Seminggu setelah Lutfi digantung sekolah
"Raisya jom rehat." Afiq sudah pun berdiri di belakang Raisya. Raisya yang masih menulis jawapan di bukunya itu terberhenti mendengar suara dari belakangnya itu.
"Ouhh Afiq. Sekejap ye, saya nak habiskan ni dulu." Raisya menyambung menulis selepas melihat Afiq mengangguk.
"Kau tak duty ke hari ni?" Lutfi yang sudah pun berdiri di tempat duduknya memandang afiq dengan pandangan yang kurang pasti itu bersuara. Gaya macam nak cari gaduh. Afiq melihat Lutfi, dia tersenyum kecil. Raisya yang terkejut dengan aura Lutfi yang berbeza itu turut mendongak memandang Lutfi. Tapi tidak lama, setelah itu dia menyambung semula penulisannya.
"Hari ni tak. Aku duty balik nanti. Kenapa kau tanya? Tak pernah - pernah kau tanya. Takkan lah sebab lama tak jumpa"
"Asal, Tak boleh? tanya je pun, kerek betul." Lutfi masih sifat annoyingnya. Bad yang melihat itu menggelengkan kepalanya.
"Lutfi dah. Jom." Bad cuba untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingini. Melihat Gibbs sudah berada di depan pintu dia menurut mengikut Bad keluar kelas tapi matanya tetap tak lepas memandang Afiq.
"Done! Jom." Raisya bangun sambil mengemas mejanya.
"Raisya, you know why Lutfi jadi pelik macam tu?" Afiq bertanya sambil mereka berjalan ke kantin.
"Haa, not sure lah. Saya pun pelik jugak tapi entahlah. Saya pun dah tak berbual dengan dia sejak kes itu."
"Ouhh faham. Ni awak nak makan apa? btw nanti dinner nanti awak nak pakai baju apa? Warna?"
"Hahaha, macam biasalah. Ermm dinner tu yee, kita pakai colour black and white nak?"
"Haa kita nak pakai dua colour ke?"
"Tak lah, either awak putih saya black, atau saya putih awak black. Macam mana okay?"
"Ouhh macam nice. Onnz! So sape nak white sapa nak black?"
"Gunting batu kain!" Raisya semangat menggunakan kaedah permainan itu untuk menentukan siapa yang bakal dapat memilih.
"Jom."
"Gunting batu kain!" Mereka menyebut bersama- sama.
"Sorry Raisya! So, I will choose black, okay? Hahaha" Raisya mengetap bibirnya, haishh kalah pulak. Barulah nak pilih black. Afiq yang melihat Raisya merajuk itu tersenyum, comel.
"Yelah." Raisya menurut sahaja.
.......
"Lut. Asal tak makan?" Terry bertanya.
"Takde selera lah." Lutfi menjawab tak bermaya garfu di tangannya hanya menguis mee goreng di hadapannya.
"Lutfi, kau sakit ke? Nak makan ubat?" Gibbs risau.
"Haah. Memang sakit pun, Sakit hati! Hahha." Bad menjawab sambil ketawa.
"Weh asal?" Terry yang tidak mengerti bertanya. Ketika itu juga kelibat Raisya dan Afiq sedang berjalan masuk ke kantin.
"Tuu" Bad terus menunjukkan punca Lutfi menjadi seperti itu. Mereka semua melihat apa yang Bad tunjukkan.
Pak! Semua di meja itu terkejut dan memandang punca bunyi itu. Dilihat Lutfi sedang memegang garfu gaya sedang mencucuk mee gorengnya dengan pandangan yang tajam dihalakan ke arah dua manusia yang baru masuk ke kantin.
Terry yang melihat adegan itu, mengangguk angguk tanda mengerti sakit hati yang dimaksudkan Bad. Setelah itu tiada siapa yang berani bersuara.
Lutfi menahan rasa geramnya melihat Raisya beriringan dengan lelaki lain.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Novela JuvenilRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...