Malam sebelum pertandingan bola keranjang peringkat kluster
"Weh kau tak tidur lagi ke?" Alina yang masih berjaga menegur Raisya yang dilihat masih bergerak - gerak di sebalik selimutnya.
"Haa, haah aku tak boleh tidur." Raisya bangun dan melihat Alina dengan mata kuyunya.
"Samalah. Tapi kita kene tidur, esok game."Alina juga bangun melihat Raisya.
"Takut lah esok game." Raisya mengeluarkan apa yang dia rasa dalam hatinya. Alina yang melihat riak wajah Raisya faham benar kerana itu merupakan buat pertama kalinya dia bertanding.
"Meh sini, kita tidur sama - sama sambil story,confirm ngantuk." Alina mengajak Raisya tidur di katilnya sekali untuk bersama - sama bersemangat dalam pertandingan esok.
Raisya yang dipelawa itu terus sahaja bangun sambil membawa bantal kecilnya ke katil Alina. Memandangkan mereka berdua tidak lah sebesar mana, katil single itu mampu menampung kedua berat mereka.
"Meh, recharge dengan aku, so esok boleh sama - sama hebat." Alina mendepakan tangannya dan Raisya masuk kedalam dakapan itu.
"Kau ni macam adik aku lah, manja." Alina mengomel, Raisya hanya mampu 'giggle' di sebalik pelukannya. Disebabkan dia tidak mempunyai kakak dan adik, dia selalu berasa sunyi, tetapi berada dekat dengan Alina membuatkannya seperti mempunyai seorang kakak. Dia tersenyum dan mengeratkan pelukannya.
"Kau dengan Gibbs macam mana?" Raisya bersuara setelah lama mendiamkan diri.
"Ehh kau tak tidur lagi?" Alina terkejut dengan kedua-duanya, suara yang masih terjaga dan soalan yang ditanya.
"Well, curiosity mematikan niat aku nak tidur." Raisya baru sahaja ingin melonggarkan pelukan, Alina bertindak dahulu mengetatkan perlukan.
"Just stay like this. Aku malu."
"Okay- okay."
"Takda apa progress pun aku rasa, cuma dia dah boleh berbual dengan aku lah. Kalau sebelum ni dia ketat je, nak nampak dia senyum tu punyalah susah tau. Tak sia - sia lah aku selalu kasi dia coklat dengan ayat pujanga haha."
"Bagus lah. Honestly, dia pun tak suka aku mula - mula dulu. Dia sampai gaduh dengan Mi.. maksud aku Lutfi. Tapi yang paling aku tak sangka, rumet aku sendiri suka kat dia, kau takde lelaki lain ke nak suka ha?"
"Haha, series lah weh, dia gaduh dengan Lutfi. Diorang kawan sejak sekolah rendah kot. Hahaa...... ermm aku pun tak sangka yang aku memang betul sukakan dia."
"Haha, well perasaan cinta, suka and sayang ni sukar sikit nak dikawal. "
"Tahu takpa."
"Tapi asal kau tak bagitahu aku awal - awal pasal kau suka Gibbs ha? kau tahu kot aku kawan dengan kawan dia, kau boleh je suruh aku tackle kan dia untuk kau."
"Haha, kau ni, malulah nak suruh kau buat macam tu. Lagipun, aku kalau boleh nak dia suka aku sebab aku bukan sebab lain, macam aku suka dia. Even dia macam tu, aku tetap suka dia, sebab tu diri dia."
"Ermm betul tu....." Raisya menjawab dalam keadaan mamai. Suasana menjadi senyap semula kerana Alina tidak membalas, dan akhirnya Alina bersuara.
"Kau tanya aku, Lutfi cane pulak?" tiada sahutan, hanya bunyi kipas yang didengari Alina. Alina menolak Raisya ke belakang sikit, dia mengeluh.
"Kurang ajar ye kau Raisya. Kau boleh pulak tidur, time aku tanya pasal Lutfi pulak tu.. haihhh." Meskipun geram dengan Raisya dia tetap tersenyum sambil mengusap rambut Raisya, sekurangnya dia lega ada seseorang mendengar dia walaupun sebentar.
...........
"Gaiss, buat yang terbaik okay! Banggakan kluster Olivia, all out untuk hari ni. Bayar balik segala titik peluh korang masa berlatih hari ni. Fightingg!" Raisya mendengar tersenyum, mesti coach dia ni selalu tengok kdrama ni haha. Ahli pasukan yang lain ada yang gelisah, ada yang yakin dan ade yang takut, ade juga yang happy sahaja. Aku? Rasa takut tu ada sebab ni adalah pertama kali untuk aku join pertandingan, tapi kata - kata Mikael sebelum dia masuk ke gelanggang ni tadi membuatkan dia tenang. Dia kata jangan terlalu takut sebab tu yang halang kita buat yang terbaik, enjoy the game main dengan hati, percaya pada Allah dengan team yang lain. Well ada betul kata dia, dah lama aku teringin main, so sekarang aku kene enjoy game ni.
Semua pasukan telah berkumpul, wakil bagi setiap kluster Olivia, Justin dan Ruben.
Permainan bermula dengan perlawanan Olivia dan Justin. Raisya tidak keluar dulu, coach kata yang baik kita bagi hujung - hujung, series lah aaa kalau diorang boleh menang maksudnya aku tak payah masuk ke cane. Aduhh, Raisya tidak senang duduk di tepi gelanggang melihat rakannya bermain.
"Raisya, Masuk!" Coach memanggil setelah melihat rentak permainan yang agak kurang memberangsangkan. Raisya terus menukar bip dengan Asyikin dan masuk ke gelanggang. Hatinya tidak putus - putus berdoa supaya dipermudahkan segalanya.
Lutfi melihat Raisya yang sudah masuk ke gelanggang, dia tersenyum. Tolonglah Raisya aku tahu kau boleh, desisnya dalam hati.
"Powernya budak tu weh!"
"Iyalah! Tadi Olivia macam nak kalah dah, sekarang kau tengoklah. Dah potong Justin wehh."
"Raisya! Chaiyokk!"
"Come on Olivia, you can do it!"
Segala sorakan untuk pasukan Olivia semakin kuat apabila Raisya berjaya menukar rentak permainan. Keterujaan melihat cara Raisya bermain membuatkan ramai yang bersorak dengan semangat.
"Weh Lutfi, bila kau nak couple dengan dia?" Bad yang berada disebelah Lutfi membuka pertanyaan, boleh tahan agak maut. Haha, Lutfi melihat sekeliling sebelum menjawab.
"Haa? entah lah, maybe lepas dia berjaya join peringkat kebangsaan ni."
"Cliche doe hahaa, biasa lelaki yang main perempuan tunggu, kalau menang nak ajak date. Ni tak, kau yang tunggu kat sini haha."
"Diam ahh!" Lutfi menyambung menyorak Raisya tidak terus melayan Bad.
...........
Coach berjalan dengan senyuman yang lebar ke arah team Olivia. Sudah tentu dia sedang gembira.
"Congratss gaiss, kita berjaya! Kluster kita akhirnya menang lagi, yeayhh!!"
"Yeayhhh!!" satu team bersorak, Raisya tersenyum puas melihat pencapaiannya hari tu walaupun pergelangan tangannya agak sakit sebab melakukan hantaran ke gol yang terlampau banyak tapi dia puas.
"Tapi, tapi sebelum tu saya ada pengumuman, nama - nama yang saya sebut ni stay kejap, diorang nak buat pemilihan untuk peringkat kebangsaan."
"Coach bukan biasa dia terus pilih ke kanapa ada pemilihan lagi?"
"Ouhh sebab lebih quota, so kene ade pemilihan yang adil. Okay saya sebut namanya ye, farhana, Alina, Qairina dan Raisya. Ada lagi 2 pemain dari justin dengan Ruben. Kitorang boleh hantar 5 wakil je, tapi terlebih sorang so macam saya cakaplah kene adil untuk pilih. Dah yang saya sebut tadi boleh pergi gelanggang."
Raisya memandang Alina.
"Weh kita terpilih."
"Haha, aku harap kita dapat pergi sana sama - sama" Raisya senyum dan mereka berjalan ke arah gelanggang.
"Permainan akan berlangsung selama 15 min je, 3 lawan 3, ada apa - apa persoalan?" pengadil bertanya. Raisya, Farhana dan Maisarah dapat dalam satu team, Maisarah adalah wakil kluster Justin. Alina pula berada di pihak lawan Raisya.
"Kalau tidak ada apa - apa lagi, kita mulakan."
"Prittt!!!" Wisel berbunyi. Masing - masing mempunyai alamat dalam permainan ni, semua ingin mengejar untuk menjadi yang terbaik.
10 minit berlalu, team Raisya mendahului team Alina. Raisya cuba mengekalkan semangatnya untuk menghabiskan masa yang berbaki lagi 5 minit itu. Bola yang berada di tangannya di bump dan bump untuk dijaringkan. Tetapi tidak diketahui dimana silapnya, dia dirempuh dan jatuh.
"Ahh!" Raisya mengerang,
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...