42. Make it right

190 12 2
                                    

I'm  alive 🥲. Im sorry if this chapter doesn't feel the same.





Aaric memandang ke skrin televisyen tanpa perasaan. Sekelilingnya berdengung dengan suara nyanyian. Dia sekarang berada di kelab karaoke kerana ingin berjumpa dengan seseorang. 5 minit kemudian, pintu dibuka. Gerangan yang memakai topi tersebut melangkah masuk. Wajahnya tidak kelihatan kerana pantulan cahaya dari luar namun figuranya adalah sosok yang dinanti oleh Aaric. Gerangan tersebut membuka topinya dan terurailah rambutnya yang ikal mayang itu. Aaric terkesima. Dia teringat sesuatu namun imbauannya samar. 

"Aaric," tutur Jelita perlahan.

Jelita duduk di sebelah Aaric. Topi dicampak ke atas meja. Aaric masih ralit memerhati tingkah Jelita. Kemudian, pandangan mereka bertemu dan tiada di antara mereka yang mahu mengalih renungan. Jelita tersenyum.

"Your eyes look so lovely," kata Jelita.

Mereka berdua terkedu. Mereka berdua teringat sesuatu. Jelita tertawa kerana segalanya jelas pada dia. Aaric hanya membisu kerana perasaan yang kuat itu datang bersama ingatan yang lemah. 

"Why are you laughing?" tanya Aaric.

Jelita memandang Aaric sambil tersenyum.

"Kita pernah berjumpa dalam keadaan macam ni ..... Tapi dalam situasi yang berbeza," kata Jelita dengan perlahan. 

Mereka sama-sama memandang ke hadapan dan hilang dalam perasaan sendiri. 

"I'm sorry," Aaric memecahkan kebisuan mereka.

Sebak menghurung Jelita.

"Jadi, kau minta untuk kita berjumpa hanya kerana untuk meminta maaf? Aaric, there's no forgiveness for you. You did nothing wrong, " kata Jelita perlahan namun masih kedengaran walaupun keliling mereka kebisingan.

Aaric memandang sisi Jelita.

"No. I did. Kalau tidak, kenapa kau tak datang jumpa aku?" kata Aaric.

Jelita menoleh Aaric.

"Bukan ke itu yang kau nak? Untuk aku tak kembali? You should be happy. I'm doing what you asked me to do," Jelita memandang tepat ke mata Aaric.

Aaric tertunduk sayu.

"Yeah i should ..... But I can't," Aaric mengepal penumbuknya.

Pandangan Jelita bertukar lembut. Perlahan-lahan dia menyentuh peha Aaric.

"It's okey. I forgive you if that make you feel better," Jelita tersenyum nipis.

"Thanks," Aaric membalas senyuman tersebut.

"Your welcome."

Mereka berbalas senyuman sebelum wajah Aaric kembali tidak berperasaan. Namun, renungannya pada wajah Jelita masih tajam menikam.

"But i want more than that," kata Aaric penuh tegas.

Senyuman Jelita turut mati. Tenungan Aaric menggoncang kewanitaannya. Jelita meneguk liur saat Aaric megenggam tangannya.

"What you want from me?" tanya Jelita.

Aaric mendekatkan jarak mereka.

"Everything," jawab Aaric sepatah.

Jelita tahu maksudnya namun dia takut jika sangkaannya  itu benar. Perlahan-lahan dia menarik tangannya semula. 

"I forgive you and we can be friend like old time, I guess," Jelita tertawa bagi menghilangkan kejanggalan.

MedicineWhere stories live. Discover now