Raisya melihat telefonnya. Pekerja barunya mengatakan tidak dapat datang kerana ada hal kecemasan. Okaylah kalau macam tu, tak boleh nak buat apa. Walaupun risau memikirkan apa yang ibu dia buat, kerana tiada barista pada hari itu. Pekerja lamanya pula sedang cuti, ingatkan takkan ada masalah kerana pekerja barunya itu pernah menjadi barista, lah tak boleh datang pulak. Dia turun daripada kereta, mengangkat barang - barang yang dibeli untuk dibawa masuk ke dapur kafenya. Tempat dia berperang. Kevin turun membantu mengangkat barang.
"Ibu, Raisya sampai dah." Puan Laili terus sahaja ke dapur mendengar suara anaknya. Raisya terus sahaja memakai apron dan membasuh tangan. Dia mengambil tepung untuk diayak.
"Raisya. Raisya. Handsome betul pekerja Raisya tu. Ramai orang kat luar tu Raisya sebab barista tu." Raisya terkejut mendengar kata - kata Puan Laili itu. Pekerja? Sebelum ni perempuan, hari ni sepatutnya dia tak datang, Handsome? Siapa?
"Puan. Saya salah tekan yang kat cashier itu lah, macam mana ya?" Raisya yang mendengar suara itu terkejut sehingga terlepas tepung yang berada di tangannya. Dia melihat lelaki yang masuk ke dapur itu. Mimpi ke ni? Patut ibu dia cakap kacak, ini malaikat ni. Walaupun memakai apron itu, dia tetap kacak.
"Raisya. Kenapa buang tepung tu?" Puan Laili terus memanggil anaknya, melihat tepung tertumpah itu. Raisya tersedar, eh Astaghfirullahalazim.
"Ibu.. Dia , bukan pekerja Raisya." Raisya menjawab gelabah. Lutfi tersenyum melihat Raisya yang gelabah itu. Masih comel, rupanya masih cantik seperti dulu. Aku yakin walaupun 20 tahun lagi aku tengok dia, aku akan masih mengatakan dia yang paling cantik.
"Ha? Bukan? Habis Mikael ni sapa?" Raisya terkejut mendengar ibunya itu memanggil nama Mikael. So dia memang Mikael lah kan, jap bila dia balik sini.
"Hai Raisya." Lutfi menyapa.
"Korang kenal?" Puan Laili hairan.
"Kawan satu sekolah dulu." Raisya menjawab, dia mengambil tepung yang berbaki di dalam plastik itu diletak ke meja, yang tidak kotor. Kek hari ni tidak menggunakan tepung, jadi dia tidak perlu menggunakannya.
"Ouhh kawan kamu ke? Nak! Makcik minta maaf lah ya, makcik ingat kamu pekerja baru."
"Takpelah makcik. Saya okay je nak tolong." Lutfi senyum manis.
"Mika, takpayahlah menyusahkan diri."
"Eh takpe. Lagipun, nampak macam kau perlukan bantuan. Aku dah batalkan appointment aku." Lutfi berkata sahaja, Raisya jadi serba salah.
"Raisya, this barang?Eh ibu! Haiiii "Kevin menyampuk perbualan mereka dan menegur Puan Lali. Raisya melihat apa yang dipegang Kevin dan menyuruhnya meletakkan di peti sejuk terlebih dahulu. Lutfi memandang sahaja Kevin yang mesra dengan Raisya dan Puan Laili.
Ting! loceng depan berbunyi, mungkin sudah ramai yang beratur.
"Ouh haah ada masalah kat kaunter. Puan boleh tolong saya?" Lutfi teringat kanter yang ditinggalkan.
"Panggil je lah makcik. Tak payah nak berpuan - puan sangat lah. Jom." kata Puan Laili sambil keluar daripada dapur dan pergi ke kaunter.
"Nanti kita sambung." Lutfi terus mengikut langkah Puan Laili seusai berkata kepada Raisya. Raisya melihat Lutfi keluar dari dapur. Serieslah tu dia? Pertemuan semula apakah ini, baru dia mimpi beberapa hari yang lepas, hari ni dah jumpa. Ke dia balik sebab janji bulan depan, jangan perasan lah Raisya dia balik sebab kau.
"Who is that guy?" Kevin bertanya melihat Raisya yang seperti jumpa kekasih gelap.
"Ang aking unang pag-ibig(My first love)." Raisya berbisik di telinga Kevin dan terus melakukan kerja dia. Kevin tergelak mendengar.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...