14- Idea

36 1 0
                                    

Farhana bengang. Adegan di depan matanya tadi betul - betul membuatkan dia sakit hati. Lutfi bagi bola kat Raisya, seriously asal dia tak pernah bagi aku. Aku ni dah banyak kali kot wakil sekolah. Petang tadi dia menolong guru kelasnya untuk menyusun buku - buku budak kelasnya, ada bagi beberapa minit sebelum habis prep, dia mengambil keputusan untuk berjalan - jalan di sekitar blok guru itu, dan perpustakaan berada di blok guru. Pada mulanya dia hanya melihat Lutfi yang baru keluar dari perpustakaan, baru sahaja dia ingin menegur perempuan di hadapannya telah menoleh dulu dan alangkah terkejutnya dia kerana itu adalah Raisya. Dia mematikan niatnya untuk menegur untuk melihat apa yang diorang lakukan. Beg kertas yang bertukar tangan itu dipandang meluat. 

"Raisya, kau kene terima padahnya."

......

"Raisya, kau dah siap belum?"

"kejap sikit lagi ni."

"Kenapa kau yang buat sorang asal tak buat dengan Lutfi?"

"Aku yang volunteer lah, lagipun kitorang memang dah bincang sama - sama dah." Alina hanya mengangguk mendengar jawapan Raisya. Kalau aku tahu Lutfi tak bertanggungjawab memang siap lah dia, tapi macam mana dia boleh jadi ketua asrama kalau tak bertanggungjawab. Alina bangun dan melihat sekeliling makmal komputer itu, walaupun selalu je dia masuk makmal komputer itu tapi gerak hatinya mengatakan ada sesuatu yang tidak kena malam itu dan dia bangun untuk cuba meredakan hatinya yang gelisah itu, lagipun penghuni yang menggunakan makmal komputer malam itu tak ramai hanya 4 ke 5 orang macam itu. Peraturan makmal ni agak ketat, mana - mana pelajar yang tiada urusan tidak boleh masuk ke sini menggunakan komputer. Walaupun laman web yang tidak sepatutnya sudah disekat tetapi untuk tidak menggalakkan pelajar kerap menggunakan komputer peraturan seperti itu perlu diwujudkan.

 Sedang dia melihat buku - buku yang berada di sebuah rak yang terletak berdekatan dengan pintu, dia mula terperasan seseorang yang sangat mencurigakan kerana budak itu seakan tiada motif untuk duduk di makmal komputer itu. Gaya budak itu persis sedang menghendap orang, Alina melihat ke arah kemungkinan budak itu melihat dan tempat itu adalah tempat duduk Raisya yang masih lagi khusyuk melakukan kerjanya. Bila masa dia masuk ke sini tak perasan pulak aku, ke aku khusyuk buat kerja, tapi aku perasan bila budak depan tu masuk. Alina yang tidak gemar cara budak itu mendapat satu idea. Dia membuka pintu makmal komputer itu dan berpura - pura menjengah melihat keadaan di luar.

"Raisya, lama lagi ke? aku nampak macam ada warden." Alina menjerit yang cukup didengari oleh Raisya, tetapi matanya melekat kepada budak yang mencurigakan itu. Budak itu kelihatan gelisah dan terus mematikan komputernya sedang digunakan. Dia terus bangun tanpa menunggu komputer itu betul - betul shut down.

"Sikit lagi weh." Raisya menoleh ke arah Alina, tapi matanya terlihat orang  memakai hoodie dengan menutup kepalanya baru sahaja bangun tidak jauh dari tempat duduknya itu. Walaupun begitu dia mengenali wajah itu.

"Ehh Nana?" Budak itu terperanjat tapi masih cuba untuk kekal bertenang supaya tidak kantoi. Alina juga terkejut dengan nama itu, dia terus berjalan untuk melihat sendiri siapa gerangan itu.

"Ehh Raisya. Awak buat apa kat sini?" 

"Err guna komputer lah."

"Ouh haah apa punya soalan lah. Ehh Alina awak pun ada. Korang ni macam belangkas lah, kat mana - mana bersama." Alina yang kembali duduk di sebelah Raisya dipandang dengan gembira.

"Haha, btw awak buat kerja apa? Setahu saya kita takde kerja yang menggunakan komputer kan, sebab kalau sejarah awak dah present semalam." Raisya bertanya. Alina turut menantikan jawapan yang akan keluar dari mulut Farhana.

"Ouhh.. err takde saya buat kerja lain, untuk cikgu, saya kan penolong ketua kelas kan, so saya tolong cikgu lah. Ehh takpelah saya nak balik bilik prep dah ni, nanti kita sembang lagi."

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now