29. Revenge

421 25 7
                                    




Aaric memandang Jelita yang sedang tidur di sebelahnya. Dia menarik selimut lalu menutup bahu Jelita yang terdedah itu. Aaric mengucup dahi Jelita. Ciumannya turun ke pipi dan berakhir di bahu. Telinganya terdengar bunyi pintu dibuka, lantas dia menutup Jelita.

"Aaric kau ...."

Mata Lan dan Aaric bertentangan. Pantas Lan merapatkan sedikit pintu.

"Apa?" tanya Aaric.

Mata Lan memandang ke bawah.

"Tuan Muzaffar akan ikut ambil kau. Ingat, kau ada masa sampai tengah hari ni aja. And... Next time lock the door you son of bitch," Lan menutup pintu dan melangkah ke luar.

Jelita tertawa di dalam selimut. Aaric menarik selimut dan perkara pertama yang dilihatnya adalah senyuman Jelita.

"Morning beauty," sapa Aaric.

"Morning handsome," jawab Jelita.

Wajah Aaric memerah. Jelita perasan akan perubahan tersebut.

"Is my handsome having his blessing night?" Jelita sengaja mendengki.

Aaric menutup wajah Jelita dengan selimut. Jelita tertawa dengan reaksi tersebut. Aaric keluar dari selimut lalu dia turun dari katil. Jelita bangkit lalu duduk. Aaric melangkah ke pintu balkoni lalu dia menolak langsir. Serta merta cahaya pagi menembus masuk. Aaric menggeliat. Jelita memandang Aaric yang berjean tanpa baju di badan. Tubuh Aaric sungguh maskulin namun dia sedikit kurus. Ada beberapa kesan parut dan calar. Beberapa kesan calar tersebut adalah perbuatan Jelita malam tadi.

"Lepas apa yang kau dah usahakan, still aku kena pergi juga," kata Aaric.

"It okey," jawab Jelita.

Aaric memandang Jelita.

"Aku percaya kau akan balik. Kau just pergi tapi kau tak hilang," Jelita tersenyum.

Jelita tahu ada benda yang Aaric ingin capai. Jadi, dia tidak mahu jadi batu penghalang.

"Call aku, aku akan berusaha untuk datang semula," kata Aaric.

Wajah Aaric seakan teringat sesuatu.

"Duh, aku ingat number kau," kata Jelita yang faham akan maksud wajah tersebut.

Aaric melangkah ke Jelita. Dia membetulkan selimut yang melilit tubuh Jelita agar tiada bahagian yang terdedah. Dahi Jelita dikucupnya.

"I'm sorry," kata Aaric.

Jelita sekadar mengangguk. Aaric melangkah semula ke bagasinya. Dia mengeluh melihat selerakkan tersebut. Aaric duduk bersila dan mengemas semula bajunya. Jelita melihat Aaric. Dia menilik setiap perbuatan Aaric. Aaric melipat bajunya dengan sangat kemas dan disusun dengan cantik.

"You know what, kau sangat teliti bagi seorang lelaki," komen Jelita.

Aaric tersenyum memandang Jelita.

"Practise make perfect. So nanti bila kita dan tinggal bersama. Kau tak perlu risau. Aku boleh buat," kata Aaric.

Wajah Aaric memerah mengenangkan angan-angannya yang tinggi itu. Jelita memandang Aaric yang masih dengan kerjanya.

"Aaric..." panggil Jelita.

"Yes honey," jawab Aaric tanpa memandang Jelita.

"I don't need a hero. You don't need to be my hero. We are the same. We make mistake cause we are not perfect. Sometimes it hard and sometimes things doesn't always work. It just, don't throw me away," tepat Jelita memandang ke mata Aaric.

MedicineWhere stories live. Discover now