25- Gosip Murah

29 2 0
                                    

"Kau ada dengar cerita?"

"Cerita apa?"

"Alah pasal si budak kacukan tu."

"Ouh budak tu. Haa ada - ada. Pasal dia pura - pura je kan sebab dia tu attention seeker."

"Haah weh. Aku macam tak sangka jugak masa dengar tu. Dia baik kot takkan perangai macam tu."

"Perempuan macam tu lah kita kene hati - hati."

"Weh jom beli keropok lekor lagi. Aku lapar lagi lah." Dua orang perempuan yang masih lapar walaupun sudah memakan daging saudaranya sendiri berjalan menuju ke kantin tanpa ada rasa bersalah. (Mengumpat diibaratkan memakan daging saudara sendiri)

Raisya yang mendengar disebalik dinding itu menahan air matanya dari gugur. Perjalanan hendak ke kantin terhenti mendengar perbualan yang tidak disangka itu. Dia terus menukar arah perjalanannya ke port biasanya. Rooftop.

...........

"Lutfi, awak nak coklat? Saya ada beli banyak nih." Farhana mendekati Lutfi yang sedang berdiri di luar kelas. Lutfi melihat coklat yang Farhana pegang, kitkat. Cadbury lagi sedap, ehh sejak Raisya ni selalu kasi aku makan cadbury jadi fav pulak. Haha, Lutfi tersenyum seketika, tapi mati selepas dia melihat wajah Farhana yang beria itu.

"Takpa lah Nana. Itsokay aku tak minat kitkat. Thank you." Lutfi terus berlalu daripada situ. Mana Raisya ni kata nak beli makanan, lama betul. Farhana yang ditinggalkan itu berasa sebal, terus dia berjalan masuk ke kelas. 

"Lutttt!" Terry menjerit berlari ke arah Lutfi. Lutfi yang terkejut mendengar namanya diseru, terkaku di tengah jalan itu. Dia melihat Terry sedang berlari ke arahnya. 

Terry terus mendapatkan Lutfi yang sudah dihadapannya.

"Wehh huh kau huhhh huhhh...." Terry berkata dengan tercungap - cungap.

"Wehh rilek lah dulu, tarik nafas dulu baru cakap. Aku mana faham macam ni." Terry berhenti dan mula perlahan - lahan mengambil nafas. Setelah pernafasannya kembali teratur, dia memulakan perbicaraannya. Terry melihat sekeliling, ada mata - mata yang memerhati. Dia menarik bahu Lutfi untuk mendekatkan telinga Lutfi ke mulut dia dan dia berkata dengan bisikan yang hanya Lutfi mendengar.

"Haa? Serieslah?" Terry mengangguk sambil melihat reaction orang sekeliling.

"Kau tahu dia kat mana sekarang?" Terry menggeleng.

"Dia takde kat kantin. Gibbs kata dia gerak dulu sebab ada budak tahan dia tadi, tengok - tengok dia takde pun kat kantin. Lepas tu baru kitorang dengar pasal bende tu. Gibbs tengah cari Alina, kot - kot lah dia jumpa Alina." Mereka masih berbual dengan perlahan. Lutfi melihat jam tangannya.

"5 minit lagi. Korang tak jumpa dia, kau masuk je kelas." Melihat Terry mengangguk, Lutfi terus melangkah laju ke satu tempat yang boleh difikirkan.

Setibanya di tempat itu, dia mengeluarkan nafas lega. Orang yang dicari ada di depannya. 

Mendengar keluhan nafas itu membuatkan Raisya berpaling, melihat orang yang menjumpainya itu dia memberikan senyuman nipis.

"Waktu rehat nak habis."

"Tahu."

"Ano ang ginagawa mo rito? (What are you doing here?)" 

"Wala(Nothing)"

"Raisya, pandang aku." Raisya tidak bergerak hanya memandang ke bawah melihat pokok - pokok mungkin.

"Raisya." Masih kaku.

"Raisya Jio Merquinez." Raisya mengangkat kepalanya perlahan memandang mata Lutfi. Lutfi melihat anak mata yang menahan rasa itu. Dia tahu Raisya berpura - pura untuk kuat.

Malaikat Itu Kepunyaan AkuWhere stories live. Discover now