"Kau cari apa Raisya?" Alina yang baru sahaja balik ke bilik itu berasa hairan melihat Raisya yang sedang mencari - cari barang di meja belajarnya dan lokernya.
"Pendrive aku. Kau tahu kan aku ada presentation dengan Lutfi hari ni, yang kerja aku buat kat makmal komputer tu, aku dah isi dah dalam pendrive. Kau nampak kan lepas tu aku letak dalam beg aku. Tapi kan tadi aku cari takde weh. Aku dah cari dah kat semua tempat takde gak."
"Dah tu macam mana kau present tadi? Lutfi macam mana? Dia okay tak?" Mendengar pertanyaan Alina, Raisya terus sahaja berhenti mencari dan duduk di sebelah Alina untuk bercerita.
"Weii, nasib baik. Lutfi tak marah pun tadi dia tenang je weh. Lepas tu dia bagi solusi. Aku dah cuak gila tadi wehh, dah lah pendrive hilang, so kitorang nak try lah guna internet an bukak kat laptop cikgu, internet under service pulak wehhh. Lepastu ann, Lutfi kreatif giler weh, dia ajak aku melukis apa yang kitorang present, and cikgu suka weh. Nasib baik tauu."
"Weh bagusnya Lutfi. Gentle doee."
"Hehe, tu lah."
Tok! Tok! pintu bilik mereka dibuka.
"Alina jom!" Alina melihat wajah itu dan senyum mengangguk. Raisya juga melihat dan seorang perempuan yang dirinya ingat pernah tahan dia masa dia nak pergi perhimpunan awal dulu, Raisya terus memandang Alina.
"Weh sorry aku tak boleh nak tolong kau cari. Aku ada perjumpaan pengawas pulak petang ni. Ni aku balik untuk solat and makan je. Sorry weh. Nanti balik aku tolong kau cari okay." Alina mengambil bukunya dan berlalu pergi ke pintu sebelum menutup pintu itu semula Alina sempat melambai ke arah Raisya. Raisya mengeluh dan menyambung pencariannya.
Alina memikirkan apa yang Raisya baru ceritakan tadi. Aku nampak kot dia isi kat kotak pensel dia, sebab bende tu kecik dia takut dia terhilangkan. And dia isi dalam beg dia, takkan hilang macam tu je. Ade kaitan dengan Nana ke, sebab dia sangat mencurigakan masa kat makmal komputer hari tu. Tapi apa motif dia, macam tak logik pulak kan. Haihh.
"Kenapa Lina?" Maisarah menyoal Alina yang tiba - tiba sahaja mengeluh itu. Alina yang sedar keluhannya yang agak kuat itu, tersengeh.
"Takde apa lah. Fikir pasal kes disiplin ni ha, makin naik pulak kan."
"Ouhh, haah kan. Padahal kan, sekolah kita kan kira sekolah yang berprestij tinggi jugak kan, asal ada jugak ea masalah disiplin ni."
"Well. manusia kan. Semua orang ada hal dia, tak kira lah oandai ke tak pandai ke. Kalau dia putuskan nak rebel inilah jadinya." Maisarah hanya mengangguk bersetuju apa yang dikatakan Alina.
"Btw, Aku tak tahu pulak kau satu bilik dengan budak baru tu. Tapi taklah baru sangat dah kan haha."Maisarah bertanya semula selepas beberapa ketika mereka berdiam.
"Haah. Kau tak tahu ke? Tapi asal kau tanya macam tu?"
"Takde lah, aku adalah dengar isu pasal dia. Padahal baru 2 bulan lebih dia kat sini."
"Kau percaya ke semua isu tu?"
"Entah lah aku tak tahu, aku tak kenal dia, so aku tak boleh nak judge dia macam tu je. Cuma.."
"Cuma apa?"
"Takde lah, aku pernah tahan dia sebab dia datang perhimpunan lambat. Masa tu aku memang nampak dia dari bangunan belakang tu, tapi aku tak boleh nak amik nama dia sebab alasan dia munasabah, dia cakap dia budak baru and sesat. Lagipun dia tak pegang beg pun masa tu, so aku lepaskan je lah. Walaupun aku macam ragu - ragu sikit lah." Alina ternganga, series lah budak ni. Tapi tak lama selepas mereka berdua sampai ke bilik gerakan mereka. Alina dan Maisarah masuk setelah mengetuk pintu bilik itu.
Alina dan Maisarah duduk di kerusi mengikut department masing - masing, masih ramai lagi yang belum tiba termasuk ketua pengawas mereka. Alina melihat tempat duduk ketua pengawas yang masih kosong itu. Mana dia ni, dia dah okay ke, bukan demam ke tadi. Alina teringat kejadian pagi tadi di mana pelajar kelasnya ada PJ, pendidikan Jasmani.
Alina sedang mengemas buku subjek sebelum itu, Maisarah pula sudah keluar dulu kerana hendak pergi ke toilet. Pelajar lelaki tak yah cakaplah, mereka sangat aktif dan beria untuk keluar dulu. Tapi bukan seorang pelajar ini, dia masih duduk dan meletakkan kepala di mejanya. Hati Alina terpaut kerisauan dan kehairanan melihat pelajar itu. Melihat kelas mereka yang kosong menyebabkan Alina memberanikan dirinya untuk melihat pelajar itu. Sebenarnya dia sudah perasan sejak subjek pertama tadi lagi, Gibbs hanya meletakkan kepalanya di atas meja sahaja. Melihat wajah yang sedang tidur itu membuat dirinya juga berasa tenang. Gibbs yang dikenali hanya tahu mendenda orang dan tegas sahaja, tapi hari ni wajah yang tenang dapat dilihat. Hensemnya lahai. Alina tersedar, eh aku patut kejut dia kan.
"Gibbs!" Panggil Alina tapi tiada sahutan.
"Gibbs. Gibbssss. Kau kenapa?" Masih tiada sahutan. Alina cuba menggerakkan mejanya.
"Errr.. haaa ermm." Hanya erangan yang keluar tapi mata tidak juga terbuka. Alina melihat sekeliling, kenapa takde orang. Mana Terry, kata kawan baik. Asal tinggalkan member sorang - sorang kat sini. Keadaan itu membuatkan Alina memberanikan dirinya untuk menyentuh dahi Gibbs dengan menggunakan jari telunjuknya sahaja. Secara perlahan - lahan dia cuba mendekati dahi pelajar itu.
Tut. Jari Alina di dahi Gibbs. Tapi terus sahaj ditarik semula, jap mana rasa. Dia cuba dengan menggunakan 3 jari terus, ehh panas lah.
"ish dia demam lah."
Alina terus mengambil sapu tangan di dalam begnya, dan mencari panadol dia dalam lokernya. Setelah jumpa dia mengambil satu sticky note dan dilekatkan di bekas ubatnya itu. Air mineralnya yang belum bukak diambil dan diletakkan di meja Gibbs bersama bekas ubat itu. Kemudian, dia mengambil air milik Maisarah dan dituang ke sapu tangannya dan diperah supaya ia basah dan sejuk. Dia meletakkan sapu tangan itu di dahi Gibbs secara perlahan - lahan, disebabkan kepala Gibbs yang mengereng itu menyebabkan dia susah meletakkan sapu tangan itu. Sedang dia cuba meletakkan sapu tangan itu di kawasan yang betul, tiba - tiba tangannya digenggam. Dia terkejut dan melepaskan sapu tangan itu. sapu tangan itu jatuh ke muka Gibbs. Gibbs terus bangun duduk menegak.
"Kau buat apa ni?" Alina kecut melihat reaction Gibbs itu. Dia melepaskan tangannya dari pegangan Gibbs dan mengundur dari tempat duduk Gibbs.
"Takde apa. Aku pergi dulu." Alina terus berlari keluar. Mak Lina malu. Dia terus pergi ke arah budak kelasnya yang lain.
"Kau pergi mana lama nya?" Maisarah yang melihat Alina itu terus bertanya.
"Hehe, ada hal sikit." Alina yang tengah penat berlari dari keras mereka hanya tersengeh dan memberikan jawapan ringkas.
Alina tergelak sendiri kerana malu akan tindakannya itu sehingga tidak perasan sudah ramai yan masuk ke dalam bilik gerakan itu. Mendengar pintu bilik gerakan dikuak, dia terus sahaja melihat. Mata mereka bertembung, ya Gibbs yang membuka pintu dan masuk ke bilik itu. Laju kedua mereka melarikan anak mata mereka. Gibbs terus duduk di kerusinya. Alina melihat Gibbs yang sudah nampak lebih stabil itu berasa lega. Mereka memulakan meeting petang itu.
.......
"Okay saya tutup meeting kita petang ni dengan tasbih kifarah dan surah AlAsr." Gibbs mengetuai bacaan doa itu.
"Okay boleh bersurai. Tapi kejap, Syafiq, Afiq dan Alina tunggu jap." Alina menelan air liurnya yang pahit. Aduh apesal dia nak jumpa ni. Mungkin pasal kerja lah kan. Takpa stay je, dia kan profesional.
"Okay Syafiq, aku nak kau ubah balik teks pengucapan minggu depan ni, letak sikit quote yang boek - boek and deep. Lepas tu tukar nama aku, bagi kat Aliff. Okay?" Gibbs memberi arahan dan Syafiq hanya mengangguk.
"Last saya boleh double check bila ya?"
"Uhukk. sorry. Jumaat esok? Okay lah sabtu malam. Okay?"
"Okay boleh. Ada apa - apa lagi?'
"Takde. Kau boleh balik. Afiq? Aku dah cakap kan, ketatkan pengawalan asal abang kau boleh lepas lagi?"
"Dia adik aku lah."
"Tak kisah lah tu, lepas ni aku tak nak dia terlepas lagi, faham?" Afiq hanya mengangguk.
"Dah balik. So now kau, Alina?"
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...