannya untuk berlalu, tetapi Lutfi menahan dengan menarik begnya.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now