44. Sing hurt away

1K 15 6
                                    

My writing is suck ......











Aaric duduk di hadapan piano. Lan dan adik-adiknya memerhati tingkah Aaric dari jauh. Mereka tidak membenarkan Aaric hilang dari pandangan semenjak kes Aaric pengsan.

Aaric tersenyum sambil tangannya membelai piano tersebut. Dia tersenyum dan terus tersenyum. Aaric tidak berkata melebihi dua patah perkataan. Tiap kali mereka menegur Aaric, dia akan membalasnya dengan senyuman atau berlalu pergi. Bila Aaric sendirian, mereka lihat Aaric akan tertawa seakan ada orang berjenaka dengannya. Mereka risau akan keadaan Aaric. Manakala Aaric sedikit pun tidak mahu berkongsi rasa dengan mereka.

Perlahan-lahan jari Aaric menekan nod di piano. Mereka yang lain duduk di sofa berdekatan piano tersebut.

"There was a time when I was alone ...." nyanyi Aaric.

Mereka memandang belakang Aaric. Itu merupakan ayat terpanjang selama dua minggu ini.

"No where to go and no place to call home
My only friend was the man in the moon
And even sometimes he would go away too
Then one night, as I closed my eyes
I saw a shadow flying high
He came to me with the sweetest smile
Told me he wanted to talk for a while
He said Peter Pan that's what they call me
I promise that you'll never be lonely
And ever since that day ....." Aaric meneruskan nyanyiannya diiringi nod piano.

Mereka yang lain berpandangan sesama sendiri.

"I'm a lost boy ...."

Kekadang mereka mengesyaki bahawa ingatan Aaric telah kembali. Kemudian, tingkah Aaric seakan tidak sama dengan dirinya yang dulu. Aaric yang dahulu seorang yang penuh dengan matlamat. Dia akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan apa yang dia mahu. Tetapi, Aaric yang di hadapan mata mereka ini .....

Kelihatan sungguh rapuh, hilang matlamat dan arah tujuan. Mudah sahaja dia mengalah dengan ayahanda. Aaric yang dahulunya kelihatan gagah kini kecundang rebah. Demi seseorang yang bergelar ayah, dia mengorbankan jiwanya.

Aaric memandang ke hadapan. Dia membayangkan ayahanda dan bonda berdiri di sisinya. Jelita pula sedang berdiri di sebelah piano sambil mendukung seorang bayi. Mereka berbalas senyuman dan 'I love you'. Aaric tertunduk lalu air matanya mengalir. Mereka terkedu dengan perubahan emosi Aaric.

Aaric menyeka air mataya lalu berpaling bersama senyuman. Mereka semua terkejut. Walaupun Aaric tersenyum namun air matanya tetap mengalir. Aaric bangun dari duduknya lalu hujung jarinya mengukir lukisan rawak di atas piano.

"I just want to be a pianist. And have a happy family," kata Aaric sebelum berlalu pergi.





"Aku tak pernah pergi
Selalu ada dihatimu
Kau tak pernah jauh
Selalu ada di dalam hatiku"

"Saat aku tak lagi di sisimu
Kutunggu kau di keabadian
Cinta kita melukiskan
Menggelarkan cerita penuh suka cita
Sehingga siapa pun insan Tuhan pasti tahu
Cinta kita sejati
Lembah yang berwarna membentuk melekuk
Memeluk kita dua jiwa yang melebur jadi satu
Dalam kesucian cinta".




Tanpa Jelita sedar, dia menyanyikan lirik tersebut dengan penuh perasaan. Dia menyudahkan nod piano tersebut. Suasana yang tadinya sepi tiba-tiba riuh dengan bunyi tepukan. Jelita terkejut. Dia seakan baru tersedar bahawa sekarang dia berada di cafe. Dia memandang ke belakang dan Wafie sedang tersenyum padanya. Perlahan-lahan dia bangun dari kerusi lalu melangkah ke jejaka tersebut.

MedicineWhere stories live. Discover now