Lutfi melihat di luar cermin, ape patut aku buat. Aku sedih sangat, aku selalu cakap kat family yang aku teringin nak ada abang, tapi diorang selalu mengelak bila cakap pasal tu, rupanya diorang sengaja sembunyikan. Tiba - tiba dia teringat apa yang Raisya katakan kepadanya di pagar tadi, tergelak dia melihat Raisya yang kelam kabut lari sebab sedar akan ayatnya sendiri yang cringe itu haha. Comel. Lutfi mula terfikir akan apa yang dipesan Raisya, aku kene bincang dengan diorang. Lutfi mula semangat untuk berdepan dengan familynya.
Dia tiba di bustop kawasan perumahannya. Dia menarik nafas panjang - panjang dan dihembusnya. Aku kene kuat, dia terus berjalan menuju ke rumahnya. Dia membuka pintu pagar dengan senyap, hakikatnya dia masih takut untuk berdepan dengan familynya. Dia takut dia akan sakit hati dia takut dia tak boleh kawal amarahnya lagi. Lutfi memegang tombol pintu rumahnya masih berkira - kira hendak masuk, namun keadaan di luar yang sudah hampir gelak memaksanya untuk membuka pintu. Baru sahaja dia ingin memulas, tombol dipulas dari dalam. Lutfi terkejut dan tidak sempat berbuat apa.
"Mikael! Kau pergi mana? Abang risau tau!" Luth Iskandar, abang Lutfi terus memeluk Lutfi sebaik melihat wajah itu dihadapan pintu rumah, dia rindukan adiknya.
Lutfi yang masih tergamam dipeluk itu tersentuh dengan abangnya yang risau itu. Tangannya mula membalas pelukan abangnya, inilah saat yang diinginkan, dia tersenyum gembira.
Encik Malek dan Puan Alya keluar melihat apa yang berlaku. Mereka tersenyum melihat 2 beradik itu berpelukan.
...."Mama dengan papa mintak maaf kat Lutfi sebab rahsiakan hal ni. Mama takut nak bagitahu sebab probability untuk rakan papa tu hidup masa tu nipis sangat. Takkan mama nak suruh Is balik macam tu je, sedangkan sudah 20 tahun dia jaga Is, mama cuma tunggu masa yang sesuai je untuk bagitahu Lutfi. Sorry ye sayang mama tak terfikir ia akan menjadi lebih sakit kalau mama rahsiakan. Mama mintak maaf." Puan Aliya menangis memeluk Lutfi selepas menceritakan hal yang sebenar dimana, ketika Luth Iskandar kecil sekitar satu tahun mereka mempunyai masalah kewangan dalam masa yang sama Luth Iskandar sedang sakit iaitu jantung berlubang, mereka bernasib baik ada rakan yang sanggup menghabiskan duit untuk anak mereka tetapi Luth Iskandar perlu dibawa ke luar negara untuk rawatan susulan. Ketika itu apa yang mereka pentingkan adalah kesihatan anaknya jadi mereka bersetuju sahaja. Satu tahun pertama mereka selalu mendengar berita dari rakannya itu mengenai perkembangan Luth Iskandar, tetapi setelah itu mereka jarang lagi mendengar. 5 tahun selepas itu, keadaan mereka sudah stabil dan Lutfi Mikael dilahirkan. Mereka cuba menghubungi semula sahabatnya itu tetapi tidak dapat, sudah banyak cara dicuba tetapi tidak berhasil sehingga mereka mengira rakannya itu membawa lari anaknya. Tetapi 12 tahun selepas itu mereka dapat menjumpai rakannya itu, rupanya rakannya itu menghadapi kesukaran dimana rumah mereka terbakar, mujur mereka semua selamat, tetapi malangnya segala maklumat untuk menghubungi kami telah terbakar, mereka tidak berbuat apa selain menyelesaikan masalah di sana terlebih dahulu. Masa tu Is tak dapat balik sebab dia sedang menyambung pelajarannya disana, alang - alang untuk nya menukar university kerana Is sudah nerada di antara Universiti yang terbaik. Encik Malek dan Puan Aliya pergi ke sana untuk melihat Is, tetapi tidak dapat bawa Lutfi kerana UPSR. Setelah itu, rakan papanya jatuh sakit dan menyukarkan Is untuk tinggalkan mereka setelah 20 tahun dipelihara. Kini, Is dapat kembali kerana ayah angkatnya itu sudah berada dalam keadaan stabil. Lutfi mengusap belakang mamanya meredakan tangisan mamanya itu.
"It's okay mama, Lutfi faham, lainkali mama bagitahu je dengan Lutfi tau jangan rahsia - rahsia lagi."
"Papa pun minta maaf tau Lutfi. Papa sayang dua - dua anak papa ni."
"Ya papa. Takpe Lutfi faham dan Lutfi pun sayang family Lutfi." Mereka sekeluarga berpelukan.
....
Lutfi duduk di buaian di halaman rumahnya. Dia melihat bintang - bintang di langit, dia tersenyum.
"Ehemm" Lutfi terkejut dengan deheman itu lalu menoleh.
"Ehh abang." Iskandar duduk di sebelahnya. Jujur dia masih awkward dengan abangnya, abang express mana taknya.
"Mikael fikir pasal apa tu? sambil senyum - senyum." Iskandar memulakan perbualannya, dia tahu adiknya itu masih terkejut dan masih janggal berada dengannya.
"Aaa takde apa." Iskandar tersenyum.
"Banyak kan bintang malam ni. Bersinar - sinar kat langit tu, tapi kan, mesti ada satu yang kite akan tengok sebab dia yang paling terang. Nampak tak?"
"Haah, macam Raisya." Tanpa disangka Lutfi berkata seperti itu, tapi tidak lama selepas dia sedar yang dia sudah terlepas kata.
"Haa? Apa dia Mikael? Raisya? Who is that?"
"Aaaa mana ada orang tak cakap apa - apa pun." Lutfi sudah memandang ke arah lain, series dia tidak sanggup bersemuka dengan abangnya ketika itu, malu sangat.
"Eleh buat apa nak malu? Tahu tak abang kan ada jumpa seorang perempuan ni kat London, and dia Malaysian. Mula - mula abang nampak dia, abang rasa dia pelik sebab dia kehulu kehilir dengan beg besar dia, boleh dikatakan dia macam bawak barang nak balik kampung tapi version yang sekejap je, ala macam Lutfi balik dari hostel hujung bulan macam tu lah. Tapi satu hari tu abang terjumpa dia kat kedai runcit, dia kerja part time kat situ. And time tu dia habis shift dia, abang terdetik lah nak pergi jumpa dia kan, ajak sembang macam tu. Tapi abang tunggu - tunggu dia tak keluar lagi, so abang pun pergi lah tengok dia kan kot - kot dia ada masalah ke apa kan, rupanya dia solat kat belakang tu, beg besar dia tu dia isi sejadah dengan telekung rupanya. Sejak tu, abang rasa dia bukannya pelik sebab tak betul ke apa tapi dia seorang perempuan yang luar biasa. And abang dah pun jatuh cinta pada dia." Lutfi mula melihat abangnya semula, dia sudah mula rasa selesa.
"Dah tu abang bercinta dengan dia ke?" Lutfi ingin tahu.
"Haa? Tak pun. Abang tak pernah bagitahu perasaan abang kat dia, sebab abang takut kalau abang sebenarnya bertepuk sebelah tangan je, and sekarang abang hilang nombor dia, so abang tak boleh nak contact dah lah. Abang menyesal sebenarnya, kalau lah abang bagitahu awal kan, takda lah sakit macam ni." Iskandar melihat langit semula, dia tak mau air matanya ini jatuh biar pun dia sudah rasa pilu ketika itu.
"Abang.. nak tahu something?" Lutfi cuba beranikan dirinya untuk berkata.
"Apa dia?"
"Raisya tu yang buat Lutfi balik rumah ni semula terima abang." Lutfi melihat muka abangnya dan tersenyum. Iskandar turut tersenyum, adiknya itu sudah mula selesa dengan dirinya.
"Woww, patut abang terima dia jugak ke jadi adik ipar? Hahha."
"Abang bukan lah...." Lutfi geli hati dengan perangai abangnya, ada ke situ dia fikir.
"Jaga dia elok - elok."
"Mestilah." Lutfi sengeh, tak sangka abang dia ni seorang yang supportive.
"Ehh, abang suruh jaga elok - elok sebab abang nak jumpa dengan dia, abang nak berterima kasih dengan dia sebab buat adik abang ni balik sini terima abang express dia ni. Haha." Lutfi malu sendiri, dah ada abang ni rasa annoying ah pulak.
"Abang gurau je lah. Jaga dia, and jangan sesekali mainkan perasaan perempuan, faham?" Lutfi mengangguk, tapi yang dia suka ada orang yang nasihatkan dia haha.
Iskandar melihat wajah yang sering dia rindukan itu, sebelum ni dia hanya melihat gambar sahaja sekarang sudah ada di depan mata. Dia memeluk bahu adiknya itu erat. Lutfi yang dipeluk itu turut membalas pelukan itu. Mereka bersama sama melihat langit, mencari modal untuk dibualkan. Walaupun hakikatnya banyak cerita yang ada dalam 20 tahun diorang berpisah itu, tetapi masing - masing mengambil masa untuk bercerita. Jadi mereka akan sentiasa dapat berbual.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Novela JuvenilRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...