Lutfi melihat pantulan dirinya di cermin. Blazer hitam yang dipakainya itu menyerlahkan lagi ketampanan Lutfi, rambutnya disikat ke atas memberi kelainan dirinya pada malam itu. Okay dah rasanya ni, hmmm. Kenapalah bukan Raisya yang partner aku. Dikerling jam di tangannya, sudah waktunya untuk dia ke dewan.Dia terus keluar dari biliknya sendiri, Bad pula sudah sejak tadi tiada di dalam bilik.
Leka dia memakai kasut tidak perasan ada orang yang meluru ke arahnya. Dia terus bangun.
"Ahhh." Lutfi merengus habis basah bajunya, kerana pelanggaran itu menyebabkan air yang budak itu pegang tertumpah ke bajunya. Dia terus membuka blazer nya mengelakkan daripada meresap ke baju kemejanya pula.
"Bang, sorry bang. Saya nak cepat." Lutfi melihat muka budak itu, dia sudah mengetap bibirnya menahan marah. Kalau nak marah pun, bukan baju aku boleh kering.
"Eh kenapa ni? Lutfi kau okay tak?" Afiq yang melihat situasi itu menerjah. Dia juga baru hendap pergi ke dewan.
"Takda apalah." Lutfi menjawab acuh tak acuh melihat tuan yang bertanya. Sejujurnya dia masih geram dengan apa yang Afiq lakukan, diikutkan hati hendak sahaja ditumbuk muka lelaki di depannya itu sekarang.
"Takda apa, apanya. Tu baju kau basah tu, kau ada spare tak? Takkan kau nak pakai baju tu jugak." Lutfi buat tak tahu mendengar apa yang Afiq cakap. Egonya lebih tinggi.
"Lutfi, aku tahu kau marah aku. Aku mintak maaf okay. Tapi aku tak rasa sekarang masa yang sesuai untuk kau buat perangai. Kita ada event kan, dah lambat dah ni. Event last kot takkan kau tak nak pergi." Afiq sengaja berkata itu yang last, untuk melembutkan hai Lutfi. Lutfi yang mendengar sudah berkira - kira untuk menjawab, betul jugak event last aku dengan Raisya kat sekolah, takkan aku tak datang.
"Yelah. Aku takda baju lain." Lutfi menjawab menurunkan egonya. Afiq tersenyum
"Ermmm. Okay takpe. Aku ada baju spare, kau pakai baju aku je lah. Okay? Jap aku pergi ambik." Afiq terus sahaja berlalu ke biliknya. Lutfi yang baru nak menahan tidak sempat. Dia mengeluh. Dia terlihat budak yang melanggarnya itu masih berada di depannya.
"Tunggu apa lagi kau?" Tanya Lutfi dengan garang. Budak itu terkebil kebil.
"Dah lah pergi. Aku dah maafkan, lain kali jangan lari - lari kat koridor. Faham?"
"Faham bang. Terima kasih bang. Saya pergi dulu." Lutfi mengangguk. Dia membuka kasutnya semula dan masuk ke biliknya. Baju yang basah itu diletakkan di bakul dobinya.
"Lutfi, Nah pakai baju ni." Afiq menyerahkan suit baju berwarna putih kepada Lutfi. Lutfi melihat suit itu dari atas ke bawah.
"Lutfi tunggu apa lagi? Nanti lambat lah. Nah." Lutfi yang dengar dirinya didesak untuk ambil baju, terus mencapai tanpa sebarang kata.
"Okay kau siaplah. Aku turun dulu tau." Afiq keluar dari bilik itu dan menutup pintu biliknya. Lutfi melihat jam di tangannya, sheet dah lambat. Dia terus menukar bajunya.
.........
"Selamat datang diucapkan kepada semua warga tingkatan 5 dari cluster Olivia, Justin dan Ruben ke Gala Night pada malam ini." Tepukan gemuruh diberikan mendengar pengucapan daripada dua orang pengacara pada malam itu.
"Saya pasti semua tahu malam ni tema kita berpasangan, dan kalian juga pasti sedang duduk bersama pasangan kamu.... bla bla bla." Raisya hanya mendengar sambil lalu sahaja, dia cuba untuk berseronok pada malam itu. Afiq disebelahnya hanya berdiam diri, mungkin masih rasa bersalah dan kekok untuk menegur. Raisya melihat sekeliling, semua orang di dalam dewan itu berdandan untuk menyerlah pada malam itu. Raisya pula hanya minta Alina melakukan make up asas sahaja, dia kelihatan neutral dan yang paling penting malam itu Raisya sangat menawan. Asal aku tak nampak Mikael eak? Dia tak datang ke, Farhana ada. Kawan - kawan yang lain semua ada dah. Gibbs dan Alina berada dekat dengannya di satu meja. Manakala Terry dan Bad berada di meja sebelah bersama pasangan masing - masing.
YOU ARE READING
Malaikat Itu Kepunyaan Aku
Teen FictionRaisya Jio Marquinez, gadis kacukan Filipino. Kecantikannya seiring dengan kecerdikannya. Semua orang memandangnya gadis perfect, tapi tidak bagi dirinya. Bukan tak reti bersyukur tetapi sedih itu pun fitrah, banyak - banyak yang dia ada satu je dia...