Raisya memasukkan baju - baju kotor itu di dalam mesin basuh, yang ternyata itu bukan miliknya. Dia mengisi sabun ke dalam mesin. Hari ni memang cuti, tapi tak boleh balik ke rumah. Katanya petang ni ada program, maka semua pelajar asrama diwajibkan stay.
"Nah. basuh yang ni sekali." baju kotor itu dicampakkan ke muka Raisya. Raisya hanya mendiam diri sahaja, mengambil baju itu dan dimasukkan ke dalam mesin. Arghh, tak kantoi dengan guard tapi kantoi dengan minah kerek ni.
Malam tadi selepas dia pulang ke sekolah dan panjat tembok itu, dia terserempak dengan Alina yang baru sahaja pulang dari toilet. Alina yang sememangnya tidak suka akan Raisya mengambil itu sebagai peluang untuknya mengugut Raisya. Raisya yang sememangnya tidak mahu hal ini dibesarkan hanya mengikut sahaja kemahuan Alina.
"Basuh bersih - bersih, budak jahat." Alina berlalu keluar dari tempat dobi itu. Raisya mengenggam tanggannya menahan geram, aku tak jahat bodoh, kau yang jahat, hatinya berulang ulang kali mengatakan hal itu. Tapi Akhirnya dia beristighfar kerana sedar keterlanjurannya memburukkan orang, ayahnya selalu berpesan jangan mengikut amarahnya dan sentiasa beristighfar. Raisya bangga dengan ayahnya yang sangat tulus dalam mempelajari islam. sehingga sekarang dia masih lagi mempelajari mendalami islam, Ahh rindunya ayah. Nanti lah call. Dia terus keluar dari situ sementara menunggu mesin basuh itu siap melakukan kerjanya.
Raisya pergi ke bilik belajar memandangkan PT3 hanya tinggal seminggu sahaja. Dia ingin memberikan keputusan yang cemerlang untuk kegembiraan keluarganya. Baru beberapa helaian dibuka, Dia telah menguap buat kali yang ke-3, haish ngantuknya. Dia melihat jamnya, ada lagi 10 min sebelum mesin tu berhenti, kalau aku tidur sekejap takpe kan. Raisya meletakkan kepalanya di atas meja dan tertidur.
......
"Raisya!!"
Suara laungan namanya yang agak kuat, mengganggu tidurnya. Siapa yang bising - bising nih, kacau je. Raisya tidak ambil peduli, tetapi suara itu semakin hampir kepadanya. Belum sempat dia dapat berfikir apa yang sedang berlaku, rambut kepalanya sudah ditarik. Raisya membuka matanya.
"Aaaaww!" Raisya mengerang kesakitan.
"Huh, sedap kau tidur kat sini ye. Aku tahu kau sengaja tinggalkan baju aku kat dobi tu kan, kau nak aku kene marahkan. kuaja kau ea. Tak guna." Alina menarik rambut Raisya semakin kuat.
"Sakitlah. Aku tak sengaja, aku tertido kat sini, tak perasan dah lebih waktu." Raisya cuba menerangkan keadaan sebenar sambil cuba melepaskan rambutnya dari tangan Alina. Alina berdecit.
"Heii, kau ingat aku percaya ke? Kau memang sengaja kan. Cakap je lah tak payah nak bagi alasan. Raisya semakin marah.
"Haah memang aku sengaja. Puas hati kau!" Raisya menambah minyak pada api Alina. Alina yang mendengar terus menolak Raisya, Raisya jatuh tanpa sempat menahan, akibat itu dahinya terhantuk bucu meja. Darah mengalir.
Aisyah yang baru sahaja mahu memasuki bilik belajar terkejut dengan adegan yang berlaku di depan matanya. Terus dia menerpa ke arah Raisya yang sudah jatuh. Alina tergamam melihat darah yang mengalir di dahi Raisya. Dia terus berlalu keluar meninggalkan mereka berdua.
"Raisya kau okay tak?" Aisyah bertanya. Raisya hanya mengangguk, bodoh punya perempuan, aku bagitahu hal sebenar tak terima, aku ikut cakap dia, dia tolak pulak aku.
"Aku panggil Kak peng (pengerusi asrama perempuan) tau." Baru sahaja Aisyah ingin bangun, Raisya terus menarik tangan Aisyah.
"Jangan sya. Aku taknak benda ni dibesarkan. Aku mintak tolong rahsiakan hal ini. Kalau ada yang tanya cakap je aku jatuh." Raisya memandang seakan meminta bantuan dari Aisyah, dia masih memegang kepalanya yang berdarah. Kalau aku hebohkan ni, tak mustahil aku akan kantoi fly.
"Okay, sebelum itu, biar aku letak ubat kat dahi kau ni. Kuat jugak kau terhentak tadi. Kau tunggu kat bilik, nanti kejap lagi aku datang bawak first aid." Raisya mengangguk,dan Aisyah berlalu keluar. Raisya bangun mengambil tuala yang dibuat untuk tutup kepalanya dan keluar untuk pulang ke bilik. Aku rasa kau patut pindah sekolah, desis hatinya.
****
Aik, minggu ni pun takde perempuan ni. Lutfi memegang bola itu dengan kecewa. Ehh, aku cuma nak pulang bola ni je. Aku tak suka berhutang. Lutfi terus berlalu dari gelanggang itu.
****
Finally, PT3 is over. Muahahaa. Raisya dengan senang hati keluar dari dewan peperiksaan untuk pulang ke bilik. Rakan - rakan kelasnya yang lain ada yang masih berbincang dan mengajak untuk lepak di kantin bagi meraikan PT3 yang sudah tamat. Raisya tidak mempedulikan semua itu, terus berlalu jalan pulang ke hostel. Dalam perjalanan pulang ke hostel, Raisya ternampak Alina dengan ibu bapanya. Selepas kejadian di bilik belajar itu, Alina tidak lagi menganggu hidupnya, kami seumpama stranger. Tak tahu apa yang berlaku pada dia, membuatkan dia diam. Tapi okaylah aman hidup aku. Ehh, Alina dengan parents dia lah. thats mean dia takde kat hostel malam ni. Yezz boleh fly, huhu. Raisya mengatur langkah dengan penuh riang.
Barang - barang telah pun dikemas, cikgu bagi kitorang balik esok, sebab sudah habis peperiksaan. Raisya sangat seronok kerana dapat meluangkan masa dengan keluarganya, lagi - lagi ayahnya. Tapi sebelum itu, dia ingin bermain basketball dulu. Tidak semena - mena dia teringat lelaki yang dia jumpa tempoh hari di gelanggang basketball itu. Raisya tidak dapat ingat dengan jelas wajah lelaki itu yang sebenar kerana cahaya malam yang hanya disinari lampu jalan warna oren. Agak - agak dia letak mana ea bola aku. Ish, dah lah bola tu aku beli sendiri guna duit tabung aku. Takpelah aku cari je lah dulu.
Seperti biasa, malam itu operasi dia berjalan lancar, kali ini dia gerak lambat sikit selepas guard buat rondaan.
Raisya tiba di gelanggang itu, perasaan hampa hadir tanpa diduga. Eh, pehal hati ni, aku bukan nak jumpa dia pun. Raisya terus pergi ke arah pokok tempat dia biasa simpan bola. Alamak takde, dia terus mencari di sekitar taman itu, kot2 dia letak kat tempat lain atau ada orang alihkan.
Raisya kepenatan mencari bolanya, yang ternyata tiada dimana - mana temoat di kawasan taman itu pun. Sah, budak lelaki itu yang ambil, aduhh, baru ingat nak main last. Raisyah pasrah, kau percaya sangat budak lelaki itu, dah lah muka tak cam sangat, tahu nama dia Mikael je, ada berapa mikael kat dunia ni. Haih, dia melihat jam tangannya, awal lagi. Dia berjalan tanpa arah tuju. Semasa dipersimpangan baru dia perasan ada kedai serbaneka yang buka 24 jam. Raisya menyeluk sakunya, ada Rm10, boleh lah beli something, tiba - tiba rasa lapar.
Dia mengambil aiskrim dan air nescafe. Semasa ingin buat pembayaran, dia terdengar pekerja di kaunter itu berbual.
"Wehh, Lutfi tak mai ka hari ni?" gaya macam orang utara.
"Tak, dia belum balik asrama lagi, dia kan ada exam. "Pekerja di kaunter itu hanya mengangguk dan menyambung scan barang Raisya.
Raisya membayar dan terus berlalu dari kaunter itu. Budak tingkatan 3 ke keje kat sini, sape lagi yang exam ann, setahu aku budak tingkatan 3 je yang ada exam. Ahh lantak lah. Dia membuka balutan ais krimnya dan duduk di kerusi berdekatan tingkap, dari situ dia nampak gelanggang yang dia buat untuk bermain basketballs. Air necafe nya diminum, sedap betul dapat minum kopi ni, boleh addicted. Haih, tak kurus, gemok lagi adalah ni. Dia tergelak sendiri dengan dirinya. Sesudah dia makan, dia terus pulang ke sekolahnya seperti biasa.
***
1 tahun kemudian"Raisya, ayah nak Raisya pindah sekolah!"
"what? Ayoko."
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...