"Raisya?"
Raisya melihat wajah lelaki yang berada disebelahnya itu, aku kenal ke dia ni. Aku baru hendak bertanya, Ayah ku sudah keluar bersama pengetua. Raisya terus bangun diikuti lelaki yang disebelahnya.
"Raisya, nanti ayah turunkan barang2 Raisya letak kat lobi ya, kamu kene masuk kelas dulu, tak boleh terus naik ke asrama. "
"Maaf ya Raisya, saya takut awak terlepas kelas, biasanya silibus sekolah tak jauh beza sebab bawah kementerian yang sama, takut awak tertinggal nanti dah lah nak periksa besar kan. Saya masukkan awak kelas 5 Olivia. Ha Lutfi tepat pada waktunya kamu datang." Pengetua memberi penerangan kepada Raisya dan Raisya senyum sambil mengangguk, faham je. Lutfi yang baru sahaja menyalami pengetua dan Jio Merquinez itu terus sahaja disapa pengetua.
"Ya Cikgu, Ada apa ya?" Budak lelaki itu senyum dan menyalami pengetua dan ayah Raisya. Raisya memerhatikan lelaki itu, aku pernah jumpa dia kat mana - mana ke, rupa dia ni.... hensem.
"Ouh ya, Lutfi, Ni Raisya baru pindah sekolah, nanti awak tunjukkanlah selok belok sekolah dan asrama ya. Saya ingat nak suruh Natasya, dia takda pulak, ada hal keluarga katanya. Jadi saya tinggalkan Raisya dengan awak, jaga dia baik - baik, ayah dia dah amanahkan kita jaga anaknya ni. Raisya ikut Lutfi ya. Dia ni Ketua Asrama, so dia tahulah semua benda. Tak faham tanya je dia ni." Raisya hanya mengangguk, manakala Lutfi tersenyum mengangguk
"Boleh cikgu, nanti saya tolonglah apa yang patut untuk anak uncle." Lutfi senyum, melihat rupa bapa Raisya ni macam mat saleh, so uncle is better kot. Lutfi melihat Raisya yang berada disebelahnya, patutlah cantik. Tapi aku kene confirmkan dulu betul ke dia ni budak basket tu, kalau betul, perghh hebat lah, Allah makbulkan doa aku untuk jumpa dia balik. Melihat pengetua dan bapa Raisya sedang berbual lagi, dia mengambil keputusan untuk membawa Raisya ke kelas mereka.
"Okaylah cikgu. Kalau takde ape - ape, izinkan saya bawa pelajar baru ini, lagipun kelas akan bermula sekejap lagi. Jom Raisya saya tunjukkan kelas awak." Lutfi meminta izin pengetua untuk berlalu.Raisya mengangguk dan menyalami ayahnya.
"Ayah, Raisya masuk kelas dulu ya, Mahal kita."
"Iyya sayang. Jaga diri itu, jangan nakal - nakal kat sekolah baru ni. Nanti ayah amik pulang ya hujung bulan ni. Paalam princess, mahal din kita (selamat tinggal princess, sayang kamu juga)"
"Ayah,, malu" Raisya terus sahaja menutup mulut ayahnya, Lutfi dan pengetua hanya tersenyum melihat gelagat 2 beranak itu.
"Okaylah, bye sayang." Raisya melambai dengan perasaan sayu. Lain pulak kali ni rasa nak duduk asrama, mungkin sebab sebulan baru boleh balik kot. Lutfi melihat Raisya yang membawa 2 beg, satu beg pack satu lagi dijinjingnya. Nampak macam berat.
"Meh aku bawakkan beg tu." Raisya melihat Lutfi dan tersenyum, yeayh dia nak tolong. Dia terus memberi begnya itu. Aku bawak semua buku kot, sebab aku tak tahu jadual. Gila tak berat. Jio Merquinez yang masih berada disitu tersenyum melihat anaknya dilayan dengan baik. Setelah itu dia meminta dirinya untuk gerak bagi menghantar barang Raisya dan pulang semula ke pejabatnya.
Lutfi berjalan beriringan dengan Raisya, Raisya yang teringat akan pertanyaan yang bermain difikirannya cuba untuk bertanyakan Lutfi.
"Asal kau pindah?"
"Haa, ouh ayah aku tukar tempat kerja. Ermm.." Raisya baru ingin berbicara soal tadi terus dipotong Lutfi.
"Ouh, maksudnya kau pun baru dengan tempat ni lah?"
"Oo (Ya). Okay2. Btw, kau kenal aku ke?" Disebabkan Raisya geram asyik dipotong, dia terus mengambil peluang itu untuk bertanya tanpa disedari dia menggunakan bahasa tagalognya yang tidak berapa ketara.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...