Afiq berlari menuju ke bilik kesihatan mengetahui Raisya cedera semasa perlawanan pemilihan untuk ke peringkat kebangsaan. Selepas melihat perlawanan akhir Raisya tadi, dia terpaksa pulang ke asrama dengan segera kerana abangnya sakit perut. Sewaktu dia ingin menghantar makanan buat Taufiq dari dewan makan, dia terdengar perbualan yang menganggu fikirannya.
"Kau ada dengar tak?"
"Pasal hal kat court tadi?"
"Haah. Kesian perempuan tu, dia handal kot, macam mana lah boleh injured"
"Kan, apa nama budak tu, Risyah ke? Ehh bukan lah, nama dia Raisya." Afiq terus memandang budak itu apabila mendengar nama Raisya disebut.
"Haa betul lah tu nama dia. Entah - entah diorang sengaja weh. Hahaa" Afiq terus menarik bahu budak lelaki itu.
"Kau cakap apa tadi?"
"Aaa...apaaa? Cakap apa bang?" Budak itu takut - takut menjawab melihat Afiq yang tetiba menyerangnya.
"Sapa yang injured tadi?"
"Yang kat court tadi ke bang?" Afiq melepaskan bahu budak tu dan mengangguk.
"Raisya, budak kluster kita. "
"Detail"
"Masa perlawanan pemilihan tadi, seorang injured and kitorang dengar nama dia Raisya. Dia sekarang kat bilik kesihatan."
"Kitorang syak kan ada orang sengaja tolak dia sampai dia jatuh." Seorang lagi rakan budak itu berkata.
"Asal kau cakap macam tu?" Afiq penasaran.
"Kitorang agak je, yelah sebab kan selama ni takde perlawanan pemilihan pun tapi kali ni ada. Mesti ada yang iri dalam kalangan diorang."
"Ye betul dohh.."
"Korang ni membawang mengalahkan perempuan kan. Ni bagikan Taufiq kat bilik." Afiq terus berlari meninggalkan mereka.
........
"Raisya!" Afiq terus menerjah bilik kesihatan.
"Ouhh Afiq."
"Raisya, awak okay? Saya dengar awak injured. Teruk tak? Taknak pergi hospital ke? Buat check up, mana tahu ada yang teruk. Haa awak dah makan ubat?"
"Haha." Raisya tergelak.
"Kenapa awak gelak? Saya risau ni!"
"Haha, first time saya dengar awak banyak cakap." Afiq yang mendengar tersenyum malu, sambil tangannya mengusap belakang tengkuknya.
"Saya risau pasal awaklah."
"Takde apalah saya okay. Tak payah risau. Okaylah saya baru nak rest ni, awak baliklah dulu."
"Serius ni? Takpalah saya tunggu awak."
"Ermmm takpe.. kejap lagi Alina datang."
"Okay saya tunggu sampai Alina datang."
"Afiq!" Raisya memejamkan matanya menahan perasaan marahnya. Dia melihat semula ke arah Afiq dengan pandangan 'tolonglah faham'.
"Ouhh maaf. Saya terlalu risaukan awak." Afiq yang sedar akan keterlanjurannya meminta maaf.
"Takpe, saya okay. And saya nak bersendirian. Thank you sebab concern. And saya mengharapkan concern awak supaya biarkan saya rehat sendiri. Sorry and terima kasih" Afiq yang memahami kata - kata Raisya itu mengangguk.
"Okay Raisya. Sorry ganggu. Get well soon, rest well. Bye." Afiq menutup tirai katil Raisya dan berlalu keluar. Raisya yang mendengar pintu tertutup menghembus nafas lega. Kenapalah semua orang nak ganggu waktu rest aku, sorang - sorang. Raisya membaringkan badannya semula dan memejam matanya. Dia teringat akan kata - kata ayahnya dan Lutfi Mikael, dia memejam erat matanya untuk melepaskan segalanya sebelum tidur supaya bangun dia boleh tersenyum senang.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...