Kelentang kelentung!
Raisya berada di dapur untuk membuat sarapan. Dia tidak terus tidur selepas berjemaah subuh yang diimamkan oleh Lutfi. Setelah dia membantu neneknya untuk menunaikan solat, dia terus sahaja ke dapur dan melarang neneknya untuk ke dapur sehingga dia memanggil makan.
Lutfi pergi ke dapur mendengar bunyi bising yang Raisya buat. Dia melihat Raisya yang berkain batik baju lengan panjang dan bertudung yang sedang memotong daun bawang itu, everything yang dia sedang buat seakan perlahan berlaku di mata dia. Untuk kali ke berapa entah, aku sedar aku telah jatuh cinta pada Raisya.
Raisya yang sedar diperhatikan menoleh.
"Woii, nak tolong bagitahu je lah." Raisya bersuara bersahaja. Lutfi tergelak dan menghampiri Raisya menjeling apa yang dia sedang lakukan, kot- kot lah boleh membantu.
"Mana atuk?"
"Bilik rasanya. Tadi lepas dia borak dengan aku sikit dia masuk bilik tu." Raisya mengangguk.
"Nak aku tolong apa ni?" Lutfi bertanya melihat Raisya yang sudah pun selesai masak.
"Tolong makan je lah. Dah siap dah pun. Hahha" Raisya berkata sambil mencedok mee goreng yang dia buat ke dalam bekas makanan untuk dihidang.
Lutfi yang melihat turut membantu mengambil pinggan untuk diletak di meja makan.
"Weh sorry tau, aku masak biasa - biasa je nih, itu je yang ada kat dapur."
"Eh takpelah, aku okay je. Kau masak apa je aku makan punya." Lutfi berkata lalu mengenyitkan matanya ke arah Raisya. Raisya tersenyum dan mencebik, berpura -pura tidak mengambil peduli sedangkan hatinya itu melonjak kegembiraan.
"Atuk jom sarapan!" Raisya terus mengajak melihat kelibat atuknya yang sudah masuk ke dapur. Encik Omar mengangguk dan terus duduk di meja makan.
"Nanti bagi nenek makan. Dia tengah baca Quran tu. Kita makan dulu lah. Mikael duduk, berdiri kat situ buat apa? Dah jom makan." Encik Omar berkata, Lutfi mengangguk dan duduk di sebelah Encik Omar. Raisya yang sedang berdiri itu terus sahaja menyediakan makanan untuk Encik Omar dan Lutfi.
"Atuk nak pergi kebun. Mikael nak ikut? Ke tak biasa pergi kebun - kebun nih." Baru satu suap mee goreng, Encik Omar bersuara lagi.
"Raisya nak ikut." Raisya yang sememangnya suka ikut atuknya pergi ke kebun, auto setuju nak ikut walaupun bukan dia yang ditanya atuknya.
"Kamu nih. Kalau kamu yang ikut sapa nak jaga nenek kamu? Kata balik nak tengok nenek. Kamu tak payah risau daisy kamu tu, atuk jaga lah. Nanti tanya Mikael apa rupa daisy kamu tu." Larang Encik Omar. Raisya hanya menyengih, dia lupa yang dia perlu jaga neneknya.
"Okay atuk. Sorry lupa lah. Dia auto nak, bila dengar nak pergi kebun. "
"Atuk pergi sekejap je, nak tengok apa ada, mana tahu ada rezeki Mikael, boleh makan dari hasil kebun kita. Haha. Nanti pakai je baju atuk dulu. Takkan nak pergi pakai kain pelikat kan." Lutfi hanya mengangguk mendengar Encik Omar berkata.
Selesai makan, Raisya basuh pinggan dan kemas meja. Disediakan makanan untuk neneknya. Lutfi pula pergi tukar pakaian yang diberi Encik omar untuk bersiap ke kebun.
"Kau okay tak?" Raisya bertanya melihat Lutfi yang sudah siap menyalin pakaian itu. Lutfi mengangguk.
"Aku takut lah. Atuk kau suka aku ke tak sebenarnya? Kalau dia tak terima aku macam mana?"
"Macam mana apanya?"
"Yelah, aku kan nak kahwin dengan kau."
"Lah, sapa yang nak kahwin dengan kau. Hahah, dah - dah pergi sana, atuk aku tunggu lama dah." Raisya menolak Lutfi ke pintu keluar. Lutfi melihatnya seakan meminta simpati, bagilah jawapan yang aku boleh terima sikit, detik hati Lutfi.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Ficção AdolescenteRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...