39- SPM

23 2 4
                                    

Peperiksaan yang semua nantikan telah pun tiba. 

"Good luck geng!" Terry berkata semasa mereka sedang menunggu untuk masuk ke dewan peperiksaan. Mereka semua mengangguk dan membalas mengucapkan 'Good Luck' sesama mereka. Raisya menarik nafasnya dan menghembus, walaupun ini adalah peperiksaan yang besar dan boleh dikatakan oenentuan masa depan setiap pelajar, dia cuba untuk tenang dan yakin dengan dirinya. Dia telah pun berusaha sebaik yang mungkin walaupun terpaksa menempuhi pelbagai perkara dan masalah, dia tetap berjaya berdiri di situ untuk mengambil pepriksaan dengan yakin.

"Raisya, galingan mo!"(Good Luck)

Raisya menoleh dan sedikit mendongak untuk melihat gerangan yang mengucapkan kat dirinya itu. Renungan mata itu, oh my aku cair. Raisya tersenyum.

"Kau pun." Mikael senyum manis mendengar balasan itu. 

"Baik, semua pelajar saya harap awak boleh beratur. Kita akan terus ke dewan peperiksaan." Cikgu yang menjaga pergerakan pelajar pada pagi itu telah pun bersuara. Mereka semua bergerak untuk beratur mengikut kelas masing - masing.

"Saya ingatkan sekali lagi peralatan yang perlu dibawa iaitu slip peperiksaan, kad pengenalan dan alat tulis. Bekas pensil adalah tidak dibenarkan ya. Untuk pagi ini peperiksaan subjek bahasa melayu, saya rasa tiada siapa yang akan menggunakan kalkulator. Jadi alat itu tidak perlu dibawa. Jika memerlukan air masak, beritahu Cikgu Azmi yang berada di sebelah pintu itu, kami sudah sediakan. Ada apa - apa masalah jangan malu jangan segan untuk bertanya. Tapi jangan tanya soalan apa yang keluar, itu kami tidak dapat membantu." Pelajar - pelajar mengikut arahan yang diarahkan, ada yang dengan muka selamba, ada yang muka ketat, ada yang muka stress, takut, cuak, nervous dan sebagainya. Ada juga yang mengantuk, mungkin tidak dapat tidur disebabkan ulangkaji pelajaran. Raisya memeriksa barang yang berada di tangannya, okay semua cukup. Tanpa disedari Kluster justin beratur di sebelah barisannya.

"Hai Raisya." Raisya menoleh melihat siapa yang memanggilnya. Terus jatuh senyuman dibibirnya. Mamat ini lagi.

"Good luck!"Ameer mengangkat tangannya cuba memberikan ucapan yang ceria. Raisya hanya mengangguk tanda menerima ucapan tersebut. Dia berjalan mengikuti barisannya. Semasa melepasi Alina dia mengangkat kedua tangannya dan membuat gerak mulut 'fighting' untuk mereka bersama sama semangat semasa menjawab peperiksaan. 

........

Hari - hari peperiksaan berlalu dengan begitu pantas. Walaupun lambat rasa nak habis tetapi cukup cepat berlalu mengenangkan hari - hari yang tinggal bersama rakan - rakannya. Oleh sebab itu, mereka sentiasa menghabiskan masa bersama - sama, makan, belajar dan solat. Mereka sentiasa kerap duduk di rooftop, lagi - lagi bulan itu ramai pelajar junior yang sudah balik ke rumah kerana sudah habis waktu pembelajaran mereka. Rakan - rakan senior yang lain pula sudah tidak mengambil peduli, kerana masing - masing mempunyai fokus mereka sendiri. 

"Geng!" Terry memanggil rakan rakannya yang sedang belajar di rooftop itu. Semua memandang Terry. Terry duduk di tempat yang kosong.

"Kita kan ada lagi beberapa hari je tinggal kan. So aku ada hadiah untuk korang." Semua mata terus cerah mendengar mereka akan mendapat hadiah. Terry tersengih dan mengeluarkan sampul surat. Dia letakkan sampul itu di tengah meja. Raisya mengambil untuk melihat isinya. 

"Wahh, ni gambar kita time event tu." Raisya terus membongkarkan satu - satu gambar yang ada dalam tu. Mereka semua mengambil melihat gambar yang Raisya keluarkan. Lutfi memandang Terry, Terry senyum dan mengangguk. Lutfi mengangguk dan membalas 'okey nanti'.

"Mana kau dapat gambar ni Terry?" Bad bertanya.

"Haa, Saiful yang kasi. Dia kata gambar kita paling cantik."

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now