Jelita terbagun kerana terasa wajahnya dihujani dengan kucupan. Dia tersenyum lalu membuka mata. Dia lihat Aaric kacak mengenakan sut hitam. Jelita bangkit lalu dia duduk. Matanya ralit memandang Aaric. Jam di dinding dilihatnya."Awalnya bangun," kata Jelita.
Aaric memeluk kepala Jelita.
"Ada benda yang aku nak kena settle," kata Aaric.
Jelita sekadar mengangguk.
"Nanti kau datang masa lunch?" tanya Jelita.
"I'm afraid I can't. Aku jumpa kau dekat café malam ni," kata Aaric sambil mengucup dahi Jelita.
"Promise?" tanya Jelita.
"Promise," jawab Aaric.
Phone Aaric berbunyi menandakan ada mesej.
"I need to go. I'm sorry," kata Aaric.
Jelita tersenyum.
"No need. Just go," katanya.
Aaric mengucup sekilas bibir Jelita sebelum melangkah pergi.
Jelita sedang melangkah di koridor ketika seseorang melanggar bahunya. Habis segala fail dan bukunya berterabur di lantai. Dia menoleh gerangan yang melanggarnya. Lelaki tersebut tersenyum sinis. Jelita merengus marah sebelum mengutip semula barangnya.
"Wow,wow. Tengok siapa yang ada dekat sini," kata seseorang.
Jelita meluat dengan suara tersebut. Jadi, dia memutuskan untuk tidak memandang.
"Mana ex kau?" tanya Ash.
Jelita mendongak untuk memandang Ash dan menghadiahkan dia renungan tajam. Kelihatan wajah Ash ada kesan lebam. Jelita tahu dari mana Ash dapat lebam tersebut.
"Apa kau nak?" rengus Jelita.
"Aww, it so good to see you in this position," kata Ash sambil menjilat bibirnya.
Pantas Jelita bangun bersama barang di tangannya.
"Aku tahu dari mana kau dapat lebam tu. Lebih baik kau jangan kacau aku lagi kalau tak nak kena nasib yang sama," ugut Jelita dan terasa seperti deja vu.
Ash tertawa.
"Sekarang kau dah berani nak ugut aku?" sinis Ash berkata.
"Aku tak pernah takut dengan kau," Jelita sengaja mencabar.
Ash merenung Jelita namun Jelita sedikit pun tidak gerun.
"Macam mana kau boleh putus dengan ex kau? Sebab kau tak pandai nak puaskan dia?" Ash mula untuk menghina Jelita.
Beberapa orang pelajar mengerumuni mereka.
"Dia bukan macam kau. Hanya fikir nafsu!" marah Jelita.
Ash tertawa mengejek.
"Come on Jelita. Setiap lelaki ada beast dalam diri dia orang. Aku pun tak boleh salahkan dia kalau beast dia tak pernah keluar bila dengan kau," Ash tersenyum mengejek.
Ash memandang Jelita dari atas sampai ke bawah dan ke atas semula.
"Aku tak perlukan beast. Aku perlukan lelaki..."
"Hahahahahaha! Kau perempuan, Jelita. Kau tak boleh fight keinginan lelaki dengan aku," kata Ash.
Beberapa orang lelaki bersorak untuk Ash.
"Jelita," kedengaran suara seseorang memanggilnya.
Jelita tersenyum.
"Rina," Jelita tersenyum.
YOU ARE READING
Medicine
Mystery / ThrillerJelita lahir dari keluarga yang senang dan hal itu menyebabkan dia sedikit sombong. Setiap hari hidupnya mengundang hasad dan dengki di hati yang lain. Namun, dia sendiri terkadang sengaja menjentik perasaan cemburu di hati orang sekelilingnya. Bagi...