"Saya minta maaf cikgu. Saya tak boleh terima tawaran cikgu."Raisya menunduk takut untuk memandang cikgunya itu. Mana taknya, apabila dia cakap dia tak terima tawaran tu saja biji mata cikgu tu dah membulat, menakutkan.
"Kamu dah fikir masak - masak?" Raisya mengangguk. Cikgu Salwa menahan rasa geramnya, tawarannya ditolak mana tak gunung berapinya akan meletup.
"Saya harap kamu berjaya." Satu ayat yang sinis keluar daripada mulut Cikgu Salwa dan dia terus berlalu meninggalkan Raisya kaku disitu.
Salah aku jugak ke, kalau aku tak nak terima tawaran dia, aku bukan nak jadi penyanyi pun. Ayah pun tak kasi. Raisya terus masuk ke bilik guru itu. Dia dipanggil oleh cikgu fiziknya ke bilik guru, tetapi dia terserempak pula dengan Cikgu Salwa di depan bilik guru, alang - alang sudah berjumpa dia terus memberitahu keputusan yang dia telah buat. Itu adalah perkara yang paling susah setakat ni untuk dia buat keputusan sebab dia berkaitan dengan impiannya. Selepas berbual dengan Gibbs, membuatkan dia berfikir yang kita ada hati untuk difikirkan, sama seperti yang Alina cakap, diorang ni sehati sejiwa betul. Lain pula dengan Mikael, pada mulanya dia menyokong jika aku ingin mencuba untuk memasuki pertandingan menyanyi itu kerana boleh meyakinkan aku di depan orang ramai, dan dia juga sanggup membantu dalam pelajaran. Tapi pada hujungnya dia berkata, yang dia lebih suka aku menyanyi dengannya dan untuknya sahaja. Raisya tersenyum mengingatkan perkara itu. Dia juga ada bertanya ibu dan ayah dia soal itu, ayahnya melarang kerana dia kurang gemar akan dunia hiburan. Setelah memikirkan segala pandangan yang dia telah terima, dia memutuskan untuk tolak sahaja dan fokus pada impiannya yang sekarang.
"Raisya, nanti tolong saya bawakan kertas - kertas ni tau. Ouh ya, ini buku yang saya nak bagi awak tu." Cikgu Fiziknya terus memberi arahannya melihat Raisya yang sudah menghampirinya mejanya itu. Raisya senyum dan mengangguk, dia jadi agak rapat dengan cikgu sebab dia selalu berjumpa untuk bertanyakan soalan -soalan fizik.
"Terima kasih cikgu. Jasa cikgu saya akan kenang sampai bila - bila."
"Yelah Raisya. Nanti kirim salam Lutfi, biasa dia datang dengan awak. Ni takde pulak. Awak tu nak balas jasa saya, belajar elok - elok je Raisya. Nanti dapat result baik saya belanja makan."Cikgu perempuan yang d pertengahan umur dan sudah berkahwin itu suka betul menyakat dia dengan Lutfi. Raisya hanya melayankan sahaja, kerana seronok mendapat cikgu yang sporting.
"Dia tengah buat latihan sejarah dia tu. Hehe. Takpa, nanti saya sampaikan" Cikgu itu hanya gelak, faham betul dia dengan si Lutfi yang lemah akan matapelajaran sejarah itu. Raisya mengangkat kertas - kertas yang cikgu suruh dia bawa itu.
"Okaylah cikgu. Saya bawak ni pergi kelas dulu ya."
"Okay Raisya. Hati - hati tau." Raisya mengangguk dan berlalu keluar dari bilik guru itu dengan penuh berhati hati kerana kertas yang dibawa itu agak berat dengan buku yang cikgu dia kasi lagi. Agak lah kalau nak bawak laju - laju pun. Belum sempat dia membuka pintu bilik guru itu, pintu itu terbuka dan terlanggar dirinya yang betul - betul di depan pintu itu. habis berterabur kertas - kertas yang dibawa tapi nasib baik dia sempat menahan dirinya daripada terjatuh.h
"Eh sorry - sorry. Saya tak sengaja." Raisya terus sahaja mengutip kertas - kertasnya dan mengangguk tanda tidak mengapa. Lelaki yang melanggarnya itu menunduk - nunduk untuk melihat mukanya.
"Raisya kan?" Raisya berhenti dan melihat orang yang melanggarnya itu. Siapa pulak dia ni, Raisya membuat muka hairannya. Budak itu pula terus membantu setelah jelas melihat wajah Raisya. Kertas - kertas yang bertaburan itu dikutip sambil tersenyum, acah lah tu. Raisya mengendahkan dan mengambil bukunya yang juga terjatuh itu.
"Saya Ameer, ketua cluster Justin." Dia memperkenalkan dirinya, Raisya hanya meng'ohkan dan menggangguk tanda mengerti. Aku kisah pulak haha. Raisya terus sahaja bangun berdiri. Dia menghulurkan tangannya untuk mengambil kertasnya yang dipegang Ameer.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...