51- Mimpi

38 1 2
                                    

"Raisya! Dah bangun belum? Bangun sayang, nanti terlepas subuh." Puan Laili memanggil anaknya itu, tidur lambat lah tu malam tadi, tu yang liat nak bangun. Haih dah anak dara pun liat nak bangun lagi. 

Raisya terpisat - pisat bangun mendengar namanya dipanggil. Baru dia ingat yang dia sudah kahwin, tapi melihat sekelilingnya itu, dia yakin yang itu semua hanya mimpi. Astaghfirullahalazim, patutlah nyenyak aku tidur. Mimpi indah rupanya. Dah masuk tahun ketiga dah perkara itu berlalu, tapi masih tiada khabar daripada Lutfi. Dalam masa yang sama dia risau, Lutfi sudah melupakan mereka. Atau aku juga patut lupakan dia. Hmmm, Raisya bangun ke bilik air. Dia tidak menyangka dia akan mimpi dia berkahwin dengan Lutfi. Haihhh, sedarlah Raisya, kau takda jodoh dengan dia. Raisya menepuk pipinya berulang kali. Setelah itu dia mengambil wuduk untuk solat.

........

"Raisya, kawan ibu order kek cheese kamu lagi. Dia nak 100 slices pulak. Katanya, anak dia nak bagi kawan - kawan dia kat sekolah time hari jadi dia." Raisya yang sedang melihat telefonnya itu mengangguk mendengar. Dia tersenyum, tidak sangka kek cheesenya itu mendapat sambutan. 

"Dia nak bila bu?"

"Hari Selasa esok." Raisya mengangguk sebelum dia tersedar sesuatu.

"Ibu. Hari ini dah Isnin."

"Hehe, maksudnya dia nak esoklah kan."

"Ibu, kenapa baru bagitahu sekarang? Aaaahh. Sempat ke siapkan?" Puan Laili tersengeh.

"Sorry sayang. Semalam kamu busy, ibu pun lupa nak bagitahu."

"Dia pun satu hal tempah banyak - banyak nak buat apa."

"Kan anak dia nak UPSR, sekali sambut lah tu."

"Tapi Ibu, 100 bukan sedikit."

"Apa bising - bising ni? Sayang - sayangku sekalian." Encik Jio Merquinez turun ke ruang tamu tempat anak beranak itu berkata - kata tapi seperti bergaduh itu.

"Ayahhh. Ibu ni ha." Raisya terus mengadu kepada ayahnya.

"Why princess? My queen buat apa kat you?" Encik Jio Merquinez bertanya dan duduk di sebelah anaknya itu. 

"Ibu baru bagitahu ada tempahan cheese cake esok, dan orang itu nak 100 slices. Sempat ke nak buat? Nak buka kafe lagi." Jio Merquinez senyum mengusap kepala anaknya itu.

"Benda settle boleh. Raisya buat lah sekarang. Pergi check barang dulu cukup tak, kalau tak pergi beli barang dulu. Ada lagi satu jam setengah nak buka kafe. Sempat InsyaAllah. Ibunya, pergi tolong anaknya buka kafe. Sape suruh lambat bagitahu." Raisya tersenyum puas dengan solusi ayahnya itu. Ibu kena tolong Raisya hari ini, yeayhh.

"Alaa, abang."

"Dah pergi tolong anaknya tu. Saya ada meeting dengan budak yang menang untuk design kafe Raisya. Dia baru balik dari NewYork. Saya nak bagi dia tawaran kerja terus lah saya ingat." Raisya tidak berapa berminat dengan hal itu ada perkara yang mengganggunya.

"Ouh yeke. Baguslah kalau macam tu. Bukan senang nak jumpa budak muda yang bijak macam tu. Raisya tak nak jumpa ke orang tu?" Puan Laili bertanya.

"Nak tu memang nak. Tapi ayah, ibu lupa ke hari ni kan Kevin nak datang sini." Raisya berkata.

"Eh haah lah. Kamu yang kena ambil dia kan. Pukul berapa dia sampai?"

"10 minit lagi sepatutnya."

"Oh My God. Ini tak kelakar, Raisya pergi dulu. Ibu tengokkan barang kat kafe dulu. Nanti ws Raisya apa yang takde, Raisya terus pergi dengan Kevin nanti." Raisya terus ke biliknya mengambil barangnya dan keluar. 

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now