34- Cita - cita

21 2 0
                                    

Raisya dan Alina tiba di rooftop, dilihat LGBT sudah pun berada di situ. Mereka semua sedang duduk di bangku sambil melihat langit.

"Hai." Alina menyapa, mereka semua menoleh. Raisya senyum.

"Haii...." Mereka membalas.

"Yeayhh times to cheat!" Terry bersorak keriangan disambut yang lain melihat Raisya dan Alina yang baru sampai itu. Raisya dan Alina membawa air panas yang didapatkan dari dewan makan, manakala mereka membawa maggi cup yang memang diorang sentiasa restock bergilir - gilir menggunakan duit maisng - masing. Pada malam itu, mereka semua memang sudah berpakat untuk makan maggi memandang keesokkannya mereka akan pulang ke rumah masing - masing.

"Aku pergi beli air dulu." Lutfi menawarkan diri untuk pergi membeli air di vanding machine. Raisya melihat Lutfi pergi.

"Aku pergi dengan Lutfi." Raisya mewakilkan dirinya, yang lain hanya bersetuju. Lutfi tersenyum mendengar. 

"Raisya, meh sini air panas tu." Gibbs yang mendengar itu terus memanggil Raisya supaya membawa air itu dekat dengannya. Raisya terus memberi air panas yang dibawa di dalam thermos itu kepada Gibbs dan berjalan mengikut Lutfi. Alina dan Bad sedang menolong Gibbs menyiapkan Maggi.

"Kenapa kau tiba - tiba nak ikut aku?" Lutfi bertanya menghilangkan kesunyian diantara mereka.

"Ha? Aku nak beli air lain. Salah ke?"

"Haha, Okay."

"Kenapa kau macam tak seronok nak balik esok?" Raisya bertanya setelah agak lama mendiamkan diri.

"Ha? Ermm abang aku takde kat rumah. "

"Ermm patut lah. " Mereka tiba di mesin gedegang yang berada di bangunan Justin itu.

"Wehh.." Lutfi menyerahkan duit kepada Raisya. Raisya mengambilnya dan memasukkan kedalam mesin.

"Haa kenapa Mika?" Raisya menjawab tanpa menoleh ke arah Lutfi. Dia menekan air tin ice lemon tea.

"Ermmm... entah. Aku sedih lah kita dah nak habis sekolah. Lepas ni entah bila kita boleh jumpa lagi." Raisya terdiam mendengar luahan Lutfi. Betul jugak. Lutfi mengambil air yang dah jatuh itu.

"Haah lah. Kau dah plan ke, lepas ni kau nak sambung apa?" Raisya menyambung mengisi duit.

"Entahlah, aku pun tak tahu aku nak jadi apa. Mama aku pernah kata nak aku jadi doktor. Kau rasa okay ke?" Lutfi menjawab sambil tangannya mengambil air yang sudah jatuh itu.

"Ermm okay je kalau kau minat. Nanti kau bukak klinik aku boleh datang hari - hari mintak mc. Hahahha." Raisya cuba memberi dorongan kepada Lutfi dan dia tergelak.

"Okay boleh je, so aku kene charge lebih lah ni."

"Amboi. Aku baru nak mintak free. Hahaha." Mereka gelak dengan gurau senda mereka. Air yang dibeli sudah cukup untuk yang lain, tinggal air mereka. Mereka memandang sesama sendiri.

"Nescafe."

"Onnz." Raisya menekan air yang mereka inginkan itu.

Mereka berjalan kembali ke port mereka sambil membawa air-air mereka itu.

"Raisya cepat lah, nanti kembang. Tak sedap." Gibbs terus memanggil sebaik sahaja nampak Raisya dan Lutfi datang ke arah mereka. Raisya terus berjalan laju dan duduk di sebelah Gibbs.Boleh pulak dia lupa maggi ni akan kembang. Dia memberi setiap seorang air yang dibawa.

"Apa ni Gibbs? Aku kau tak panggil pun." Lutfi berpura - pura merajuk tapi langkahnya tetap menghampiri mereka semua. 

"Alah kau ni itu pun nak merajuk. Dah cepat duduk jom makan." Gibbs memujuk Lutfi, Alina melihat cara Gibbs melayan kawan - kawan dia, berbeza sungguh bila waktu sekolah. Inilah sebab kenapa dia suka mamat di depan dia tu.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now