29- Percaya

24 1 0
                                    

Raisya melihat Alina yang sedang menyusun barang di mejanya. Alina yang sedar Raisya dari tadi merenungnya, berhenti seketika daripada aktivitinya. Dia melihat Raisya.

"Kau kenapa Raisya?"

"Kau takda benda nak cakap dengan aku ke?"

"Haa? Pasal apa?"

"Apa - apa je lah. Kau takda rahsia dengan aku?"

"Ha? Takda. Aku rahsia apa dengan kau?"

"Kalau takda takpalah. Aku nak gi toilet." Raisya keluar dari bilik itu. Baru sahaja dia keluar dari biliknya, dia ternampak Nurin. 

"Eh kak Raisya."

"Hi Nurin."

"Hai kak. Akak nak pergi mana? Akak okay?"

"Ha? Okay je. Ingat nak pergi toilet. Nurin pulak nak pergi mana?"

"Ermm, entah. Nak berbual?"

"Ermm boleh jugak."

"Jom pergi tangga hujung sana, jarang orang lalu kat situ."

"Jom."

"Akak, Nurin dengar jugak pasal kes akak dengan abang Lutfi tu. Pasal orang cerita semua. Akak okay?"

"Okay tak okay lah Nurin. Macam tu je lah. Kite pun tak tahu dah nak buat apa. Penat, sakit, letih, malu, berkecamuk hati ni, Nurin." Mereka duduk di tangga yang jarang dilalui itu.

"Kak, kalau akak nak nangis. Nangis je lah. Nurin ada dengan akak. Hmm." Raisya memandang tepat ke mata Nurin. Melihat keikhlasan yang muncul di mata Nurin membuatkan air mata nya mengalir tanpa disedari. Nurin yang melihat terus memeluk Raisya mengusap belakang Raisya memberikan kekuatan. Keadaan itu membuatkan Raisya semakin nangis dengan kuat. Mujur tiada orang yang berdekatan situ pada waktu itu,barangkali semua sudah tidur atau bergosip di dalam bilik.

"Kak, it might be really hard for you today, but once you get through it,it will be only a tiny part of your life. I know you are strong, kak Raisya." Nurin berkata sambil mengusap belakang Raisya. Raisya terus menangis dengan semahunya.

Raisya mengangkat mukanya melepaskan pelukan Nurin setelah di rasakan agak lama dia menangis.

"lega?" Raisya mengangguk.

"Well done Kak Raisya. You did well. Dont give up okay?"

"Thank you Nurin." Raisya memegang tangan Nurin bersungguh dalam mengucapkan terima kasihnya. Nurin mengangguk tanda mengerti.

"Dah? Jom lah balik bilik. Akak kene rest. Nanti abang Lutfi marah Nurin biarkan akak tidur lambat."

"Haha. Alaa,taknak. Nak duduk sini lagi. Tapi kalau Nurin nak balik, balik je lah dulu. Jangan risau Mika takkan tahu kite tidur lambat kalau Nurin tak cakap."

"Hmm akak ni, takkan orang nak tinggal akak kat sini pulak. Okay lah Nurin stay dengan akak."

"Hehe, thank you." Raisya tersenyum dan melihat langit yang terlihat dari tempat duduknya. Nampaklah ada bintang sikit-sikit. Dia teringat apa yang Gibbs cakap, kenapa Alina nak tipu dia and taknak cakap perkara sebenar.

"Nurin.."

"Ye?"

"Ermm, apa Nurin rasa kalau kawan yang Nurin percaya dan rasa dia adalah kawan baik, berahsia dengan Nurin, lepas tu tipu Nurin pulak tu."

"Ha? Kawan baik berahsia?"

"Haah. Bukan ke kawan baik patutnya takde rahsia? Sebab kita percaya antara satu sama lain."

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now