36. Gonna fight

304 20 6
                                    


Seminggu Jelita bersama mereka dan segalanya berjalan dengan lancar. Aaric sedikit pun tidak mahu berenggang walaupun adik-adiknya galak menyakat. Jelita kini berada di pangkuan Aaric. Adik-adiknya pula ada di hadapan mata. Aaric ingin segalanya kekal sebegini. Dia bahagia macam ini. Telefonnya berdering. Aaric memandang sekilas nama pemanggil. Lan.

"Hell.."

"Tuan dah tahu!" kata Lan.

Pantas Aaric berdiri. Kedengaran suara Lan sedang berlari.

"Kau dekat mana ni?" tanya Aaric dengan nada serius.

Semua mata tertumpu pada Aaric.

"Jangan risau pasal aku. Bawa adik-adik kau dengan Jelita dekat tempat selamat," kata Lan sambil tercungap-cungap.

"Kau dengan siapa sekarang ni?! Kau kena follow ke?!" suara Aaric kedengaram cemas.

"Fuck off!! Lepaskan diri kau dulu boleh tak?! Bawa dia orang tempat selamat!!!" herdik Lan.

"Lan...."

"BANG!!!!"

Talian termati.

"SHIT!!!" maki Aaric.

"Aaric," panggil Jelita.

"Kemas barang kau orang semua!" arah Aaric.

Semua mata memandang Aaric.

"Ayahanda on the way," kata Aaric dengan mata yang tajam.

Semua terus berdiri dan keadaan menjadi kalut. Mereka menyembunyikan barang masing-masing. Aaric telah menjangka keadaan ini akan terjadi. Oleh itu, dia sudah melatih adik-adiknya untuk bergerak dengan pantas sebagai langkah persediaan. Setelah mengemas semuanya, mereka kembali ke ruang tamu bersama barang penting di dalam beg galas.

"What are we gonna do?" tanya Jelita.

Aaric mengucup dahi Jelita. Kembar menarik meja yang berada di ruang tamu tersebut. Karpet dilipat ke tepi dan kelihatan ada sebuah pintu di lantai. Kembar membukanya dan kelihatan ada tangga.

"Ikut dia orang. Dia orang tahu nak buat apa. Pastikan phone semua off dan jangan buat bunyi bising," kata Aaric dengan tegas.

Seorang demi seorang melangkah ke bawah. Jelita memeluk Aaric dan Aaric menghadiahkan kucupan di pipi Jelita.

"I love you," desis Jelita.

Aaric mengucup bibir Jelita.

"Love you too. Forever and always," Aaric tersenyum.

Lengan Jelita ditarik Haider. Mata Jelita memandang Aaric.

"Aku tunggu kau," Jelita tersenyum.

Aaric mengangguk dan membalas senyuman tersebut. Jelita melangkah ke tangga yang membawa dia ke bawah tanah. Pintu tersebut ditutup. Aaric membetulkan semula karpet dan meja ditarik semula. Dia duduk di sofa sambil menonton tv. 10 minit berlalu dan kedengaran bunyi pintu dibuka.

"Ouh Lan, aku dah rekod cerita kau nak tengok tu," kata Aaric bersahaja.

"Hm! Hmm!" ayahanda berdehem.

Aaric menoleh ke belakang.

"Ouh ayahanda. Finally. Welcome to teratak Aaric," kata Aaric sambil tersenyum.

Aman muncul dari belakang ayahanda.

"Yo Aman! Don't shy to feel tenteram," dengki Aaric.

Tajam mata Aman memandang Aaric. Wajah ayahanda tiada senyum.

MedicineWhere stories live. Discover now